Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Anwar Umum Tambahan Peruntukan RM50 Juta Pada MITRA

Athirah
MITRA
Kredit: Anwar Ibrahim

PM Anwar Umum Tambahan Peruntukan RM50 Juta Pada MITRA

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan tambahan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), menjadikan jumlah keseluruhan dana disalurkan tahun ini meningkat kepada RM150 juta.

Menerusi hantaran Anwar Ibrahim di Facebook, peruntukan tambahan itu diberikan susulan prestasi baik MITRA, khususnya dalam menyalurkan bantuan kepada masyarakat India yang miskin dan terpinggir.

Peruntukan berkenaan diumumkan pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama mahasiswa India di Universiti Malaya.

"Kerajaan MADANI akan terus mempertahankan prinsip keadilan sosial yang menjamin kebelaan dan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum atau latar belakang

"Konsep Malaysia MADANI yang kita dukung memberi penekanan terhadap nilai ihsan, keadilan dan kesejahteraan untuk seluruh rakyat merentasi batas kaum dan agama," ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, masyarakat India juga menyambut baik pengumuman ini dan menyifatkannya sebagai langkah positif dalam memperkukuh usaha membantu golongan yang memerlukan serta meningkatkan kesejahteraan komuniti.

Menteri Sumber Manusia, R Ramanan turut mengucapkan terima kasih kepada Anwar atas peruntukan tambahan untuk MITRA dan keprihatinannya terhadap masyarakat India.

"Terima kasih PMX Anwar Ibrahim kerana menaikkan peruntukan MITRA sehingga RM150 JUTA! Kenaikan ini adalah pertama kali dalam sejarah dan ini adalah satu detik bersejarah buat komuniti India di negara ini," kata beliau.