Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Orang Tua, Pesakit Darah Tinggi & Diabetes, Risiko Kematian Tinggi Jika Dijangkiti Covid-19 – Public Health

Kita baru sahaja digemparkan dengan dua kematian akibat jangkitan Covid-19 yang dilaporkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada petang semalam. Rentetan daripada itu, Perintah Kawalan Pergerakan juga sudah dilancarkan oleh Perdana Menteri untuk membendung gejala ini.

Namun, masih ada segelintir masyarakat yang degil dan pentingkan diri untuk keluar dan pulang ke kampung sepanjang tempoh 14 hari tersebut.

Menerusi perkongsian infografik oleh Public Health Malaysia mengatakan bahawa risiko kematian tinggi adalah orang tua, pesakit diabetes dan darah tinggi jika mereka terkena jangkitan wabak Covid-19.

Sayangi ibu bapa anda. Jika mereka terkena COVID-19, mereka mempunyai risiko kematian yang tinggi. Elakkan pulang ke kampung. ‘Stay’ saja di rumah sendiri.

Sumber: Public Health