Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Leapmotor B10 Perkenalkan 'Over The Air' Dengan Ciri Pintar

LEAPMOTOR

Leapmotor B10 Perkenalkan 'Over The Air' Dengan Ciri Pintar

Leapmotor mengumumkan kemaskini perisian over-the-air (OTA) terbaharu bagi Leapmotor B10, yang membawakan pelbagai ciri baharu bagi meningkatkan keselesaan pemanduan, ketersambungan serta aspek keselamatan.

Kemaskini OTA ini diperkenalkan hanya enam bulan selepas pelancaran SUV Leapmotor B10, sekali gus mencerminkan komitmen syarikat terhadap evolusi perisian yang pantas dan bermakna.

Ia juga menunjukkan usaha berterusan Leapmotor dalam menambah baik pengalaman penggunaan kenderaan untuk semua pelanggan, memastikan setiap kenderaan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa tanpa perlu berkunjung ke pusat pengedar.

Kemaskini OTA terbaharu ini memperkenalkan keupayaan pemanduan One-Pedal, sokongan terbina untuk Apple CarPlay dan Android Auto, fungsi arahan suara yang diperluas serta beberapa penambahbaikan lain yang menjadikan kenderaan lebih intuitif untuk digunakan.

Melalui pelancaran baru ini, pemandu B10 kini boleh menikmati pengalaman pemanduan One-Pedal yang membolehkan kebanyakan proses pecutan dan nyahpecutan dikawal terus melalui pedal pemecut. Logik pemulihan tenaga yang dipertingkat turut membantu memberikan kawalan yang lebih lancar serta kecekapan tenaga yang lebih baik.

Dari aspek ketersambungan, kenderaan kini menyokong Apple CarPlay dan Android Auto sama ada melalui sambungan berwayar atau tanpa wayar, membolehkan pemandu mengakses aplikasi telefon pintar pilihan mereka dengan lebih mudah dan lancar.

Leapmotor turut memperkenalkan kemaskini pada antara muka sistem bagi meningkatkan tahap kebolehcapaian. Pemandu kini boleh memperibadikan butang pada stereng melalui tetapan multifungsi baharu, termasuk pintasan kepada ciri ADAS serta mod pemanduan.

Kemaskini OTA ini juga menambah baik beberapa elemen penting dalam pengalaman pemanduan dan sistem infotainmen. Sistem navigasi kini boleh dipaparkan melalui susun atur skrin belah di bahagian kiri yang baharu, sekali gus meningkatkan kejelasan paparan ketika menggunakan pelbagai aplikasi serentak.

Sistem infotainmen kini boleh dilancarkan dengan lebih pantas menerusi ciri pramuat “Quick Start” yang mengurangkan masa menunggu ketika kenderaan dihidupkan. Selain itu, peringatan pengesanan kehadiran dalam kenderaan turut dioptimumkan, manakala penambahbaikan pada sistem ACC dan LCC membantu memastikan nyahpecutan yang lebih lancar ketika menghampiri selekoh.

Kemaskini OTA perisian pertama bagi tahun 2026 ini mula dilaksanakan pada awal Februari dan kini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pelanggan B10. Pemandu hanya perlu menunggu notifikasi dalam kenderaan apabila perisian tersedia, dan pemasangan boleh dilakukan terus melalui antara muka kereta.

Leapmotor kekal komited dalam membangunkan teknologi yang terus berevolusi secara lancar, sambil mempertingkatkan pengalaman pemanduan kenderaan jenama itu melalui inovasi perisian yang bermakna dan sentiasa menyesuaikan diri dengan keperluan pelanggan.