Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian sebentar tadi memaklumkan hanya 7 kes baru COVID-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi.
Ia merupakan jumlah kes terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Dari jumlah berkenaan, 2 merupakan kes import manakala 5 lagi adalah kes penularan tempatan melibatkan warga Malaysia.
Manakala, sebanyak 20 kes pulih dan discaj turut dicatatkan dan tiada kematian dilaporkan.
Sumber: RTM

