Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di 9 Negeri

MetMalaysia
Kredit: AI/Flow

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di sembilan negeri sehingga jam 8 malam ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran itu melibatkan negeri Kedah iaitu di daerah Kuala Muda, Yan, Pendang, Sik, Baling dan Kulim.

Amaran juga membabitkan daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang.

Manakala, di Perak pula hanya daerah Hulu Perak yang terlibat.

Beralih ke Pantai Timur, daerah Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai, Pasir Puteh, Machang, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat dan Bachok di Kelantan turut diramal dilanda hujan lebat.

Begitu juga dengan negeri Terengganu iaitu di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu.

Di Pahang, ia melibatkan kawasan Jerantut, Maran, Bera, Bentong, Temerloh dan Raub.

“Bagi Negeri Sembilan, amaran membabitkan daerah Jelebu dan Jempol.

“Manakala di Johor pula di Mersing, Kluang dan Kota Tinggi,” kata MetMalaysia.

Di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Pensiangan), Tawau (Kalabakan dan Lahad Datu), Sandakan (Labuk & Sugut, Kinabatangan, Sandakan, Telupid dan Paitan), Pantai Barat (Ranau).

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Sumber:Facebook
Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di sembilan negeri.
  • Amaran sehingga jam 8 malam melibatkan beberapa daerah di Semenanjung dan Sabah.
  • Amaran ribut petir sah sebagai amaran jangka pendek tidak melebihi enam jam.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan