Maxim Malaysia memperkenalkan versi terbaharu aplikasinya dengan teknologi pintar yang direka untuk meningkatkan pengalaman perjalanan bagi penumpang dan pemandu rakan kongsi. Kemas kini baharu ini menganalisis corak penggunaan penumpang, di samping meningkatkan navigasi dan ketepatan lokasi pengambilan melalui dua ciri baharu, sekali gus menjadikan proses tempahan perjalanan lebih pantas, mudah dan efisien.
Salah satu kemas kini utama ialah ciri baharu yang mencadangkan lokasi pengambilan dan destinasi yang kerap digunakan. Cadangan ini akan dipaparkan secara automatik pada halaman utama aplikasi apabila penumpang membuat tempahan perjalanan, membolehkan mereka memilih lokasi yang kerap digunakan tanpa perlu memasukkan alamat secara manual atau mencari melalui sejarah perjalanan. Hanya dengan mengetik lokasi yang dicadangkan, penumpang boleh meneruskan tempahan dengan segera.
Ciri ini menggunakan teknologi pintar untuk menganalisis corak perjalanan dan mencadangkan lokasi yang berkemungkinan besar digunakan oleh penumpang. Ini dapat mengurangkan bilangan langkah yang diperlukan untuk membuat tempahan serta menjimatkan masa. Penumpang juga boleh menyimpan dan menyemat lokasi yang kerap digunakan dalam menu Kegemaran (Favorites) untuk akses yang lebih pantas dan mudah.

Satu lagi penambahbaikan penting ialah ciri “Meeting Point” atau Lokasi Pengambilan yang telah dipertingkatkan. Ciri yang dikemas kini ini menyediakan lokasi pertemuan yang lebih tepat dan mudah bagi penumpang serta pemandu rakan kongsi. Selain memaparkan lokasi pertemuan pada peta, aplikasi ini turut membantu mengenal pasti lokasi pengambilan yang lebih jelas, sekali gus memudahkan pemandu tiba di lokasi yang betul dan mengurangkan kekeliruan ketika mencari penumpang.
Ciri ini juga dapat membantu mengurangkan risiko pemandu berhenti di lokasi yang dilarang atau kawasan yang tertakluk kepada sekatan lalu lintas.
Bagi penumpang, ciri yang dipertingkatkan ini memudahkan mereka mengenal pasti lokasi pertemuan yang ditetapkan, khususnya di kawasan yang besar atau kompleks seperti pusat beli-belah, lapangan terbang, stesen kereta api, universiti dan lokasi acara utama. Lokasi pertemuan yang lebih jelas dapat membantu mengurangkan salah faham antara penumpang dan pemandu, meningkatkan koordinasi serta menyumbang kepada pengalaman perjalanan yang lebih lancar.
“Kami sentiasa mengambil kira maklum balas daripada penumpang dan pemandu rakan kongsi bagi memahami cabaran yang mereka hadapi ketika menggunakan perkhidmatan kami. Antara situasi yang sering berlaku ialah keperluan untuk memasukkan lokasi yang sama berulang kali serta kesukaran mencari lokasi pengambilan yang tepat, khususnya di kawasan yang sibuk atau kompleks.Ciri-ciri baharu ini direka untuk menjadikan proses tempahan lebih mudah, di samping membantu pemandu rakan kongsi mengenal pasti lokasi penumpang dengan lebih tepat. Dengan menyediakan lokasi pengambilan yang lebih jelas serta cadangan lokasi yang lebih pintar, kami berharap dapat menjadikan setiap perjalanan lebih lancar dan efisien bagi penumpang dan pemandu rakan kongsi,” kata Mohd Hazwan Musley, Pengarah Maxim Malaysia.
Versi terbaharu aplikasi Maxim kini tersedia untuk pengguna di seluruh Malaysia melalui App Store bagi peranti iOS, Google Play bagi peranti Android, AppGallery, Galaxy Store, GetApps serta laman web Maxim. Pengguna sedia ada boleh mengemas kini aplikasi mereka untuk mengakses ciri-ciri terkini, manakala pengguna baharu boleh memuat turun aplikasi tersebut untuk menikmati antara muka yang dipertingkatkan serta fungsi tempahan perjalanan yang lebih baik.
Kemas kini terbaharu ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Maxim dalam membangunkan teknologi digital yang dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan serta mewujudkan pengalaman perjalanan yang lebih lancar. Maxim Malaysia akan terus menambah baik platformnya dengan teknologi dan ciri-ciri baharu yang memenuhi keperluan penumpang dan pemandu rakan kongsi yang sentiasa berkembang di seluruh negara.
