Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rentas Negeri Dibenarkan Mulai 10 Jun Kecuali Di Kawasan PKPD – PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa perjalanan rentas negeri akan dibenarkan bermula 10 Jun ini.

“Mulai 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan PKPD. Jadi bagi mereka yang ingin meziarahi ibu bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri juga mengingatkan rakyat Malaysia bagi melaksanakan tanggungjawab bagi melindungi golongan warga emas yang mudah terdedah dengan penyakit ini.

Sumber:BERNAMA TV