Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Tak kering gusi bila dapat kawan yang kaki sakat. Ada je idea nak kenakan orang setiap hari.
Baru-baru ini, seorang wanita warga Singapura, Mia berkongsi video lucu ketika sedang meluangkan masa bersama rakan-rakannya.
Kongsinya, dia kehilangan topeng muka dan telah meminta rakan-rakan untuk mendapatkan topeng baru buatnya.
Namun apa yang diberi ternyata berbeza seperti diminta. Rakan-rakannya berkomplot untuk memberi topeng muka ‘khas’ buat wanita itu.
Mereka ‘menghadiahkan’ topeng berwajah kuda yang dipercayai diperoleh daripada mesin permainan layan diri.
Apapun, reaksi wanita itu memang sporting habis. Terkekek-kekek dibuatnya sambil pakai topeng muka tersebut.
Sempoi dan selamba, wanita itu memakai topeng berkenaan ketika berjalan-jalan bersama rakan-rakannya.
Video tersebut ternyata telah menceriakan hari ramai orang. Rata-rata terhibur menonton gelagat gadis itu dan rakan-rakan.




