Siakap Keli - Latest Updates

JPN Sahkan Lelaki Asal Bangladesh Dapat Kewarganegaraan Malaysia Secara Sah Pada 2025
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan status kewarganegaraan seorang lelaki berasal dari Bangladesh yang tular di media sosial diperoleh secara sah pada 2025 mengikut peruntukan undang undang dan prosedur ditetapkan.

JPN dalam satu kenyataan memaklumkan, lelaki berkenaan memperoleh kewarganegaraan Malaysia menerusi proses naturalisasi di bawah Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, individu itu juga merupakan suami kepada seorang wanita warganegara Malaysia dan telah memegang status Penduduk Tetap sejak 2009.

Penjelasan itu dibuat susulan dakwaan yang tersebar di media sosial berhubung kesahihan MyKad serta status kewarganegaraan dua individu yang menjadi perhatian orang ramai.

Bagi kes kedua yang membabitkan seorang wanita yang didakwa berasal dari Pakistan, JPN memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan susulan aduan yang diterima.

“Penelitian sedang dilaksanakan berdasarkan rekod rasmi dan fakta berkaitan. Perkembangan lanjut berhubung kes ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, JPN memahami kebimbangan masyarakat berhubung isu berkenaan dan menggalakkan orang ramai menyalurkan sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan status kewarganegaraan menerusi saluran rasmi jabatan.

Baca juga:

Amaran Ribut Petir Di Beberapa Negeri Hingga 10 Malam Ini

Orang ramai turut diingatkan supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi individu secara terbuka di media sosial ketika membangkitkan keraguan, bagi memastikan semakan dapat dilakukan melalui saluran yang sewajarnya.

JPN menegaskan komitmennya untuk memastikan semua urusan pendaftaran, pengeluaran dokumen pengenalan diri dan penentuan status kewarganegaraan dilaksanakan dengan teliti, berintegriti serta mematuhi undang undang yang berkuat kuasa.

Amaran Ribut Petir Di Beberapa Negeri Hingga 10 Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak sehingga pukul 10 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran yang dikeluarkan pada pukul 7.50 malam, Selasa, 27 Oktober 2026 itu melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Kuala Muda, Yan, Bandar Baharu dan Kulim, manakala di Perak melibatkan Kerian, Selama dan Hulu Perak.

Amaran turut melibatkan seluruh Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Di Pahang, kawasan yang dijangka terjejas ialah Rompin, Pekan, Kuantan, Jerantut, Maran, Bera, Lipis dan Cameron Highlands. Sementara itu, di Johor, kawasan terlibat ialah Segamat dan Kluang.

Bagi Sarawak, amaran berkenaan melibatkan Miri, khususnya Marudi, Limbang serta Kapit, khususnya Belaga.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda tanda yang menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam, yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

Baca juga:

Kementerian Haji Indonesia Minta Jemaah Umrah Elak Transit Di Malaysia Dan Singapura, Ini Sebabnya

MetMalaysia menjelaskan, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Kementerian Haji Indonesia Minta Jemaah Umrah Elak Transit Di Malaysia Dan Singapura, Ini Sebabnya
Bagi jemaah yang merancang perjalanan untuk menunaikan umrah, pemilihan laluan penerbangan merupakan antara perkara yang perlu diberi perhatian, khususnya ketika situasi di Timur Tengah menjadi tumpuan.

Terbaharu, Wakil Menteri Haji dan Umrah Indonesia, Dahnil Anzar Simanjuntak menyarankan jemaah umrah dari negara itu supaya mengelakkan penerbangan transit melalui Malaysia dan Singapura buat sementara waktu.

Sebaliknya, kerajaan Indonesia menggalakkan penggunaan penerbangan terus ke Arab Saudi, khususnya ke Jeddah atau Madinah, atas faktor keselamatan perjalanan.

Menurut Dahnil, pihaknya telah meminta persatuan Penyelenggara Perjalanan Ibadah Umrah (PPIU) supaya mengutamakan penerbangan terus ketika menguruskan perjalanan jemaah.

“Kami sebagai pihak yang menguruskan haji dan umrah mengimbau jemaah memilih syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan terus, bukan penerbangan transit. Lebih selamat jika terus ke Jeddah atau Madinah. Jadi, kami menyarankan pilihan itu,” katanya seperti dipetik daripada laporan media Indonesia pada Selasa.

Beliau berkata, saranan itu turut disampaikan kepada persatuan pengendali perjalanan umrah supaya mengambil kira perkembangan situasi semasa ketika merancang perjalanan jemaah.

Bagaimanapun, Dahnil menjelaskan keadaan di Arab Saudi masih kondusif untuk pelaksanaan ibadah umrah setakat kenyataan tersebut dikeluarkan.

Menurutnya, kerajaan Indonesia juga terus berkomunikasi dengan Kementerian Luar Negeri bagi memantau perkembangan situasi di Timur Tengah.

Beliau berkata, aktiviti ibadah umrah di Arab Saudi masih berjalan seperti biasa ketika itu.

Baca juga:

Pendakwaan Tutup Kes Rasuah Lim Guan Eng

Saranan berkenaan menunjukkan bahawa pemilihan laluan penerbangan turut menjadi pertimbangan dalam perancangan perjalanan jemaah, terutama ketika berdepan perkembangan keselamatan serantau.

Bagi jemaah yang bakal berangkat, sebarang perubahan jadual atau laluan penerbangan wajar disemak terus dengan syarikat penerbangan dan pengendali umrah masing masing bagi mendapatkan maklumat terkini.

Pendakwaan Tutup Kes Rasuah Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Selepas lebih lima tahun dibicarakan dan 38 saksi dipanggil memberi keterangan, pihak pendakwaan hari ini menutup kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu bernilai RM6.3 bilion.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin yang mengetuai pasukan pendakwaan memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi bahawa pendakwaan menutup kesnya selepas saksi ke-38, Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Cawangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zulhilmi Ramli yang juga pegawai penyiasat kes itu, selesai memberi keterangan.

"Alhamdulillah, pertama kali kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada puan (Hakim Azura) kerana sabar mendengar perbicaraan kes ini lebih lima tahun. Jadi, saya dengan ini menutup kes pendakwaan dan menawarkan Datuk Bandar Pulau Pinang, Datuk Rajendran P. Anthony kepada pihak pembelaan sekiranya pembelaan dipanggil," katanya.

Azura kemudian memerintahkan pihak pendakwaan dan pembelaan untuk memfailkan hujahan bertulis pada 13 Jan dan menetapkan 26 serta 27 Jan tahun depan untuk pihak-pihak berhujah secara lisan.

Kes itu mula dibicarakan pada 13 Julai 2021 dan antara yang memberi keterangan ialah bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, bekas Exco Pulau Pinang Datuk Lim Hock Seng, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Farizan Darus, bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta ahli perniagaan Datuk Seri G. Gnanaraja.

Kes tersebut mendapat perhatian kerana melibatkan beberapa peristiwa penting antaranya kematian bekas Pengarah Urusan Kumpulan Ewein Bhd, Datuk Ewe Swee Kheng yang ditemukan maut selepas dilaporkan terjatuh dari sebuah unit kondominium mewah di Jalan Kelawei, Pulau Pinang pada 5.37 pagi, 5 Okt 2021.

Mendiang yang berumur 53 tahun merupakan saksi pendakwaan ke-15 yang sepatutnya dipanggil untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes tersebut.

Namun, pada 16 Dis 2021, mahkamah membenarkan rakaman percakapan Ewe diterima masuk sebagai keterangan dalam perbicaraan kes rasuah Lim.

Pada prosiding hari ini, Wan Shaharuddin turut dibantu Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat, Khairunnisa Hazwani Omar, Farah Yasmin Salleh dan Julaila Jamaludin manakala peguam Ramkarpal Singh, RSN Rayer, Mohd Haijan Omar, Tiara Katrina Fuad dan Asyraaf Abu Bakar Hamzah mewakili Lim.

Bagi pertuduhan pertama, Lim, 65, didakwa ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM3.3 juta bagi dirinya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad, dilantik melaksanakan projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Januari 2011 hingga Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Ahli Parlimen Bagan itu dituduh meminta suapan sebanyak 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh Zarul Ahmad sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk melaksanakan projek sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam hingga 2 pagi pada Mac 2011, mengikut Seksyen 16 Akta SPRM yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Beliau turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut itu.

Baca juga:

Kualiti Udara Semakin Baik, 67 Kawasan Catat IPU Baik Dan Sederhana - Arthur

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar, pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

Kualiti Udara Semakin Baik, 67 Kawasan Catat IPU Baik Dan Sederhana - Arthur
PUTRAJAYA, 27 Okt (Bernama) -- Keadaan jerebu di negara ini menunjukkan perkembangan positif apabila 67 kawasan merekodkan kualiti udara pada tahap baik dan sederhana setakat 9 pagi tadi, dengan keadaan itu dijangka berterusan hingga 31 Okt ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata daripada jumlah itu, 23 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap baik manakala 44 kawasan lagi mencatatkan tahap sederhana.

Beliau berkata hanya satu kawasan iaitu Samalaju, Sarawak merekodkan bacaan IPU tidak sihat yang sebahagian besarnya berpunca daripada jerebu rentas sempadan.

"Bagaimanapun, kita perlu terus berwaspada kerana cuaca kering di beberapa negara jiran berpotensi membawa risiko jerebu rentas sempadan yang berterusan. Berdasarkan pantauan satelit pada 26 Okt, tiada sebarang titik panas (kawasan kebakaran) dikesan di seluruh Malaysia dan juga di Sumatera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Arthur bagaimanapun berkata terdapat 166 titik panas dikesan di Kalimantan.

"Angin pada masa ini bertiup dari arah timur laut sehingga tenggara, yang membawa kepulan asap dari kawasan titik panas di Kalimantan Timur ke arah barat laut Borneo termasuk Sarawak dan menyebabkan keadaan jerebu sederhana di sana," katanya.

Beliau berkata Jabatan Alam Sekitar akan terus mempergiat rondaan di kawasan berisiko bagi mencegah pembakaran terbuka, sekali gus memastikan kualiti udara kekal baik.

"Kementerian amat berharap agar orang ramai, terutamanya penduduk di kawasan yang kualiti udaranya kurang baik seperti di Samalaju, dapat menjaga kesihatan diri.

Baca juga:

Pengorbanan Anggota APMM Tidak Boleh Disia-Siakan, PM Anwar Arah Tindakan Tegas Tanpa Kompromi

"Kurangkan aktiviti riadah di luar rumah, banyakkan minum air kosong dan pakailah pelitup muka jika perlu berada di luar," katanya.

Semakan status kualiti udara terkini boleh dibuat melalui laman sesawang http://apims.doe.gov.my/ atau muat turun aplikasi MyIPU di telefon pintar.

-- BERNAMA

Pengorbanan Anggota APMM Tidak Boleh Disia-Siakan, PM Anwar Arah Tindakan Tegas Tanpa Kompromi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pengorbanan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang terkorban ketika menjalankan tugas mempertahankan perairan negara tidak boleh disia siakan.

Beliau berkata, tindakan tegas tanpa kompromi perlu diambil bagi membanteras sindiket penyeludupan warga asing serta sebarang cubaan menceroboh sempadan negara.

Anwar berkata, beliau bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan yang terkorban dalam insiden berkenaan.

“Saya dan Azizah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka dikurniakan kesabaran dan ketabahan menghadapi kehilangan yang amat berat ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga APMM yang terus menjalankan tugas bagi mempertahankan keselamatan serta kedaulatan perairan negara.

Menurutnya, beliau amat terkesan dengan pemergian Allahyarham selain mengecam tindakan pihak yang mengancam keselamatan negara.

“Kita tidak boleh membiarkan pengorbanan ini menjadi sia-sia. Seluruh pasukan penguatkuasaan mesti bertindak tegas tanpa kompromi terhadap cubaan menceroboh sempadan negara,” katanya.

Anwar menegaskan kerajaan bertekad mengambil tindakan terhadap dalang dan sindiket penyeludupan warga asing, termasuk mana mana pihak yang melindungi atau bersubahat dengan kegiatan berkenaan.

Katanya, pihak yang mengkhianati kedaulatan negara perlu dibawa ke muka pengadilan, sambil menegaskan keselamatan anggota penguat kuasa tidak boleh dipertaruhkan.

“Nyawa anggota keselamatan dan kedaulatan tanah air tidak boleh dipertaruhkan,” tambahnya.

Baca juga:

Pernah Keliru Ketika Melintas Di Luar Negara? Ini Sebab Ada Negara Pandu Di Kiri, Ada Di Kanan

Dalam hantaran sama, beliau turut mendoakan agar Allah SWT mengampuni Allahyarham, melimpahkan rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Pernah Keliru Ketika Melintas Di Luar Negara? Ini Sebab Ada Negara Pandu Di Kiri, Ada Di Kanan
Pernahkah anda membayangkan bagaimana rasanya memandu di negara yang menggunakan arah pemanduan berbeza daripada Malaysia?

Bagi rakyat Malaysia yang biasa memandu di sebelah kiri jalan, keadaan mungkin terasa janggal apabila berada di negara seperti Amerika Syarikat, Perancis atau Jerman yang menggunakan sebelah kanan. Begitu juga bagi pelancong dari negara berkenaan apabila berkunjung ke Malaysia.

Perbezaan ini bukan sekadar soal kedudukan stereng atau peraturan jalan raya. Sebaliknya, sistem pemanduan yang digunakan di seluruh dunia mempunyai sejarah panjang yang berkait rapat dengan kebiasaan masyarakat zaman dahulu, pengaruh empayar, perkembangan industri automotif dan kos untuk mengubah sistem sedia ada.

Persoalannya, bagaimana dunia akhirnya terbahagi kepada dua sistem pemanduan yang berbeza?

Bermula Dengan Penunggang Kuda

Sebelum kereta menjadi pengangkutan utama, manusia menggunakan kuda dan kenderaan yang ditarik oleh haiwan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Menurut penjelasan dalam bahan asal, kebiasaan menunggang di sebelah kiri dikaitkan dengan penggunaan tangan kanan yang lebih dominan. Dengan berada di sebelah kiri, penunggang mempunyai tangan kanan yang lebih bebas untuk memberi salam atau mempertahankan diri sekiranya berdepan ancaman.

Amalan tersebut beransur ansur menjadi kebiasaan dalam sesetengah masyarakat selama berabad abad.

Bagaimanapun, perkembangan pengangkutan menggunakan gerabak kuda membawa kepada corak berbeza di beberapa tempat. Pemandu gerabak yang duduk di sebelah kiri kuda belakang memerlukan kedudukan yang membolehkannya mengawal haiwan dan melihat pergerakan kenderaan dari arah bertentangan. Keadaan ini dikaitkan dengan perkembangan amalan bergerak di sebelah kanan.

Jelaslah, peraturan jalan raya yang digunakan hari ini mempunyai kaitan dengan keperluan pengangkutan pada zaman sebelum kewujudan kereta bermotor.

Pengaruh Empayar Membentuk Sistem Pemanduan

Selain kebiasaan masyarakat, peluasan kuasa empayar turut memainkan peranan dalam menentukan arah pemanduan sesebuah negara.

Britain mengamalkan sistem pemanduan di sebelah kiri dan membawa amalan itu ke banyak wilayah di bawah pengaruhnya. Sebab itu, beberapa negara seperti India, Australia dan New Zealand masih memandu di sebelah kiri hingga hari ini.

Di benua Eropah pula, pengaruh Napoleon sering dikaitkan dengan penyebaran sistem pemanduan di sebelah kanan di beberapa wilayah yang berada di bawah pengaruh Perancis.

Selepas mencapai kemerdekaan, banyak negara mengekalkan sistem yang sudah digunakan sejak sekian lama. Perubahan tidak semestinya dilakukan kerana sistem terdahulu dianggap salah, sebaliknya faktor kebiasaan, pentadbiran dan hubungan dengan negara lain turut mempengaruhi keputusan.

Keadaan itu menjelaskan mengapa negara yang terletak berdekatan sekalipun boleh menggunakan sistem pemanduan yang berbeza.

Kredit: ndtv

Perkembangan Kereta Mengukuhkan Perbezaan

Kemunculan kereta bermotor pada awal abad ke 20 menjadikan perbezaan sistem pemanduan semakin ketara.

Di Britain, kereta lazimnya dibina dengan stereng di sebelah kanan untuk disesuaikan dengan sistem pemanduan di sebelah kiri. Di Amerika Syarikat pula, perkembangan kereta dengan stereng di sebelah kiri mengukuhkan amalan pemanduan di sebelah kanan.

Pengeluaran besar besaran kereta seperti Ford Model T membantu menyebarkan reka bentuk kenderaan yang digunakan di Amerika Syarikat. Perdagangan dan import kereta turut mempengaruhi perkembangan industri automotif di negara lain.

Apabila semakin banyak kenderaan dibina berdasarkan sistem tertentu, usaha menukar arah pemanduan menjadi semakin rumit. Ia bukan lagi sekadar mengubah peraturan, tetapi turut melibatkan reka bentuk kenderaan, infrastruktur jalan raya dan kebiasaan pengguna.

Kredit: ndtv

Sweden Pernah Menukar Arah Pemanduan

Walaupun kebanyakan negara mengekalkan sistem masing masing, terdapat juga negara yang pernah menukar arah pemanduan.

Sweden melaksanakan perubahan daripada pemanduan di sebelah kiri kepada sebelah kanan pada 3 September 1967. Peristiwa itu dikenali sebagai Dagen H.

Perubahan berkenaan memerlukan persediaan besar, termasuk kempen kesedaran kepada orang ramai, penukaran papan tanda jalan dan penyelarasan pergerakan kenderaan.

Antara sebab utama perubahan itu ialah keperluan menyelaraskan sistem pemanduan Sweden dengan negara jiran yang menggunakan sebelah kanan.

Pengalaman tersebut memperlihatkan bahawa perubahan sistem pemanduan pada peringkat negara memerlukan perancangan rapi dan penglibatan masyarakat secara menyeluruh.

Mengapa Negara Tidak Menukar Sistem Sekarang?

Sekali pandang, menukar arah pemanduan mungkin kelihatan seperti perkara yang boleh diselesaikan dengan mengubah papan tanda dan mengeluarkan arahan baharu.

Namun, realitinya jauh lebih kompleks.

Perubahan itu boleh melibatkan reka bentuk persimpangan, lampu isyarat, papan tanda, susun atur jalan, kenderaan serta latihan semula kepada pengguna jalan raya. Kerajaan juga perlu merancang tempoh peralihan bagi mengurangkan risiko kekeliruan dan kemalangan.

Selain kos yang tinggi, sistem yang sudah lama digunakan turut menjadi sebahagian daripada kebiasaan masyarakat. Oleh itu, banyak negara memilih untuk mengekalkan sistem sedia ada selagi tiada keperluan besar untuk mengubahnya.

Perbezaan arah pemanduan mungkin mengelirukan pelancong, tetapi mengekalkan sistem yang difahami oleh majoriti pengguna juga penting untuk memastikan pergerakan di jalan raya berjalan lancar.

Apa Yang Perlu Diketahui Sebelum Memandu Di Luar Negara?

Bagi pelancong yang bercadang menyewa kereta di negara asing, memahami arah pemanduan merupakan antara persediaan penting sebelum memulakan perjalanan.

Pemandu perlu menyemak kesahan lesen memandu, termasuk sama ada Permit Memandu Antarabangsa diperlukan. Peraturan jalan raya, had laju, papan tanda dan cara menggunakan bulatan juga wajar dipelajari terlebih dahulu.

Bagi mereka yang belum biasa memandu di arah bertentangan, memilih kereta automatik dan memulakan perjalanan di jalan yang kurang sibuk boleh membantu menyesuaikan diri.

Tempoh penyesuaian berbeza mengikut individu. Oleh itu, pemandu tidak seharusnya menganggap diri sudah mahir hanya selepas beberapa jam berada di jalan raya. Tumpuan perlu diberikan kepada keadaan sekeliling, kedudukan lorong dan arahan navigasi sepanjang perjalanan.

Akhirnya, perbezaan antara pemanduan di sebelah kiri dan kanan membuktikan bahawa perkara yang dianggap biasa hari ini mungkin terbentuk daripada sejarah yang panjang.

Daripada kebiasaan penunggang kuda, pengaruh empayar hingga perkembangan kereta moden, setiap negara mempunyai latar belakang tersendiri yang membentuk sistem jalan rayanya.

Baca juga:

DBKL Tegaskan Sitaan Penjaja Ikut Prosedur, Laporan Polis Dibuat Susulan Kekecohan

Jadi, apabila berkunjung ke negara lain, ingatlah bahawa memandu di sebelah berbeza bukan bermakna satu pihak betul dan pihak lain salah. Sebaliknya, ia mencerminkan bagaimana sejarah dan perkembangan masyarakat membentuk cara kita bergerak hingga hari ini.

DBKL Tegaskan Sitaan Penjaja Ikut Prosedur, Laporan Polis Dibuat Susulan Kekecohan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjelaskan tindakan sitaan terhadap seorang penjaja di Jalan Tun Tan Cheng Lock baru baru ini dilakukan kerana menjalankan aktiviti penjajaan tanpa lesen sah, bukannya secara sewenang wenangnya.

DBKL berkata, tindakan oleh anggota penguat kuasa kira kira pukul 2 petang itu dibuat susulan aduan yang diterima, selain teguran lisan dan notis kompaun yang dikeluarkan pada 18 Oktober lalu di bawah Undang Undang Kecil 3(1), Undang Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Menurut DBKL, hasil semakan mendapati penjaja terbabit tidak mempunyai lesen penjajaan yang sah bagi lokasi berkenaan.

Katanya, dua lesen yang dikemukakan oleh pihak lain didapati milik pemegang lesen bagi lokasi bersebelahan dan sebuah premis di Kasturi Walk yang lesennya telah dibatalkan pada 10 Jun 2025.

“Daripada dua penjaja yang berada di lokasi ketika kejadian, hanya penjaja yang didapati beroperasi tanpa lesen dikenakan tindakan sitaan,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, keadaan dilaporkan menjadi tegang ketika operasi apabila beberapa individu didakwa melakukan provokasi, merosakkan barangan jualan serta membaling botol air dan buah kelapa ke arah anggota penguat kuasa serta kenderaan DBKL.

DBKL memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan membabitkan anggota penguat kuasa dalam kejadian berkenaan.

Menurutnya, operasi itu dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) jabatan, dengan anggota penguat kuasa yang bertugas dilengkapi kamera badan.

DBKL turut mengesahkan satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut.

Baca juga:

PTPTN Santuni Bayi Baru Lahir, Semai Budaya Menabung Demi Masa Depan Pendidikan

Dalam pada itu, DBKL menegaskan pihaknya akan terus mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan semua penjaja mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Langkah itu juga bertujuan memelihara ketenteraman, kebersihan dan kesejahteraan awam di ibu negara.

PTPTN Santuni Bayi Baru Lahir, Semai Budaya Menabung Demi Masa Depan Pendidikan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus memperkukuh usaha membudayakan tabungan pendidikan sejak awal kelahiran menerusi Program Junior Superhero Simpan SSPN Tahun 2026. Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang mula diperkenalkan pada tahun 2023 ini diteruskan bersempena dengan Hari Tabungan Sedunia bagi menggalakkan ibu bapa merancang masa depan pendidikan anak-anak lebih awal.

Program Junior Superhero Simpan SSPN Tahun 2026 telah diadakan di Hospital Pulau Pinang yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN. Turut hadir YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, YBrs. Dr. Goh Hin Kwang, Pengarah Hospital Pulau Pinang, Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan PTPTN dan Encik Muhammad Muhsin Abdul Rahman, Pengarah Negeri, Pejabat PTPTN Negeri Pulau Pinang.

Melalui program ini, Pengerusi PTPTN telah menyantuni dan beramah mesra bersama ibu-ibu yang telah melahirkan cahaya mata. PTPTN berbesar hati memberikan sumbangan berjumlah RM10,000 untuk 50 kelahiran bayi baharu pada bulan Oktober 2026. Sumbangan ini melibatkan pembukaan atau penambahan akaun Simpan SSPN Prime berjumlah RM100 dan cenderamata berupa hamper barangan bayi bernilai RM100 kepada setiap penerima.

Pengerusi PTPTN, YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim berkata, “Program Junior Superhero Simpan SSPN yang diperkenalkan pada tahun 2023 telah dilaksanakan di beberapa hospital, termasuk Hospital Pulau Pinang. Penganjuran kali ini meneruskan usaha menggalakkan amalan menabung untuk pendidikan tinggi sejak anak dilahirkan, seiring dengan aspirasi Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS).”

“Penganjuran ini mencerminkan komitmen PTPTN untuk mendekati masyarakat dan menyokong perancangan pendidikan anak-anak sejak awal usia. Usaha ini juga selari dengan hasrat membentuk masyarakat yang lebih celik kewangan serta menyumbang kepada pembangunan modal insan negara,” tambah beliau lagi.

YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN (empat dari kanan), menyerahkan replika kad sumbangan Program Junior Superhero Simpan SSPN 2026 kepada penerima.

Selain inisiatif PTPTN ini, ibu bapa di Pulau Pinang boleh memanfaatkan Program Anak Emas, hasil kerjasama strategik PTPTN dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Program Anak Emas ini merupakan insentif Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk anak kelahiran baharu di Pulau Pinang. Mulai 15 Januari 2024, insentif Program Anak Emas diberikan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime dan tunai. Setiap anak kelahiran yang layak diberikan sebanyak RM100 yang disalurkan ke akaun Simpan SSPN Prime dan RM100 lagi dikreditkan ke akaun bank.

PTPTN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta kerajaan-kerajaan negeri lain atas sokongan dan kerjasama dalam memperkukuh budaya menabung untuk pendidikan tinggi. Komitmen bersama ini amat bermakna dalam membantu ibu bapa menyediakan tabungan pendidikan anak-anak sejak awal, sekali gus membuka peluang yang lebih luas untuk masa depan mereka.

Simpan SSPN merupakan produk simpanan PTPTN yang menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat. Antaranya ialah pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif, simpanan dijamin Kerajaan dan patuh syariah. Sejak diperkenalkan pada tahun 2004 sehingga 30 September 2026, deposit Simpan SSPN yang diterima adalah berjumlah RM26.07 bilion dengan 7.74 juta akaun yang telah dibuka.

PTPTN sentiasa komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik dan melaksanakan inisiatif yang menyokong perancangan kewangan pendidikan keluarga. Ibu bapa digalakkan memulakan tabungan pendidikan anak-anak seawal mungkin melalui Simpan SSPN kerana setiap simpanan hari ini menjadi bekalan untuk merealisasikan impian mereka pada masa hadapan. Maklumat lanjut, layari portal rasmi www.ptptn.gov.my.

Jangan Terus Hina Indonesia Isu Jerebu, Kesabaran Ada Batas - Zulkifli Hasan
Menteri Penyelaras Bidang Makanan Indonesia, Zulkifli Hasan mengingatkan negara jiran supaya tidak terus menghina Indonesia berhubung isu jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah yang melanda negara itu.

Menurutnya, rakyat Indonesia terkenal dengan sikap sopan santun, namun kesabaran mereka mempunyai batas sekiranya usaha menangani bencana berkenaan terus dipandang ringan dan menerima penghinaan daripada pihak luar.

Kredit: inews.id

Beliau berkata demikian ketika menghadiri lawatan kerja di Kabupaten Nganjuk, Jawa Timur, pada Ahad.

Zulkifli berkata, pelbagai agensi termasuk Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Tentera Nasional Indonesia (TNI), Polis Republik Indonesia (Polri), kerajaan tempatan dan ribuan sukarelawan kini bertungkus lumus memadamkan kebakaran hutan dan tanah.

Katanya, operasi pemadaman dilaksanakan melalui usaha di darat dan udara, termasuk operasi pengubahsuaian cuaca bagi membantu mengawal kebakaran yang semakin meluas.

Beliau turut mengakui kerajaan Indonesia memahami kesan jerebu yang bukan sahaja mengganggu aktiviti penduduk di Sumatera dan Kalimantan, malah turut menjejaskan kawasan di luar negara.

Bagaimanapun, beliau meminta negara jiran supaya menjaga etika diplomasi ketika menyuarakan kritikan serta menghargai usaha petugas yang mempertaruhkan keselamatan diri bagi mengawal kebakaran berkenaan.

Menurut Zulkifli, usaha menangani bencana itu akan terus diberi keutamaan sehingga keadaan dapat dikawal.

Terdahulu, isu jerebu rentas sempadan mencetuskan kebimbangan di Malaysia dan Singapura, dengan beberapa pemimpin menyuarakan kebimbangan terhadap pencemaran udara serta menggesa tindakan lebih tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Baca juga:

Perebutan Tanah Rentas Generasi, Perselisihan Dua Keluarga Sejak 200 Tahun Lalu Akhirnya Terlerai

Sementara itu, Menteri Penyelaras Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Sugiono sebelum ini berkata, Indonesia memahami kesan jerebu terhadap negara jiran dan sedang menjalankan kerjasama melalui saluran diplomatik serta teknikal bagi menangani krisis berkenaan.

Perebutan Tanah Rentas Generasi, Perselisihan Dua Keluarga Sejak 200 Tahun Lalu Akhirnya Terlerai
Pertikaian sempadan tanah antara dua keluarga di China mencuri perhatian ramai apabila isu yang sama berlarutan lebih 200 tahun merentasi beberapa generasi.

Kes yang dibicarakan di daerah Yanta, Xi'an, wilayah Shaanxi itu melibatkan dua keluarga dengan nama keluarga Du dan Zhang yang masing-masing mendakwa sempadan tanah berkenaan milik mereka.

Menurut laporan, perselisihan itu semakin meruncing sejak dua dekad lalu apabila keluarga Du mahu mengubah suai dapur rumah mereka serta membina tembok baharu.

Perebutan Tanah Sejak 200 Tahun Akhirnya Selesai

Bagaimanapun, keluarga Zhang membantah rancangan tersebut kerana bimbang pembinaan itu menghalang cahaya matahari dan menjejaskan sistem saliran, sehingga mencetuskan pertengkaran mulut serta pergaduhan fizikal.

Usaha pihak polis dan jawatankuasa kampung untuk mendamaikan kedua-dua keluarga itu juga tidak membuahkan hasil walaupun perbincangan sudah dilakukan berpuluh-puluh kali.

Namun, keadaan berubah apabila keluarga Zhang menunjukkan satu dokumen lama ketika sesi rundingan, iaitu surat hak milik tanah yang dipercayai berasal dari zaman Dinasti Qing.

Dokumen yang dikatakan ditulis pada tahun ke-46 pemerintahan Maharaja Qianlong itu berusia ratusan tahun, dengan tulisan tangan yang masih boleh dibaca meskipun kertasnya sudah kekuningan dan koyak.

Keluarga Zhang mendakwa dokumen tersebut mengandungi persetujuan antara kedua-dua keluarga mengenai sempadan kediaman mereka, yang ketika itu ditandakan menggunakan sebatang pokok kesemak di halaman rumah.

Mereka juga berpendapat persetujuan berkenaan perlu terus dihormati oleh generasi seterusnya, sekali gus membuatkan pihak berkuasa menyedari pertikaian itu sebenarnya sudah berlarutan lebih dua abad.

Sepanjang tempoh tersebut, beberapa generasi daripada kedua-dua keluarga terus berselisih faham mengenai sempadan tanah berkenaan, termasuk satu pertikaian yang berlaku tidak lama selepas penubuhan Republik Rakyat China pada 1949.

Bagaimanapun, mahkamah tidak bergantung sepenuhnya pada dokumen lama itu untuk menentukan penyelesaian, sebaliknya mengambil inspirasi daripada sepucuk surat bersejarah yang menekankan kepentingan bertolak ansur.

Baca juga:

"Titik Terendah Pengangguran..." Individu Kecewa Resume Jadi Pembungkus Sate

"Saya Menyampah..." Timbalan Mufti Pahang Kesal, Kena SISPAA Gara-Gara Tegur Generasi 'Strawberi'

Surat tersebut ditulis oleh Zhang Ying, seorang ahli politik dan sarjana ketika Dinasti Qing, yang pernah menasihati keluarganya supaya mengalah dalam pertikaian tanah dengan jiran mereka.

“Surat dari jauh hanya kerana sebuah tembok, mengapa tidak mengalah sejauh tiga kaki? Tembok Besar masih berdiri hari ini, tetapi Maharaja Qin Shi Huang sudah tiada," tulisnya di dalam surat tersebut.

Kisah tersebut menyebut keluarga Zhang Ying akhirnya mengalihkan tembok mereka sejauh tiga kaki selepas tersentuh dengan nasihat berkenaan, sebelum jiran mereka turut melakukan perkara sama.

Mengambil pendekatan serupa, pihak berkuasa turut menjalankan beberapa siri pengukuran di kediaman kedua-dua keluarga bagi merangka pelan pengubahsuaian yang dapat diterima semua pihak.

Akhirnya, keluarga Du berjaya mengubah suai dapur mereka, manakala keluarga Zhang menerima keputusan tersebut tanpa mencetuskan pertikaian baharu.

11 Kesilapan Guna Telefon Pintar Yang Ramai Tak Sedar
Telefon pintar kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian. Selain digunakan untuk berkomunikasi, peranti ini turut membantu kita mencari arah perjalanan, merakam kenangan, mengurus kewangan dan mengikuti perkembangan keluarga serta rakan.

Namun, di sebalik penggunaannya yang begitu meluas, masih ramai yang mungkin melakukan kesilapan ketika menggunakan telefon pintar tanpa menyedarinya.

Ada antaranya berkaitan penjagaan bateri dan peranti, manakala yang lain melibatkan keselamatan data, privasi serta tabiat penggunaan yang boleh mempengaruhi kesejahteraan diri.

Berikut ialah 11 kesilapan penggunaan telefon pintar yang wajar diketahui.

1. Menutup Semua Aplikasi Secara Paksa

Kredit: mentalfloss

Ramai pengguna mempunyai kebiasaan menutup semua aplikasi dengan meleretnya keluar daripada paparan aplikasi terkini kerana percaya tindakan itu dapat menjimatkan bateri atau ruang storan.

Bagaimanapun, menutup aplikasi secara paksa tidak semestinya membantu menjimatkan bateri. Sistem iPhone dan Android lazimnya mengurus aplikasi yang tidak digunakan dengan mengehadkan aktiviti latar belakang atau meletakkannya dalam keadaan rehat.

Membuka semula aplikasi dari awal juga boleh menggunakan lebih banyak tenaga berbanding menyambung semula aplikasi yang berada dalam keadaan rehat.

Aplikasi wajar ditutup secara paksa jika tidak berfungsi dengan baik atau mengalami masalah tertentu.

2. Tidak Mengawal Aktiviti Aplikasi Di Latar Belakang

Antara langkah yang boleh dipertimbangkan untuk mengurus penggunaan bateri ialah mengehadkan aktiviti aplikasi di latar belakang.

Sesetengah aplikasi boleh memuat turun data, menyegarkan kandungan atau melakukan kemas kini walaupun tidak sedang digunakan. Aktiviti ini berpotensi menggunakan bateri dan data mudah alih.

Pengguna iPhone boleh menyemak tetapan Background App Refresh di bahagian tetapan umum. Bagi Android, pilihan untuk mengehadkan penggunaan data atau aktiviti latar belakang bergantung pada model telefon dan versi sistem operasi.

Bagaimanapun, jangan menyekat aktiviti semua aplikasi secara sewenang wenangnya kerana sesetengah fungsi, termasuk kemas kini dan pemberitahuan, mungkin terjejas.

3. Takut Mengecas Telefon Sepanjang Malam

Ada pengguna yang memilih untuk mencabut pengecas sebelum tidur kerana bimbang bateri rosak jika dicas terlalu lama.

Telefon pintar moden lazimnya dilengkapi sistem pengurusan pengecasan yang membantu mengawal proses tersebut. Sesetengah model turut menawarkan ciri pengecasan dioptimumkan yang melambatkan atau mengehadkan pengecasan bagi mengurangkan tempoh bateri berada pada tahap penuh.

Namun, keselamatan ketika mengecas tetap penting. Gunakan pengecas dan kabel yang sesuai, elakkan mengecas di atas permukaan yang memerangkap haba serta jangan biarkan telefon yang sedang dicas terdedah kepada keadaan berbahaya.

4. Sentiasa Mengecas Hingga 100 Peratus Atau Membiarkan Bateri Habis

Mengecas telefon sehingga 100 peratus bukanlah satu kesalahan secara automatik. Begitu juga, bateri yang sesekali menjadi rendah tidak bermakna telefon akan terus rosak.

Namun, bateri litium ion yang digunakan dalam kebanyakan telefon pintar boleh mengalami kemerosotan kapasiti secara beransur ansur akibat faktor seperti haba, usia dan corak pengecasan.

Bagi pengguna yang mahu menjaga kesihatan bateri dalam jangka panjang, elakkan membiarkan telefon terlalu panas dan kerap membiarkan bateri kehabisan kuasa sepenuhnya.

Sesetengah pakar mencadangkan julat pengecasan sekitar 30 hingga 80 peratus sebagai panduan untuk mengurangkan tekanan terhadap bateri. Walau bagaimanapun, julat itu bukan peraturan wajib bagi semua peranti.

Kredit: mentalfloss

5. Tidak Membuat Salinan Sandaran Data

Telefon pintar mudah tercicir, hilang atau mengalami kerosakan. Jika semua gambar, video, dokumen dan kenangan penting hanya disimpan dalam satu peranti, risiko kehilangan data boleh menjadi besar.

Oleh itu, pengguna disarankan membuat salinan sandaran secara berkala menggunakan perkhidmatan awan atau storan luaran yang sesuai.

Pengguna iPhone boleh mempertimbangkan iCloud, manakala pengguna Android boleh menyemak pilihan sandaran yang tersedia pada peranti masing masing.

Pastikan salinan sandaran dikemas kini dan boleh diakses apabila diperlukan. Langkah ini juga memudahkan proses memindahkan data apabila bertukar kepada telefon baharu.

6. Terlupa Membatalkan Langganan Aplikasi

Percubaan percuma yang ditawarkan oleh sesetengah aplikasi boleh menjadi punca pengguna terus dikenakan bayaran selepas tempoh percubaan tamat.

Keadaan ini mudah berlaku apabila pengguna terlupa membatalkan langganan yang tidak lagi digunakan.

Justeru, semak senarai langganan secara berkala bagi memastikan tiada bayaran berulang yang tidak diperlukan.

Pengguna iPhone boleh menyemak bahagian langganan dalam tetapan akaun Apple, manakala pengguna Android boleh memeriksa langganan melalui Google Play.

Jika terdapat langganan yang tidak diperlukan, semak syarat dan batalkannya melalui saluran yang betul.

7. Menggunakan Kata Laluan Yang Mudah Diteka

Kata laluan seperti “123456”, “123456789” dan “password” mudah diingati, tetapi turut mudah diteka.

Penggunaan kata laluan yang lemah boleh meningkatkan risiko akaun diceroboh, khususnya apabila kata laluan sama digunakan untuk beberapa perkhidmatan.

Gunakan kata laluan yang panjang, unik dan sukar diteka bagi setiap akaun penting. Pengurus kata laluan juga boleh membantu menyimpan maklumat log masuk dengan lebih teratur.

Selain itu, aktifkan pengesahan dua faktor jika disediakan untuk menambah satu lagi lapisan perlindungan akaun.

8. Mengabaikan Langkah Asas Perlindungan Privasi

Sambungan WiFi awam di tempat seperti kafe, lapangan terbang dan pusat beli belah sememangnya memudahkan pengguna mengakses internet.

Namun, pengguna perlu berhati hati ketika menggunakan rangkaian yang tidak dikenali, terutama apabila mengakses akaun bank atau memasukkan maklumat sensitif.

Pastikan laman web yang dilayari menggunakan sambungan selamat dan elakkan melakukan urusan penting melalui rangkaian yang diragui. Penggunaan rangkaian persendirian maya atau VPN yang dipercayai boleh dipertimbangkan mengikut keperluan.

Pengguna juga disarankan memuat turun aplikasi daripada gedung rasmi, mengelakkan pautan mencurigakan dan menggunakan aplikasi komunikasi yang mempunyai ciri penyulitan apabila sesuai.

Kredit: mentalfloss

9. Mengabaikan Kemas Kini Perisian

Pemberitahuan kemas kini perisian mungkin kelihatan mengganggu, tetapi kemas kini tertentu mengandungi pembaikan pepijat dan penambahbaikan keselamatan yang penting.

Menangguhkan kemas kini terlalu lama boleh menyebabkan peranti terus menggunakan versi yang mempunyai kelemahan keselamatan yang sudah diketahui.

Justeru, semak kemas kini sistem operasi dan aplikasi secara berkala. Sebelum melakukan kemas kini besar, pastikan bateri mencukupi dan data penting telah disandarkan.

Jika boleh, aktifkan kemas kini automatik bagi membantu memastikan peranti menerima pembaikan yang diperlukan.

10. Tidak Menjaga Telefon Daripada Haba, Air Dan Persekitaran Melampau

Telefon pintar bukanlah peranti yang kebal terhadap kerosakan. Haba berlebihan, suhu terlalu rendah, air dan kelembapan boleh menjejaskan komponen tertentu.

Elakkan meninggalkan telefon di dalam kenderaan yang panas, meletakkannya terlalu hampir dengan sumber air atau mengecasnya ketika peranti basah.

Jika telefon terkena air, jangan terus mengecasnya. Matikan peranti jika selamat untuk berbuat demikian, lap bahagian luar dan ikut arahan pengeluar untuk pengeringan atau mendapatkan bantuan teknikal.

Kaedah menanam telefon dalam beras juga tidak disarankan kerana beras tidak menjamin kelembapan di dalam peranti dapat dikeluarkan dan habuknya boleh memasuki ruang tertentu. Bahan pengering seperti gel silika mungkin membantu dalam keadaan tertentu, tetapi tidak menggantikan pemeriksaan profesional jika telefon mengalami kerosakan akibat air.

11. Terlalu Bergantung Pada Telefon, Termasuk Sebaik Bangun Tidur

Telefon pintar boleh digunakan sebagai jam penggera, tetapi tabiat mencapai telefon sebaik sahaja bangun tidur boleh menyebabkan seseorang terus menatal media sosial dan membaca pemberitahuan untuk tempoh yang panjang.

Bagi sesetengah individu, tabiat ini boleh mengganggu rutin pagi dan menjadikan masa sukar dikawal.

Antara langkah yang boleh dicuba ialah menetapkan had masa penggunaan aplikasi, mematikan pemberitahuan yang tidak penting dan meletakkan telefon jauh daripada tempat tidur.

Pengguna juga boleh menggantikan sebahagian masa menggunakan telefon pada waktu pagi dengan aktiviti seperti bersenam, membaca atau melakukan latihan pernafasan.

Penggunaan telefon secara berlebihan turut dikaitkan dalam beberapa kajian dengan masalah kesejahteraan mental bagi sesetengah individu. Oleh itu, penting untuk menilai sama ada penggunaan telefon membantu kehidupan seharian atau sebaliknya mengganggu tidur, tumpuan dan hubungan dengan orang sekeliling.

Gunakan Telefon Dengan Lebih Bijak

Telefon pintar menawarkan pelbagai kemudahan, tetapi cara penggunaannya turut memainkan peranan penting dalam menjaga peranti dan melindungi maklumat peribadi.

Dengan mengurus pengecasan, membuat salinan sandaran, mengemas kini perisian, mengukuhkan keselamatan akaun dan menetapkan batas penggunaan, pengguna boleh memanfaatkan telefon dengan lebih baik.

Baca juga:

Berhenti Campur Peluntur Dengan Cuka, Boleh Hasilkan Gas Beracun Bahayakan Paru-Paru

Paling penting, telefon pintar sepatutnya menjadi alat yang membantu kehidupan seharian, bukannya sesuatu yang mengawal masa dan perhatian kita.

Rusia Sedia Bekerjasama Bangunkan Pusat Pelancaran Roket Di Sarawak
Rusia menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Sarawak dalam pembangunan industri aeroangkasa, termasuk berkongsi kepakaran bagi membangunkan kemudahan pelancaran roket dan penghasilan satelit.

Duta Besar Persekutuan Rusia ke Malaysia, Naiyl M. Latypov berkata, Sarawak mempunyai lokasi strategik yang berpotensi untuk pembangunan pusat pelancaran roket, namun usaha itu memerlukan infrastruktur sokongan, kepakaran teknikal dan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran.

Menurutnya, kerjasama berkenaan bukan sekadar melibatkan teknologi pelancaran roket, sebaliknya turut membuka peluang kepada syarikat tempatan untuk terlibat dalam pembangunan kemudahan serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, Selasa.

Latypov berkata, Rusia turut bersedia meneroka kerjasama dalam pembangunan dan penghasilan satelit bersama institusi pengajian tinggi di Sarawak.

Katanya, pengalaman terdahulu membangunkan dua satelit bersama institusi pengajian tinggi Malaysia yang dilancarkan menggunakan roket Rusia boleh dijadikan asas untuk meneroka kerjasama serupa di Sarawak.

Dalam usaha memperkukuh pembangunan bakat tempatan, beliau berkata, kerjasama itu juga berpotensi diperluas kepada Universiti i CATs, khususnya dalam bidang pendidikan dan latihan aeroangkasa.

Menurutnya, Rusia bersedia menawarkan peluang kepada pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian di negara itu, selain meneroka hubungan kerjasama antara Universiti i CATs dengan Moscow Aviation Institute.

Beliau berkata, Rusia sebelum ini mempunyai pengalaman bekerjasama dengan UniKL MIAT dan berharap hubungan seumpama itu dapat diperluas kepada institusi pendidikan lain di Malaysia.

Selain aeroangkasa, Latypov berkata, kedua dua pihak turut membincangkan potensi kerjasama dalam sektor tenaga, khususnya hidroelektrik, solar dan biojisim.

Menurutnya, Rusia berminat mempelajari pengalaman Sarawak dalam pembangunan tenaga boleh baharu, manakala Sarawak berpeluang memanfaatkan kepakaran Rusia dalam pembinaan loji hidroelektrik berskala besar dan kecil.

Dalam sektor pertanian, katanya, Rusia turut menyatakan minat terhadap kepakaran Sarawak dalam bidang veterinar, penghasilan makanan dan ubat ubatan haiwan serta teknologi penanaman padi.

Kerjasama berkenaan juga berpotensi melibatkan petani, pusat penyelidikan dan pemain industri dari kedua dua pihak.

Latypov berkata, industri pembinaan kapal turut dikenal pasti sebagai satu lagi bidang yang berpotensi diteroka, susulan minat Rusia untuk memanfaatkan pengalaman dan keupayaan industri berkenaan di Sarawak.

Bagi memastikan cadangan itu dapat diterjemahkan kepada tindakan, beliau berkata, perbincangan lanjut antara pakar dari kedua dua pihak perlu diadakan bagi mengenal pasti peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan dalam sektor aeroangkasa, tenaga, pertanian dan pembinaan kapal.

Beliau turut menjemput Premier Sarawak atau delegasi kerajaan negeri menyertai beberapa forum ekonomi dan industri di Rusia, termasuk Forum Rusia Dunia Islam di Kazan, pameran industri Innoprom dan Forum Antarabangsa Perbandaran yang dijadual berlangsung pada penghujung November.

Baca juga:

Detik-Detik Pelantar Minyak 'Ditelan' Laut Di Gabon, Lima Hilang

Menurutnya, pertemuan susulan itu penting untuk mengenal pasti langkah pelaksanaan yang praktikal, termasuk melalui penglibatan institusi penyelidikan, universiti dan sektor swasta.

Detik-Detik Pelantar Minyak 'Ditelan' Laut Di Gabon, Lima Hilang
Baru-baru ini, tular satu klip memaparkan sebuah pelantar minyak diapor tenggelam di perairan laut.

Dlam klip berkenaan, kejadian berlaku ketika waktu malam dengan kelihatan pelantar berkenaan sudah dalam keadudukan senget sebelum ditelan laut.

Lima Masih Hilang, Pelantar Minyak Tenggelam

Sementara itu, pasukan penyelamat mencari lima individu yang hilang selepas kejadian berkenaan.

Dalam satu kenyataan pada Ahad malam, kerajaan memaklumkan lima individu yang hilang itu terdiri daripada tiga warga Gabon, seorang warga India dan seorang warga Croatia.

Pelantar Prospector 5 sedang membuat persiapan untuk memulakan kerja penggerudian luar pesisir Gabon sebelum mengalami kerosakan struktur serius pada petang Sabtu yang menyebabkannya tenggelam, menurut Borr Drilling.

“Ketika kejadian berlaku, terdapat 115 kakitangan di atas pelantar itu,” menurut kenyataan syarikat yang beribu pejabat di Bermuda berkenaan.

“Seramai 110 individu telah dikenal pasti dan disahkan selamat. Lima lagi masih belum ditemui, manakala operasi mencari dan menyelamat berskala besar sedang dijalankan,” tambahnya.

Pihak berkuasa Gabon berkata operasi pencarian masih diteruskan pada Ahad malam, dengan tiga helikopter turut membantu usaha berkenaan.

Peralatan bawah air juga digunakan untuk mencari mangsa di perairan tempat pelantar itu tenggelam.

Sebelum ini, Menteri Minyak Gabon, Clotaire Kondja, berkata dalam satu kenyataan bahawa operasi mencari dan menyelamat itu dibantu oleh tentera laut negara berkenaan.

Menurutnya, pelantar itu “senget sebelum tenggelam ketika operasi prapemuatan, yang dijalankan sebelum kempen penggerudian dirancang bermula”.

“Setakat ini, tiada pelepasan bahan berbahaya dikesan,” katanya.

Kondja berkata siasatan telah dibuka bagi mengenal pasti punca kejadian dan pihak yang bertanggungjawab.

“Kawasan itu dipantau secara berterusan, manakala aset tindak balas pencemaran terus ditempatkan bagi melindungi pesisir pantai dan Taman Negara Mayumba.”

Prospector 5 menyokong kerja penggerudian BW Energy, sebuah syarikat Norway yang menyifatkan dirinya di laman web sebagai “syarikat minyak dan gas bebas dengan operasi serta projek pembangunan di Gabon, Brazil dan Namibia”.

Baca juga:

KPM Umum Cuti Tambahan Sempena Deepavali

Borr Drilling berkata pihaknya sedang berhubung dengan BW Energy.

“Kami amat bimbang terhadap mereka yang masih belum ditemui serta semua pihak yang terkesan akibat kejadian ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Borr Drilling, Bruno Morand, menurut kenyataan itu.

Presiden Gabon, Brice Clotaire Oligui, berkata menerusi hantaran di media sosial: “Mereka yang bekerja di laut bagi pihak negara kita mesti dapat menjalankan tugas dengan selamat.

“Ini merupakan satu kewajipan yang akan saya pastikan dipatuhi oleh setiap pengendali yang beroperasi dalam wilayah maritim kita.”

Ingatkan Bola Biasa, Ramai Baru Tahu Fungsi Sebenar Bola Oren Pada Kabel Elektrik
Pernahkah anda terfikir apakah fungsi bola berwarna oren yang sering kelihatan tergantung pada kabel elektrik, khususnya di kawasan terbuka?

Persoalan itu turut bermain di fikiran seorang pengguna Threads, luqman.afifi, yang mengakui sudah tertanya tanya mengenai fungsi objek berkenaan sejak kecil.

“Kepada yang pakar, dengan rendah diri saya bertanya. Apa fungsi bola oren dekat kabel elektrik itu? Dan bagaimana mereka menyelenggara bola itu? Adakah mereka berjalan di atas kabel? Sejak kecil lagi saya tertanya tanya,” katanya menerusi satu hantaran.

