Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dari Kemalangan Jadi "Reunion", Tak Sangka Yang Langgar Kereta Rupanya Kawan Lama

Langgar Kereta
Kredit: @Luqmanxaxaw
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Bila memandu kenderaan di jalan raya, kita kadang kala berdepan dengan pelbagai perkara yang tidak terjangka.

Iklan

Walaupun telah memandu dengan berhati-hati, namun malang tidak pernah berbau.

Bayangkan ketika berhenti di lampu isyarat kereta dilanggar dari belakang oleh kenderaan lain. Tentunya perasaan marah akan terus membuak-buak di dalam diri.

Tak sangka yang langgar kereta rupanya kawan lama

Seperti yang dialami oleh seorang lelaki baru-baru ini apabila kereta yang dipandunya dilanggar oleh kenderaan lain.

Pun begitu, belum sempat dia meluapkan kemarahan itu, ada momen tidak terjangka berlaku apabila pemandu yang melanggar keretanya dari belakang ialah rakan lamanya sendiri.

Kejadian yang dikongsikan oleh @Luqmanxaxaw di TikTok itu menjadi tular dan mendapat perhatian ramai.

Manakan tidak, biasanya insiden seperti itu akan menimbulkan pertengkaran atau pergelutan.

Namun tidak kali ini, kerana Luqman dan rakannya itu dilihat terus berpelukan apabila melihat wajah masing-masing.

Mereka seterusnya berhenti di tepi jalan untuk melihat keadaan kenderaan.

Menerusi video berasingan, Luqman berkongsi bahawa telah menhantar kereta miliknya ke bengkel bersama rakannya.

“Baru lepas hantar kereta, Alza langgar adiknya Ativa.. kami dua-dua pun takda masalah Alhamdulillah.. kes ditutup ya,” katanya.

Menurut Luqman di ruangan komen, dia dan rakannya itu saling mengenali sejak lebih 10 tahun lalu.

Mereka lama tidak berjumpa selepas masing-masing mendirikan rumah tangga.

Justeru, kejadian tersebut menjalinkan semula ikatan persahabatan mereka selepas sekian lama.

Sumber:@xaw93
Intipati
  • Kereta Luqman dilanggar dari belakang ketika berhenti, menurut perkongsian videonya di TikTok.
  • Pemandu yang melanggar keretanya rupa-rupanya rakan lama dikenalinya lebih 10 tahun.
  • Mereka menghantar kereta ke bengkel bersama, dan Luqman berkata kedua-duanya tiada masalah.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan