Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Peruntukan Perolehan Kerajaan Untuk Kontraktor Bumiputera G1-G4 Naik Kepada RM7.5 Bilion – PM Anwar

Kontraktor G1-G4
Kredit: Youtube Parlimen Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nilai perolehan kerajaan yang dikhususkan untuk kontraktor Bumiputera Gred G1 hingga G4 dinaikkan kepada RM7.5 bilion berbanding RM4 bilion tahun ini.

Beliau berkata, pengumuman itu dibuat selepas mengadakan sesi libat urus bersama wakil persatuan dan syarikat kontraktor Bumiputera bagi mendengar sendiri keresahan berkaitan perusahaan mereka.

Pengumuman itu dibuat ketika pembentangan Belanjawan 2027 hari ini.

Intipati
  • Anwar Ibrahim mengumumkan perolehan kerajaan untuk kontraktor Bumiputera G1 hingga G4 dinaikkan kepada RM7.5 bilion.
  • Nilai baharu itu meningkat berbanding RM4 bilion yang diperuntukkan bagi tahun ini.
  • Pengumuman dibuat selepas sesi libat urus bersama wakil persatuan dan syarikat kontraktor Bumiputera.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan