Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Toyota Yaris Cross Terima Lebih 2,000 Tempahan
UMW Toyota mengesahkan model terbarunya iaitu Toyota Yaris Cross sudah menerima 2,298 dalam masa 2 minggu sahaja.
Ini menunjukkan bahawa Yaris Cross antara SUV segmen-B yang paling dinantikan tahun ini.
Dengan harga bermula RM99,900 dan juga penawaran varian ICE dan elektrik hibrid memberikan fleksibiliti untuk pembeli memilih.
Toyota Yaris Cross juga adalah model terbarudari Toyota yang dipasang di Malaysia (CKD) di kilang pemasangan Toyota di Bukit Raja, Klang.
Dengan tibanyak Yaris Cross di Malaysia, pengguna memiliki banyak pilihan untuk SUV segmen-B antaranya Proton X50 dan Perodua Traz.
SUV segmen B memang menjadi tarikan pengguna untuk dijadikan kereta pertama atau kereta kedua.
Jika anda berminat untuk pandu uji atau menempah Toyota Yaris Cross boleh layari laman web Toyota Malaysia.