Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi 2027 meningkat kepada RM16 bilion berbanding RM15 bilion sebelum ini.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 sebentar tadi.
Menerusi inisiatif itu, semua penerima STR akan menerima bantuan SARA sehingga RM150 sebulan atau RM1,800 setahun, sekali gus memanfaatkan sehingga sembilan juta penerima STR.