Hantaran itu kemudian mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna lain yang berkongsi jawapan dan teori masing masing, termasuk komen berseloroh.

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna, freshvegebakri, secara ringkas menyifatkan bola berkenaan sebagai “pedoman buat burung”.

Sementara itu, littleswoldier menjelaskan bahawa objek tersebut dikenali sebagai aerial marker ball dan berseloroh bahawa kerja penyelenggaraannya bukan dilakukan dengan berjalan di atas kabel, sebaliknya secara mengesot.

Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk mengusik anak masing masing dengan cerita spontan mengenai bola berkenaan.

“Aku selalu jadikan rujukan untuk anak anak aku. ‘Itu, korang sepaklah bola kuat kuat, nanti tersangkut. Itu entah bola siapa’,” kata kimierock secara berseloroh.

Hishamfrenzy pula berkongsi apa yang pernah didengarnya sebelum ini.

“Dulu ada kawan beritahu supaya helikopter atau burung tidak melanggar kabel itu,” katanya.

Seorang lagi pengguna, ellarasa_ellarasa, turut mengimbau kenangan zaman kanak kanak apabila menyangka bola itu berasal daripada permainan golf.

“Aku dulu kecil kecil ingat orang main golf, dia pukul bola sampai terbang ke atas tu,” katanya dalam nada berseloroh.

Adila_lutfiah pula berkongsi jawapan yang biasa diberikan apabila anaknya bertanya tentang objek berkenaan.

“Jawapan aku pula, kalau anak tanya, tidak mahu bagi burung langgar kabel itu,” komennya.

Dalam pada itu, waniey_hussin91 mengakui turut mempunyai persoalan lain yang masih belum terjawab, iaitu bagaimana menara kerangka besi boleh diangkut dan dipasang di atas bukit.

Katanya, ada yang memberitahu menara berkenaan dibawa menggunakan helikopter, namun dia sendiri belum pernah melihat proses tersebut.

Sementara itu, nrdeanaaaa berkongsi gelaran comel yang diberikan oleh anaknya yang berusia lebih dua tahun kepada objek berkenaan.

Baca juga:

Berhenti Campur Peluntur Dengan Cuka, Boleh Hasilkan Gas Beracun Bahayakan Paru-Paru

“Anak aku umur dua tahun lebih ini, dia panggil ‘bola terbang’,” komennya.

Pelbagai reaksi itu menunjukkan bagaimana objek yang sering dilihat dalam kehidupan seharian boleh mencetuskan rasa ingin tahu, selain mengundang kenangan dan gelak tawa dalam kalangan warganet.

Berhenti Campur Peluntur Dengan Cuka, Boleh Hasilkan Gas Beracun Bahayakan Paru-Paru
Hujung minggu memang masa paling sesuai untuk mengemas rumah, termasuk menyental tandas yang sudah berkerak dan kelihatan kurang menyenangkan.

Namun, dalam usaha mendapatkan tandas yang bersih berkilat, ada satu kesilapan yang ramai orang mungkin lakukan tanpa menyedari bahayanya.

Ada yang mencampurkan peluntur dengan cecair pencuci mangkuk tandas atau cuka kerana menyangka gabungan beberapa bahan mampu menanggalkan kotoran degil.

Hakikatnya, tindakan ini boleh menghasilkan gas beracun yang membahayakan kesihatan, terutama apabila kerja pembersihan dilakukan dalam bilik air yang tertutup.

Menurut Poison Control US, mencampurkan peluntur dengan bahan berasid seperti cuka boleh membebaskan gas klorin yang merengsakan mata serta saluran pernafasan.

Kenapa Campur Peluntur Dengan Cuka Berbahaya?

Ramai mungkin menyangka bau bahan pencuci yang kuat menandakan kotoran sedang ditanggalkan, sedangkan wap yang terhasil boleh membahayakan kesihatan.

Apabila gas klorin terhasil, seseorang yang terhidu boleh mengalami mata berair, hidung pedih, tekak terasa perit serta batuk berterusan.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), pendedahan pada kepekatan tinggi boleh menyebabkan kesukaran bernafas dan kecederaan paru-paru.

Lebih membimbangkan, peluntur yang dicampurkan dengan ammonia juga boleh menghasilkan gas kloramina yang mengganggu sistem pernafasan.

Bahan ammonia pula boleh ditemukan dalam sesetengah produk pencuci kaca, jadi jangan anggap semua pencuci rumah selamat dicampurkan sesuka hati.

Perkara ini turut ditekankan oleh Pusat Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Kanada (CCOHS), yang menasihatkan orang ramai supaya tidak mencampurkan bahan pencuci berbeza.

Baca juga:

Penyelidikan Membuahkan Hasil, USM Berjaya Uji Teknologi Tayar Sembuh Sendiri

Poster Tular Konsert Wali Semalam Di Kelantan Tiada Kelulusan - EXCO

Cara Membersihkan Tandas Dengan Lebih Selamat

Jadi, bagaimana nak memastikan tandas bersih tanpa mendedahkan diri kepada risiko gas beracun ketika melakukan kerja pembersihan di rumah?

Cara paling mudah ialah menggunakan satu jenis bahan pencuci pada satu-satu masa, mengikut arahan penggunaan yang tertera pada label produk.

Jika mahu menukar kepada bahan pencuci lain, bilas permukaan dengan air terlebih dahulu dan pastikan tiada sisa produk sebelumnya.

Pastikan juga tingkap dibuka atau kipas ekzos dipasang supaya pengudaraan lebih baik sepanjang proses membersihkan tandas.

Selain itu, jangan pindahkan bahan pencuci ke dalam botol minuman kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan kekeliruan, terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Simpan semua produk dalam bekas asal berlabel dan letakkan di tempat yang selamat serta jauh daripada capaian kanak-kanak.

Paling penting, jangan sesekali mencampurkan peluntur dengan cuka, pencuci mangkuk tandas atau ammonia walaupun kerak degil masih belum hilang.

Apa Perlu Dibuat Jika Terhidu Gas Beracun?

Jika mata mula pedih, tekak terasa perit atau batuk muncul selepas menggunakan bahan pencuci, segera tinggalkan kawasan tersebut dan dapatkan udara segar.

Jangan terus menyental atau cuba menyelesaikan kerja pembersihan ketika mengalami gejala kerana pendedahan berterusan boleh memburukkan keadaan.

Sekiranya mengalami sesak nafas, sakit dada atau gejala yang serius, dapatkan bantuan perubatan kecemasan dengan segera.

Menurut Poison Control US, individu yang mengalami gejala selepas terhidu gas akibat campuran peluntur dan pencuci tandas perlu segera menjauhi kawasan terdedah.

Akhir sekali, ingat bahawa tandas yang bersih tidak semestinya memerlukan campuran pelbagai bahan pencuci, sebaliknya penggunaan yang betul lebih penting.

Bersihkan tandas dengan bijak kerana kerak boleh disental semula, tetapi kesihatan diri jangan pula dipertaruhkan hanya untuk mendapatkan lantai berkilat.

Usia Lebih 60 Tahun, Pakcik Ariffin Berjaya Tamatkan Larian Denai 30KM Berkaki Ayam
Siapa sangka, pada usia lebih 60 tahun masih lagi boleh menghabiskan larian sejauh 30 kilometer dalam keadaan berkaki ayam?

Itulah kehebatan seorang pelari veteran dikenali sebagai Pakcik Ariffin yang berjaya menamatkan laluan denai berlumpur dalam acara Malaysia Taman Negara Ultra 2026 dengan catatan masa 7 jam 32 minit 36 saat.

Kredit: Threads @msmuhdsyawall

Menerusi hantaran pengguna Threads, @msmuhdsyawall, Pakcik Ariffin dilihat berlari tanpa kasut dan hanya mengenakan jam tangan biasa sepanjang menyertai acara tersebut.

Lebih mengagumkan, beliau berjaya menduduki tempat ke-72 keseluruhan daripada 326 peserta yang mengambil bahagian dalam acara larian berkenaan.

Kejayaan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial yang kagum dengan ketahanan fizikal dan semangat juang pelari veteran berkenaan.

“Takde pole, takde kasut, takde jam. Yang penting semangat,” komen seorang pengguna Threads.

Bukan Sahaja Hebat Berlari, Mampu Berkayuh Lebih 100 kilometer

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna Threads, @razifpachie, mendedahkan bahawa Pakcik Ariffin atau nama sebenarnya Haji Ariffin merupakan rakan berbasikalnya pada hujung minggu.

Kredit: Threads @razifpachie

Menurutnya, Haji Ariffin bukan sahaja mampu mengikut kayuhan melebihi 100 kilometer, malah boleh mengekalkan kelajuan purata antara 30 hingga 34 kilometer sejam.

“Haji Ariffin merupakan rakaberbasikaln  saya pada hujung minggu. Beliau mampu mengikut kayuhan melebihi 100 kilometer, malah boleh mengekalkan kelajuan purata antara 30 hingga 34 kilometer sejam.

“Beliau berasal dari Kampung Baru, Jerantut dan bakal menyertai acara Ironman 70.3 di Langkawi. Saya sendiri tidak pasti sudah berapa kali beliau menyertai acara tersebut,” katanya.

Untuk rekod, Ironman 70.3 merupakan acara sukan ketahanan yang menggabungkan tiga disiplin, iaitu berenang sejauh 1.9 kilometer, berbasikal sejauh 90 kilometer dan berlari sejauh 21.1 kilometer.

Baca juga:

Lelaki Bina Rumah Guna Atap Zink Dari Dinding Hingga Bumbung

Usia Bukan Bukan Penghalang Untuk Kekal Aktif

Keupayaan Haji Ariffin mengharungi cabaran sukan ketahanan pada usia lebih 60 tahun sememangnya mengagumkan, apatah lagi beliau masih aktif dalam aktiviti yang memerlukan stamina dan daya tahan fizikal yang tinggi.

Kisahnya turut mengingatkan orang ramai bahawa usia bukan semestinya penghalang untuk menjalani kehidupan aktif dan mencabar kemampuan diri.

Walaupun setiap individu mempunyai tahap kecergasan dan kemampuan yang berbeza, semangat Haji Ariffin boleh dijadikan inspirasi untuk terus menjaga kesihatan, kekal aktif dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar sesuatu matlamat.

Kadangkala, perkara yang paling mengagumkan bukanlah seberapa pantas seseorang sampai ke garisan penamat, tetapi kesanggupannya untuk terus melangkah meskipun perjalanan yang ditempuh penuh cabaran.

Seorang Anggota APMM Maut, Dua Cedera Semasa Operasi Di Sungai Padang
KANGAR, 27 Okt (Bernama) -- Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) maut manakala dua lagi cedera ketika sedang menjalankan operasi di Sungai Padang, perairan Kuala Perlis di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu yang berlaku kira-kira 11 malam tadi, bagaimanapun beliau memaklumkan maklumat lanjut mengenainya hanya boleh dikeluarkan pihak APMM.

“Saya hanya boleh sahkan menerima laporan kejadian ini, maklumat lanjut mengenai kejadian ini hanya pihak APMM yang akan keluarkan,” katanya.

Difahamkan, APMM dijangka mengadakan sidang media tentang kejadian itu petang ini.

Penyelidikan Membuahkan Hasil, USM Berjaya Uji Teknologi Tayar Sembuh Sendiri
Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi penyelidikannya memperkenalkan tayar motosikal berteknologi sembuh sendiri, JVR Selfheal Tyre.

Menerusi satu kenyataan, USM memaklumkan tayar berkenaan menjalani ujian ekstrem selama dua jam tanpa henti di Horizon Beranang Circuit, Selangor bagi menilai prestasinya dalam keadaan pemanduan sebenar.

Penyelidikan yang diterajui Profesor Madya Dr. Raa Khimi Shuib dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral itu menggunakan teknologi getah sembuh sendiri (self-healing rubber) yang dibangunkan untuk aplikasi tayar motosikal.

USM Uji Teknologi Tayar Sembuh Sendiri

Dalam ujian berkenaan, tayar yang telah dipancitkan turut digunakan bagi menguji keupayaan teknologi tersebut.

Sesi ujian itu dikendalikan pasukan MotoWazi yang diketuai Dr. Wazi Abdul Hamid dengan melibatkan empat pelumba profesional negara, iaitu Md Zaqhwan Zaidi, Azroy Hakeem Anuar, Suhaidi Ali Rahma dan Md Afiq Md Hamdan.

Baca juga:

"Titik Terendah Pengangguran..." Individu Kecewa Resume Jadi Pembungkus Sate

"Saya Menyampah..." Timbalan Mufti Pahang Kesal, Kena SISPAA Gara-Gara Tegur Generasi 'Strawberi'

Berdasarkan maklum balas pelumba yang terlibat, JVR Selfheal Tyre menunjukkan cengkaman dan kestabilan yang baik sepanjang ujian dijalankan.

Malah, prestasi tayar berteknologi sembuh sendiri itu turut disifatkan setanding dengan jenama tayar antarabangsa terkenal.

Ujian tersebut turut dihadiri wakil Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysian Rubber Council (MRC) serta rakan kolaborasi industri, Everthrough Rubber Product Sdn. Bhd.

Ujian berkenaan menjadi antara langkah menilai potensi teknologi getah sembuh sendiri dalam pembangunan tayar motosikal, selain membuka ruang kerjasama penyelidikan dan industri bagi mengembangkan inovasi berasaskan getah tempatan.

SUHAKAM Dan Majlis Peguam Malaysia Perkukuh Keupayaan Perundangan Bagi Memajukan Hak Orang Asal Di Sarawak
KUCHING (27 OKTOBER 2026) - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan  Majlis Peguam Malaysia, dengan sokongan Kesatuan Eropah melalui projek geran “Memajukan  Hak Asasi Manusia di Malaysia melalui Pendekatan Strategik dalam Pendidikan dan Peningkatan  Kesedaran”, telah berjaya menganjurkan Latihan Intensif Undang-Undang dan Litigasi Hak Asasi  Manusia untuk peguam muda dan pegawai SUHAKAM pada 22 hingga 24 Oktober 2026 di  Kuching, Sarawak. Dengan sokongan Persatuan Peguam Sarawak (Cawangan Kuching), latihan  ini memberi tumpuan kepada Hak Orang Asal dan Kebebasan Asasi, khususnya isu yang  menjejaskan komuniti Orang Asal di Sarawak.

Dalam ucapan pembukaan, Pengerusi SUHAKAM, Dato’ Seri Mohd Hishamudin Yunus,  menegaskan bahawa perlindungan hak Orang Asal bukan sekadar pengiktirafan pemilikan tanah.  Beliau berkata, “Perlindungan ini bukan hanya berkaitan pemilikan tanah, tetapi turut melibatkan  persoalan identiti, pengiktirafan budaya dan penyertaan bermakna dalam sebarang keputusan yang  mempengaruhi kehidupan mereka”.

Melalui perbincangan, kajian kes, bengkel interaktif dan simulasi perbicaraan, program ini  bertujuan meningkatkan keupayaan peguam muda untuk memahami dan menangani isu hak asasi  manusia yang menjejaskan komuniti Orang Asal di Sarawak. Program ini juga berhasrat  melahirkan generasi baharu peguam yang mempunyai kemahiran dan tahap kepekaan yang baik  untuk menyumbang kepada usaha perundangan, advokasi dan penggubalan dasar berkaitan hak  asasi manusia.

Para peserta turut didedahkan kepada peruntukan undang-undang di bawah Perlembagaan  Persekutuan, undang-undang bertulis serta undang-undang adat yang berkaitan dengan hak Orang  Asal dan Hak Tanah Adat (NCR) di Sarawak. Latihan ini turut memberi pendedahan kepada aspek  praktikal pengendalian kes di mahkamah, termasuk prosedur perundangan, pengumpulan bukti dan  strategi dalam mengendalikan kes hak asasi manusia. Program ini juga bertujuan memperkukuh  pemahaman peserta tentang kebebasan asasi yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan  serta kepentingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dari sudut perlembagaan.

Abang Iwawan, yang mewakili Majlis Peguam Malaysia, menekankan kepentingan MA63 dan  Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan dalam memahami hak Orang Asal di Sarawak. Beliau  berkata, “Jaminan berkaitan agama, bahasa dan Orang Asal yang dibincangkan ketika pembentukan  Malaysia masih berkait rapat dengan isu yang dibangkitkan oleh masyarakat pada hari ini. Peguam  perlu memahami perkara yang telah dipersetujui, bagaimana jaminan tersebut diperuntukkan dalam  undang-undang negara serta sejauh mana perlindungan itu berkesan dalam menjaga hak dan  kepentingan masyarakat yang terlibat”.

Program ini juga bertujuan mengeratkan kerjasama antara pengamal undang-undang, institusi hak  asasi manusia dan komuniti Orang Asal bagi memperjuangkan keadilan serta memperkukuh usaha  memajukan dan melindungi hak asasi manusia di Sarawak. Peserta yang terpilih dijangka  memperuntukkan masa setiap bulan untuk memberikan khidmat guaman secara pro bono kepada  pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau organisasi masyarakat sivil pilihan mereka. Antara tenaga  pengajar program ini ialah Yang Arif Tuan Gabriel Gumis Humen, Presiden Mahkamah Rayuan  Bumiputera Sarawak.

SUHAKAM dan Majlis Peguam Malaysia terus komited untuk memperkukuh keupayaan dalam  bidang perundangan serta memperluas kerjasama bagi menyokong akses kepada keadilan dan  perlindungan hak asasi manusia di Malaysia.