Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bola Sepak Eratkan Hubungan, Lelaki Kongsi Kehidupan Masyarakat Di Sempadan Malaysia-Indonesia

Kehidupan Masyarakat Di Sempadan
Kredit: Facebook Haimey Channel

Bila tinggal berjiran, sudah tentu hubungan baik menjadi sesuatu yang penting untuk dipelihara, lebih-lebih lagi apabila jiran itu sebenarnya mempunyai pertalian keluarga.

Iklan

Walaupun dipisahkan oleh sempadan negara, hubungan kekeluargaan dan semangat kejiranan antara penduduk tidak semestinya terputus begitu sahaja.

Begitulah kehidupan masyarakat di sempadan Sarawak-Kalimantan yang tinggal di dua negara berbeza, namun masih mengekalkan hubungan erat antara satu sama lain.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Haimey Channel berkongsi suasana kehidupan masyarakat di kawasan berkenaan yang tetap hidup harmoni meskipun dipisahkan oleh sempadan Malaysia-Indonesia.

Lelaki Kongsi Kehidupan Masyarakat Di Sempadan Malaysia-Indonesia

Dalam video tersebut, Haimey menunjukkan batu sempadan yang menjadi tanda pemisah antara kedua-dua negara sebelum membawa penonton melihat suasana perlawanan bola sepak berhampiran kawasan berkenaan.

Beliau yang berada di lokasi itu turut menyaksikan perlawanan bola sepak melibatkan beberapa kampung dari Malaysia dan Indonesia yang terletak berhampiran sempadan.

“Di depan saya ini adalah patok pemisah antara Malaysia dan Indonesia.

“Di hadapan, padang bola sepak! Ini dia, liga di Kampung Padawan, Sapit. Banyak kampung dari Indonesia menyertai liga bola sepak di Padawan.

“Ia disertai oleh 24 buah kampung,” katanya.

Haimey kemudian berseloroh bahawa dia agak sedih apabila tiga kampung dari Indonesia berjaya muncul sebagai juara dalam pertandingan tersebut.

“Yang sedihnya, Indonesia telah juara tiga kali. Tiga kampung telah juara. Jadi Sarawak tengah mencari formula untuk mengalahkan pasukan bola sepak Indonesia,” selorohnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mengecam kehidupan masyarakat di kawasan sempadan tanpa memahami sejarah serta latar belakang mereka.

“Kita boleh katakan semuanya adalah ahli keluarga, saudara-mara. Jadi jangan mengecam sesuatu yang kita tak faham dan kita tak mengerti tentang sejarah yang telah berlaku dalam pemisahan sempadan Malaysia dan Indonesia,” ujarnya.

Meskipun tinggal di negara berbeza, hubungan kekeluargaan yang terjalin antara penduduk membuktikan bahawa sempadan tidak semestinya menjadi penghalang untuk mereka terus hidup berjiran dan saling mengenali.

Sumber:Facebook
Intipati
  • Haimey Channel berkongsi kehidupan masyarakat di sempadan Sarawak-Kalimantan melalui video Facebook.
  • Video itu memaparkan batu sempadan dan liga bola sepak berhampiran kawasan berkenaan.
  • Haimey berkata peserta liga melibatkan 24 kampung dari Malaysia dan Indonesia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan