Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Hujan Lebat Di 5 Negeri Hingga Malam Ini

Amaran Hujan Lebat
Kredit: AI/Flow

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda lima negeri sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan berkataan amaran dikeluarkan di negeri Kelantan iaitu di Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Mas.

Di Pahang, hanya satu daerah sahaja yang terlibat iaitu di Rompin.

Bagi negeri Johor pula, kawasan Mersing dan Kota Tinggi dijangka mengalami keadaan cuaca itu.

Beralih ke Sarawak, amaran melibatkan Bintulu, Miri, Limbang, Kapit (Bukit Mabong, Kapit dan Song), Sri Aman (Lubok Antu), Kuching (Lundu dan Bau), Betong (Betong, Saratok dan Kabong).

Di Sabah, hujan diramal di daerah Pantai Barat (Kota Belud dan Tuaran), Kudat (Kota Marudu), Pedalaman (Sipitang dan Pensiangan).

Amaran Hujan Lebat

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat di lima negeri sehingga jam 9 malam ini.
  • Kawasan terlibat termasuk beberapa daerah di Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
  • Amaran dikeluarkan apabila ribut petir berintensiti hujan melebihi 20 mm sejam dijangka berlaku.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan