Tentang Kami

Siakap dan keli, kedua-duanya hidup di habitat yang berbeza. Begitu juga dengan penyampaian berita kami — kisah yang sama, merangkumi sudut yang berbeza, secara menyeluruh. Kami percaya itu adalah simbol keadilan.

Kisah Kami

Siakap Keli diasaskan pada tahun 2013 oleh tiga orang penuntut universiti berlatar belakang IT — dua dalam bidang kejuruteraan perisian dan seorang dalam e-dagang. Latar belakang itu mencorakkan portal ini dari awal: kami membina Siakap Keli untuk pembaca digital, dengan bahasa yang mudah dan penyampaian yang pantas di mana-mana peranti.

Daripada kandungan viral di media sosial, Siakap Keli berkembang menjadi salah satu portal berita dan hiburan Bahasa Malaysia terbesar di Malaysia. Pada tahun 2016, kami menerima Anugerah Pilihan Online sebagai media pilihan rakyat. Pada tahun 2017, Siakap Keli berkembang di bawah Maharsuri bersama jenama Wiser.my.

Pada tahun 2025, Digital News Report oleh Reuters Institute, Universiti Oxford, menyenaraikan Siakap Keli sebagai portal berita dalam talian kelima paling banyak digunakan di Malaysia — dan kami terus tersenarai dalam kalangan portal utama negara pada tahun 2026. Sehingga kini, kami telah bekerjasama dengan lebih 100 jenama tempatan dan antarabangsa serta beberapa kementerian.

Apa Yang Kami Sampaikan

Berita semasa, gaya hidup, kisah benar pembaca (Ini Kisah Aku), agama, automotif, kerjaya, kebajikan dan pendapat — untuk rakyat Malaysia di mana sahaja mereka berada.

Pegangan Kami

Menyampaikan maklumat yang tepat, terkini dan bermanfaat kepada masyarakat. Setiap artikel adalah amanah.

© 2026 Siakap Keli