Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan berlaku di enam negeri sehingga jam 9 malam ini.
Amaran hujan lebat
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa amaran itu melibatkan negeri Kelantan iaitu di Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Kota Bharu, Bachok dan Tumpat.
Di Terengganu pula, hanya daerah Besut yang terlibat.
Di Pahang, cuaca buruk itu dijangka melanda daerah Jerantut, Kuantan, Bera, Bentong, Maran dan Temerloh.
Bagi Negeri Sembilan, daerah Jelebu dan Jempol diramal terlibat.
Beralih ke Sarawak, amaran membabitkan daerah Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Julau, Pakan dan Maradong), Sibu (Kanowit dan Sibu), Kapit.
Manakala di Sabah pula melibatkan daerah Tawau, Kudat (Kudat).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.
