Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 39 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini.
Ini menjadikan jumlah kumulatif bagi kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan dibenarkan discaj dari hospital adalah sebanyak 6,674 bersamaan 80.20 % daripada jumlah keseluruhan kes.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia