Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ruang Lama Pusat Kawalan Kusta Negara Kini Jadi Wad COVID-19

Kredit: Datuk Dr Noor Hisham Abdullah/Bernama

Sebuah wad untuk pesakit COVID-19 disediakan menggunakan ruang lama Pusat Kawalan Kusta Negara di Hospital Sungai Buloh.

Hal ini dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebook beliau sebentar tadi.

Menurutnya, wad itu akan menempatkan sebanyak 60 katil untuk pesakit COVID-19 yang bergejala ringan.

Sebelum ini, beliau menyatakan lebih 80 peratus pesakit COVID-19 di Malaysia terdiri daripada kategori pertama dan kedua, iaitu positif dan tidak bergejala serta positif dan bergejala ringan.

Hanya 5 peratus pesakit COVID-19 di Malaysia yang terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi, katanya baru-baru ini.

Wad pesakit COVID-19 yang bergejala ringan. (Gambar: Datuk Dr Noor Hisham Abdullah)

Sumber: Dr Noor Hisham Abdullah