Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Selain Penerima STR Yang Berumur 18 Tahun Ke Atas Akan Terima SARA Madani RM100 Sebanyak Dua Kali - PM Anwar

SARA MADANI
Kredit: Youtube Parlimen Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berumur 18 tahun ke atas akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MADANI sebanyak RM100 sebanyak dua kali.

Beliau berkata, pemberian itu akan disalurkan sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang sambutan 7 dasawarsa kemerdekaan.

Menurut Anwar, inisiatif berkenaan dijangka memanfaatkan sehingga 13 juta rakyat Malaysia, termasuk golongan berpendapatan sederhana (M40).

Pengumuman itu dibuat ketika pembentangan Belanjawan 2027 oleh beliau pada hari ini.

Intipati
  • Anwar mengumumkan penerima STR berumur 18 tahun ke atas akan menerima SARA MADANI.
  • Bantuan RM100 itu akan disalurkan dua kali, sebelum Aidilfitri dan menjelang kemerdekaan.
  • Inisiatif berkenaan dijangka memanfaatkan sehingga 13 juta rakyat Malaysia, termasuk golongan M40.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan