Gaya hidup›Kesihatan
“Tinggi Sodium, Tinggi Risiko Kanser Usus”, Dietitian Kongsi Bahaya Ambil Sodium Berlebihan
Sodium merupakan mineral yang terkandung dalam garam dan merupakan antara nutrisi yang diperlukan dalam tubuh badan manusia tetapi dalam kuantiti yang kecil. Walaupun garam penting namun pengambilan yang melebihi keperluan boleh mendatangkan banyak keburukan pada tubuh manusia. Garam atau sodium antara bahan tersembunyi yang ada dalam setiap makanan yang kita makan. Oleh itu, setiap orang […]
Jangan Buang Merata-Rata, Ini 4 Cara Yang Betul Nak Lupuskan ‘Face Mask’
Memakai penutup hidung dan mulut atau Face Mask ketika ini sudah menjadi norma baharu dalam kehidupan seharian kita sejak penularan wabak pandemik Covid-19. Ramai petugas kesihatan, Kementerian Kesihantan Malaysia dan pengamal perubatan mengajar cara-cara untuk memakai topeng muka dengan cara yang betul. Kali ini, menerusi portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia memberi tips untuk melupuskan penutup […]
Jangan Simpan Lebih 2 Bulan Ubat Demam Yang Sudah Dibuka, Ini Pesan Doktor Mak Ayah Kena Tahu
Pasti ada antara ibu bapa di rumah yang menyimpan ubat-ubatan demam di dalam peti sejuk tanpa mengetahui sama ada ia akan memanjangkan jangka hayat ubat atau memberi kesan sebaliknya. Tahukah anda, ubat demam tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Hal ini kerana ia akan memberi kesan sampingan kepada ubat berkenaan, sekaligus berpotensi mendatangkan bahaya […]
Pesakit COVID-19 Akan Didiscaj Selepas 14 Hari Terima Rawatan Walau Masih Dikesan Positif
Putrajaya, 28 Mei- Pesakit COVID-19 yang sudah 14 hari menerima rawatan akan dibenarkan pulang walau masih positif virus berkenaan, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan semalam. Tambah KKM, Malaysia akan menggunakan protokol baru ini berikutan kebolehjangkitan yang sifar bagi pesakit yang dirawat selepas 14 hari. “Pesakit dijangkiti Covid-19 yang sudah menerima rawatan dalam […]

Berita Gembira Tapi Perang Lawan Covid-19 Belum Berakhir
KUALA LUMPUR, 28 Mei – Malaysia mencatat angka paling rendah kes positif baharu COVID-19 semalam iaitu hanya 15 kes, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lepas. Menariknya, jumlah kes baharu itu memperlihatkan penurunan sangat mendadak berbanding 187 kes positif pada hari sebelumnya, yang sebahagian besar melibatkan individu bukan warganegara. Melihat situasi ini, jelas memberi semangat […]
(Video) Timbulkan Kegusaran Ramai, ‘Penyelam’ Temui Topeng Muka Dan Sarung Tangan Di Dasar Laut Perancis
Sebilangan besar topeng muka dan sarung tangan lateks yang ditemui berselerakan di dasar laut Perancis telah menimbulkan kegusaran sama ada ianya terdedah kepada Covid-19 ataupun tidak. Sebuah pertubuhan NGO Perancis dikenali sebagai Opération mer propre yang ditubuhkan bertujuan untuk memelihara kebersihan dasar laut sekitar Antibes di tenggara Perancis telah menemui sejumlah besar sampah yang berupa […]
Nafas Berbau Ketika Bangun Tidur, Ini Antara Punca Yang Ramai Tak Sedar
Setiap kali apabila anda bangun daripada tidur di waktu pagi, anda pasti kurang selesa dengan bau yang keluar dari mulut anda. Pernah atau tidak anda terfikir mengapa nafas anda berbau ketika bangun dari tidur? Ini adalah satu kejadian yang biasa dan dialami oleh semua orang. Tapi, apa penyebabnya? Menurut seorang pakar di Washington, dia mengatakan […]
Kem Latihan Pusat RTT Di Bukit Jalil Ditunda Kepada 8 Jun
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) — Kem Latihan Pusat Program Road To Tokyo (RTT) 2020 di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil, di sini yang sepatutnya bermula pada 1 Jun ini, ditunda kepada 8 Jun. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata pindaan berkenaan adalah bagi membolehkan Casa 1 yang akan digunakan sebagai penginapan […]
Anggota Polis Antara Yang Dikompaun Langgar PKPB
Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Samarahan, menjadi antara 25 orang yang dikompaun, selepas melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan). Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar M M Sree berkata, anggota terbabit bersama 24 yang lain ditahan pasukan ‘Snap Check’ pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di Jalan Tun Openg, […]
Mangsa Keracunan Puding Buih Meningkat Kepada 99 Orang
Seramai 25 lagi mangsa dilapor mengalami keracunan makanan dipercayai berpunca daripada puding buih, setakat 12 tengah hari tadi, menurut Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT). Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata pertambahan mangsa baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang mengalami keracunan di dua daerah di Terengganu terus meningkat kepada 99 orang. Beliau berkata daripada […]
Hari Jadi Dalam PKP, Remaja Cabar Diri Kutip Sampah Di Sekitar Lembah Klang Selama 23 Hari
Pelbagai aktiviti terpaksa dihadkan berikutan pandemik yang melanda kini. Umum maklum, setiap rutin yang biasa dijalankan sebelum ini, telah berubah menjadikan seluruh dunia berada dalam kehidupan yang ‘baru.’ Majlis keraian termasuk sambutan hari jadi yang sebelum ini disambut meriah rakan-rakan dan ahli keluarga kini bertukar ‘sepi’ dengan jumlah kumpulan yang sedikit. Berbeza dengan Hazmi Nabil […]
“Saya Rasa Masa Saya Sudah Tiba,” Doktor Rakamkan Perjalanan Terakhir Pesakit Kanser Jumpa Bapa Di Malaysia
SINGAPURA, 27 Mei (Bernama) — “Hanya mati memisahkan kita”. Itulah tajuk hantaran Facebook seorang doktor, yang menceritakan perjalanan terakhir seorang pesakit kanser tahap-4, yang berhajat menemui bapa kesayangannya yang tinggal di seberang tambak. Rakyat Malaysia berusia 46 tahun itu telah selamat dibawa pulang dari Singapura ke Malaysia, dalam keadaan sekatan perjalanan terhad oleh kedua-dua negara […]
COVID-19: Gelombang Baharu Akan Muncul Jika Masyarakat Tidak Patuh SOP
Kementerian Kesihatan (KKM) menzahirkan rasa bimbang akan berlaku peningkatan mendadak kes COVID-19, sekali gus mengakibatkan gelombang baharu dalam negara sekiranya masyarakat leka, tidak patuh dan ingkar Prosedur Standard Operasi (SOP) ditetapkan. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata masyarakat harus berwaspada dan tidak mengambil mudah situasi penurunan kes yang berlaku hari ini dengan […]
Lesu, Hilang Deria Bau Dan Rasa Juga Adalah Gejala Covid-19 – Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa lesu, hilang deria bau dan rasa juga adalah merupakan antara gejala Covid-19. Menurutnya, gejala demam batuk selesema serta sesak nafas adalah antara gejala utama yang kebanyakan daripada kita ketahui. Pun begitu, beliau telah memaklumkan bahawa keletihan, kelesuan dan hilang deria bau serta rasa juga adalah […]
TUDM Laksana Penerbangan Ihsan Bawa Bayi Berusia 60 Hari Bermasalah Jantung
KUALA LUMPUR, 27 Mei — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melakukan penerbangan ihsan membawa seorang bayi berusia 60 hari yang mempunyai masalah jantung dari Terengganu ke Pangkalan Udara Subang dekat sini. TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan bayi itu bersama ibunya diterbangkan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dengan pesawat Charlie 130 Hercules dari No 20 Skuadron. “Pesawat yang membawa bayi yang memerlukan […]
COVID-19: Kes COVID-19 Di Indonesia Kini 23,851 Dan Kematian 1,473 Kes
JAKARTA, 27 Mei — Kes positif COVID-19 di Indonesia kini berjumlah 23,851 dengan 55 kes kematian lagi dicatatkan berlaku dalam tempoh 24 jam. Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 686 tambahan kes positif baharu, manakala jumlah keseluruhan kematian akibat virus itu kini […]
Pandemik Ini Dilihat Semakin Serius Dan Masih Jauh Dari Berakhir- KP Kesihatan
Menerusi sidang media hari ini, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa pandemik Covid-19 ini dilihat semakin serius dan masih jauh dari berakhir. Beliau berkata sedemikian semasa membentangkan angka kes positif dan kematian Covid-19 di seluruh dunia. “Berdasarkan laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 5, 559, 130 kes Covid-19 telah dicatatkan di seluruh dunia sehingga […]
KKM Khuatir Kes Jangkitan Covid-19 Meningkat Susulan Pergerakan Orang Ramai Semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khuatir kes jangkitan Covid-19 meningkat susulan daripada pergerakan orang ramai semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri ini. Menerusi sidang media perkembangan Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah berharap agar orang ramai sentiasa memberi kerjasama dengan mematuhi SOP yang dikeluarkan kerajaan untuk sama-sama memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini. “Banyak negara […]
Suhu Badan Normal Antara 36.0 Hingga 37.5 Darjah Celsius – KKM
Memahami suhu badan adalah sangat penting bagi mengetahui gejala diserang penyakit. Dengan itu, kita harus ambil tahu berapa suhu tubuh normal dan cara mengukurnya. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini di Twitter menjelaskan bahawa suhu badan manusia yang normal adalah di antara 36.0 Darjah Celsius sehingga 37.5 Darjah Celsius. Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), […]
KKM Sahkan Tiga Lagi Kluster Telah Diisytiharkan Tamat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa sebanyak tiga kluster Covid-19 yang pernah dikesan di Malaysia telah diisytiharkan tamat. KKM melalui ciapannya di Twitter mengesahkan tiga kluster yang terdiri daripada kluster Plaza Menara City One, Flat PKNS dan Petugas Kesihatan Sabah diisytihar tamat pada hari ini. Pertambahan tiga kluster tersebut menjadikan jumlah kluster yang telah diistiharkan […]