Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hanya Perantara Berdaftar Dibenarkan Berurusan Di JPJ Mulai 1 Januari 2027

Hanya Perantara Berdaftar
Kredit: Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia Datuk Aedy Fadly --Foto BERNAMA

Hanya wakil individu atau syarikat yang berdaftar sebagai Perantara Berdaftar dibenarkan menjalankan urus niaga bagi pihak pelanggan di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai 1 Januari 2027.

Hanya Perantara Berdaftar dibenarkan berurusan di JPJ

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia Datuk Aedy Fadly Ramli berkata pendaftaran Perantara Berdaftar akan dibuka secara dalam talian mulai 1 November ini.

Beliau berkata pemohon yang diluluskan akan diberikan pengenalan rasmi digital dengan tempoh sah laku selama dua tahun.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook JPJ hari ini, jabatan itu menegaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang ikatan atau hubungan perniagaan dengan mana-mana Perantara Berdaftar.

JPJ turut menjelaskan bahawa pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau pertikaian yang timbul daripada urusan persendirian pelanggan dengan pihak berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai digalakkan berurusan secara terus melalui aplikasi MyJPJ, Portal Awam JPJ atau kaunter rasmi jabatan bagi memastikan urus niaga lebih selamat, telus dan terjamin.

Intipati
  • Hanya Perantara Berdaftar dibenarkan berurusan bagi pihak pelanggan di JPJ mulai 2027.
  • Pendaftaran dalam talian dibuka 1 November, dengan pengenalan digital sah dua tahun.
  • JPJ menegaskan tiada ikatan perniagaan dengan mana-mana Perantara Berdaftar.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan