Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lagenda Bola Sepak, Diego Maradona Didakwa Ditawar Kontrak Latih Pahang Musim Depan?

Pahang FA

Media sosial tiba-tiba gegar dengan satu tweet yang mendakwa lagenda bola sepak dari Argentina, Diego Maradona ditawarkan kontrak bernilai jutaan ringgit untuk melatih skuad Tok Gajah yang juga naib juara Liga Super Malaysia 18/19 selama 6 bulan.

Dakwaan tersebut dibuat oleh seorang wartawan sukan dari Mexico, César Luis Merlo menerusi akaun Twitter miliknya.

Diego Maradona walau bagaimanapun katanya telah menolak tawaran tersebut kerana memilih untuk kekal berada di Kelab Gimnasia De La Plata.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan Argentina itu pernah mencipta nama sebagai salah seorang pemain lagenda dalam sejarah bola sepak dunia serta pernah dianugerahkan dengan anugerah pemain terbaik FIFA bagi abad ke 20.

Sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak, beliau telah berjaya menjaringkan 312 gol dan pernah membimbing skuad Argentina memenangi Piala Dunia FIFA pada tahun 1986.

Sumber: César Luis Merlo, jorge omar barrera