Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Hujan Lebat Di 9 Negeri Hingga Malam Ini - MetMalaysia

Amaran Hujan Lebat
Kredit: AI/Flow

Sebanyak sembilan negeri diramal mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga jam 7 malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran cuaca itu melibatkan seluruh negeri Kelantan.

Selain itu, ia juga dijangka melanda negeri Kedah iaitu di Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling, Kulim dan Sik.

Di Perak, amaran membabitkan kawasan Selama, Kerian, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim, Perak Tengah dan Larut Matang.

Begitu juga di daerah Kemaman, Dungun, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Besut dan Marang di Terengganu.

Hujan lebat turut diramal di negeri Pahang, yang membabitkan daerah Pekan, Maran, Lipis, Rompin, Temerloh, Bentong, Raub dan Cameron Highlands.

Bagi negeri Selangor, daerah Hulu Selangor dan Gombak terlibat.

Manakala di Johor pula membabitkan Kota Tinggi dan Mersing.

Beralih ke Sarawak, keadaan cuaca buruk diramal di Kuching, Serian (Siburan), Samarahan (Samarahan), Kapit (Song), Sibu, Sarikei (Julau dan Pakan), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau), Limbang, Miri (Marudi, Beluru dan Telang Usan).

Di sabah pula, daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Pensiangan, Sook, Keningau dan Tambunan), Sandakan (Kinabatangan, Paitan, Labuk & Sugut, Sandakan dan Telupid), Kudat (Pitas dan Kota Marudu), Pantai Barat (Ranau) terlibat.

Amaran hujan lebat

Kredit: MetMalaysia

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Intipati
  • Sembilan negeri diramal mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga malam.
  • Amaran meliputi seluruh Kelantan serta beberapa daerah di Kedah, Perak, Terengganu dan Pahang.
  • MetMalaysia berkata amaran ribut petir sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan