Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Saya Tak Sangka…” Macklemore Terima Sambutan Luar Biasa, Tiket Free Palestine Tour Habis Terjual

Free Palestine Tour Macklemore
Kredit: Macklemore

Rapper terkenal Amerika Syarikat, Macklemore tidak menyangka tiket bagi tiga persembahan Jelajah Free Palestine yang dianjurkannya habis terjual sejurus jualan dibuka.

Menerusi hantaran di Instagram, Macklemore berkata tiket bagi persembahan di Dublin, Paris dan London semuanya habis terjual dalam masa yang singkat.

Menurutnya, ketiga-tiga persembahan itu dirancang dalam tempoh singkat sebagai usaha bersama komuniti untuk menunjukkan solidariti terhadap Palestin.

Free Palestine Tour Macklemore 'Sold Out!”

Katanya, golongan pemuzik juga boleh menggunakan pentas sebagai medium untuk mengumpul dana selain menunjukkan kekuatan tindakan secara bersama.

“Saya benar-benar tidak menyangka dengan sambutan yang diterima.

“Kami merancang persembahan ini dalam masa yang singkat dan bersama komuniti, dengan kepercayaan bahawa pemuzik boleh menunjukkan solidariti terhadap Palestin, menggunakan pentas untuk mengumpul dana serta menunjukkan bagaimana tindakan bersama boleh dilakukan.

“Apabila mereka yang berkuasa cuba menyekat suara kita yang menuntut pembebasan, seni akan sentiasa menjadi salah satu bentuk penentangan,” katanya.

Dalam pada itu, Macklemore turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di Dublin, Paris dan London yang hadir memberikan sokongan terhadap persembahan berkenaan.

Menurutnya, sambutan luar biasa itu menjadi satu lagi peringatan bahawa masih ramai orang di seluruh dunia yang terus bersatu menyokong Palestin yang bebas.

“Dublin, Paris dan London, terima kasih atas sokongan yang diberikan.

“Sambutan terhadap persembahan ini sekali lagi mengingatkan kita bahawa ramai orang di seluruh dunia terus berdiri bersama untuk Palestin yang bebas,” ujarnya.

Macklemore turut memaklumkan senarai artis yang bakal membuat persembahan dalam ketiga-tiga acara berkenaan akan diumumkan tidak lama lagi.

Sumber:Instagram
Intipati
  • Tiket Jelajah Free Palestine Macklemore di Dublin, Paris dan London habis terjual segera.
  • Macklemore berkata persembahan itu dirancang singkat bersama komuniti sebagai tanda solidariti Palestin.
  • Senarai artis yang bakal membuat persembahan akan diumumkan Macklemore tidak lama lagi.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan