Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Varian Baharu Covid-19 PJ.2.1 Mungkin Tunjuk Gejala Seperti Selesema, Influenza - WHO

Covid-19
Kredit: WHO

MOSCOW, (Bernama) -- Gejala jangkitan bagi varian baharu COVID-19, PJ.2.1 mungkin menyerupai selesema biasa atau influenza, justeru ujian diperlukan bagi mengenal pasti punca sebenar jangkitan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Sputnik/RIA Novosti.

Iklan

“Gejala COVID-19, influenza dan jangkitan pernafasan lain mungkin mempunyai persamaan.

“Oleh itu, virus yang menyebabkan jangkitan tidak dapat dipastikan hanya berdasarkan gejala yang dialami,” menurut WHO.

Pertubuhan itu memaklumkan ujian mungkin diperlukan sekiranya pengesahan punca penyakit boleh mempengaruhi keputusan rawatan atau langkah kesihatan awam.

Pejabat WHO di Rusia sebelum ini memaklumkan bahawa risiko penularan varian baharu koronavirus PJ.2.1 di seluruh dunia semakin meningkat dan pihaknya sedang memantau dengan teliti penularan varian baharu itu.

Sementara itu, pakar penyakit berjangkit dan virologi, Dr Elena Malinnikova pada Sabtu berkata sakit tekak yang teruk serta keletihan berpanjangan selepas pulih daripada jangkitan mungkin menjadi antara gejala yang membezakan varian PJ.2.1 daripada varian lain.


Sumber:BERNAMA
Intipati
  • WHO berkata gejala PJ.2.1 mungkin menyerupai selesema biasa, influenza atau jangkitan pernafasan lain.
  • Ujian mungkin diperlukan jika pengesahan punca penyakit mempengaruhi rawatan atau langkah kesihatan awam.
  • Pejabat WHO di Rusia memaklumkan risiko penularan global PJ.2.1 semakin meningkat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan