Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pilih Malaysia Untuk Solo Trip, Warga Indonesia Terharu Terima Sambutan Hangat

Malaysia Untuk Solo Trip
Kredit: Threads @ichsan_1105

Tidak dinafikan, hubungan Malaysia dan Indonesia adakalanya diwarnai perselisihan pendapat, namun masih ramai yang menganggap kedua-dua negara seperti adik-beradik.

Di sebalik perbezaan itu, keramahan yang ditunjukkan oleh warga Malaysia baru-baru ini berjaya menyentuh hati seorang lelaki dari Indonesia yang merancang untuk bercuti di negara ini.

Menerusi Threads, lelaki dikenali sebagai @ichsan_1105 meminta cadangan daripada warga Malaysia mengenai tempat menarik yang sesuai dikunjungi untuk menghilangkan tekanan melalui percutian solo.

“Mahu bercuti ke Malaysia, saya minta izin rakan-rakan Malaysia untuk cadangkan tempat bercuti yang seronok, nak hilangkan stres dengan solo trip,” katanya.

Warga Indonesia Pilih Malaysia Untuk Solo Trip

Hantaran itu mendapat sambutan positif apabila ramai warga Malaysia tampil berkongsi cadangan destinasi menarik untuk dikunjunginya sepanjang berada di negara ini.

Lebih menyentuh hati, lelaki itu kemudian berkongsi rasa terharu selepas menerima pelbagai respons mesra daripada warga Malaysia yang menyambut baik hasratnya untuk bercuti di sini.

Menurutnya, ketika berdepan tekanan kerja dan mencari destinasi untuk percutian ke luar negara, dia memilih Malaysia sebelum menerima ratusan komen serta ribuan mesej daripada warga tempatan.

Dia turut mengucapkan terima kasih atas sambutan tersebut sambil memuji keramahan warga Malaysia yang membuatkannya semakin teruja untuk menikmati percutian berkenaan.

“Saya terharu. Ketika stres dengan kerja dan mencari destinasi percutian ke luar negara, saya memilih Malaysia.

“Ada ratusan komen dan ribuan mesej langsung daripada mereka yang menyambut saya dengan sangat mesra dan ramah.

“Terima kasih banyak-banyak warga Malaysia, anda semua sangat baik. Saya teruja untuk menikmati percutian istimewa saya. Semoga anda semua sentiasa sihat, Malaysia,” ujarnya.

Tidak lama kemudian, @ichsan_1105 berkongsi pengalamannya selepas tiba di Malaysia, termasuk peluang menikmati nasi kandar yang sudah lama ingin dicubanya.

Jelasnya, sebelum ini dia hanya melihat hidangan popular itu menerusi TikTok, namun akhirnya berpeluang merasainya sendiri sebaik tiba di negara ini.

“Kuahnya banjir, dah lama nak cuba. Selalu tengok-tengok di TikTok sahaja, akhirnya makan juga nasi kandar,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, warga Malaysia sekali lagi memberikan sambutan hangat kepada @ichsan_1105 disamping turut memberikan cadangan perkara yang perlu dia cuba.

Intipati
  • Lelaki Indonesia, @ichsan_1105, meminta cadangan destinasi Malaysia untuk percutian solo menghilangkan stres.
  • Hantarannya menerima sambutan mesra warga Malaysia menerusi ratusan komen dan ribuan mesej langsung.
  • Selepas tiba di Malaysia, dia berkongsi pengalaman mencuba nasi kandar yang lama diidamkan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan