Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Boleh Pula Jadi Guru Tuisyen” Datang Tangkap Biawak, Anggota Bomba Tak Sangka Jadi Cikgu Sambilan

Bomba Jadi Cikgu Sambilan
Kredit: Threads @fireborn.lethal
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Apabila menerima panggilan kecemasan daripada orang awam, anggota bomba akan segera bergegas ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan.

Namun, siapa sangka, ketika menjalankan tugas, sekumpulan anggota bomba ini turut berpeluang menjadi guru tuisyen sambilan kepada seorang kanak-kanak di rumah berkenaan.

Menerusi satu hantaran di Threads, pemilik akaun @fireborn.lethal berkongsi pengalaman lucu apabila dia dan rakan sekerjanya membantu anak tuan rumah menyiapkan tugasan sekolah ketika menguruskan seekor biawak.

Menurutnya, mereka menerima panggilan kecemasan selepas seekor biawak memasuki sebuah rumah dan pemilik kediaman meminta bantuan untuk mengalihkan haiwan tersebut.

Bomba Tak Sangka Jadi Cikgu Sambilan

Bagi anggota bomba, mengendalikan haiwan yang memasuki rumah bukanlah perkara luar biasa, lalu mereka bergegas ke lokasi untuk menjalankan tugas.

Bagaimanapun, sebaik tiba di rumah berkenaan, mereka mendapati biawak itu sudah masuk ke dalam lubang tandas sehingga menyukarkan usaha untuk menangkapnya.

Susulan itu, mereka mengambil keputusan untuk menunggu haiwan berkenaan muncul semula sebelum cuba menangkapnya.

“Kebetulan malam ni ada satu kes. Biawak masuk bilik air. Sekali tengok, member dah menyelam dalam mangkuk tandas,” katanya.

Sementara menunggu biawak itu muncul, anggota bomba berkenaan tanpa disangka mengambil kesempatan membantu anak tuan rumah menyiapkan kerja sekolahnya.

Menerusi foto yang dikongsikan, salah seorang anggota bomba dilihat menemani kanak-kanak itu mewarna, malah mereka turut membantunya belajar membaca tulisan Jawi.

“Biawak punya hal kita uruskan, homework anak pun kita tengokkan. Cuma masalahnya, member aku ni kalau bab membaca, lebih kurang sama level dengan aku.

“Dua-dua tak berapa nak lepas Jawi, tapi malam ni boleh pula jadi guru tuisyen sambilan,” katanya berseloroh.

Dalam masa sama, tuan rumah turut menunjukkan layanan mesra dengan menghidangkan dadih buatan sendiri kepada mereka sementara menunggu operasi menangkap biawak itu diteruskan.

“Sementara menunggu member ni timbul ambil nafas, tuan rumah ni pula baik hati belanja dadih seduuuut!” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut berseloroh bahawa kanak-kanak berkenaan kini mempunyai pengalaman luar biasa untuk diceritakan kepada gurunya di sekolah.

Mana tidaknya, bukan setiap hari seseorang berpeluang belajar dengan anggota bomba yang datang menyelamatkan rumahnya daripada seekor biawak!

Sumber:Threads
Intipati
  • Anggota bomba dipanggil selepas seekor biawak memasuki rumah dan bersembunyi dalam lubang tandas.
  • Sementara menunggu biawak muncul, mereka membantu anak tuan rumah menyiapkan kerja sekolah.
  • Tuan rumah menghidangkan dadih buatan sendiri kepada anggota bomba ketika operasi menunggu diteruskan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan