Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah Curi Perhatian, Presiden FIFA Ucap Tahniah Atas Kemenangan

Presiden FIFA Ucap Tahniah Atas Kemenangan Pasukan Bola Sepak Sabah
Kredit: AFP & SAFA

Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, mengutus surat rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) bagi mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan itu menjuarai Liga Bola Sepak Wanita Malaysia 2026.

Iklan

Menerusi satu kenyataan di Facebook, SAFA menyifatkan surat berkenaan sebagai penghormatan besar serta suntikan semangat kepada seluruh warga bola sepak Sabah, khususnya dalam memperkasakan sukan wanita di negeri itu.

Persatuan itu turut merakamkan penghargaan kepada Infantino atas pengiktirafan berkenaan, selain mengucapkan terima kasih kepada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan dan Setiausaha Agungnya, Datuk Noor Azman Rahman.

Presiden FIFA Ucap Tahniah Atas Kemenangan Pasukan Bola Sepak Sabah

Penghargaan turut diberikan kepada barisan pengurusan SAFA yang memainkan peranan dalam memastikan kejayaan pasukan berkenaan.

“Pengiktirafan melalui surat rasmi daripada Presiden FIFA ini merupakan satu penghormatan besar dan suntikan semangat kepada seluruh warga bola sepak Sabah, khususnya dalam usaha memperkasakan pembangunan bola sepak wanita di negeri ini.

“Kejayaan ini bukan milik individu semata-mata, tetapi hasil sokongan, kerjasama, pengorbanan dan komitmen semua pihak yang terlibat.

“Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin untuk kita terus melangkah lebih jauh, mengharumkan nama Sabah serta menyumbang kepada kemajuan bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Terima kasih atas segala sokongan dan kepercayaan. Kejayaan ini milik kita bersama!” kata SAFA.

Sementara itu, Infantino turut menyampaikan penghargaan kepada SAFA atas sokongan dan komitmen persatuan itu dalam membangunkan bola sepak wanita di negara ini.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk bertemu dengan presiden persatuan itu sekali lagi dalam masa terdekat.

“Sambil merakamkan penghargaan kepada anda dan persatuan atas sokongan, usaha serta dedikasi berterusan dalam pembangunan bola sepak wanita di negara anda, saya berharap dapat bertemu anda sekali lagi tidak lama lagi,” tulisnya.

Intipati
  • Gianni Infantino mengutus surat rasmi mengucapkan tahniah kepada SAFA atas kejayaan pasukan wanita Sabah.
  • SAFA menyifatkan pengiktirafan itu sebagai suntikan semangat kepada pembangunan bola sepak wanita Sabah.
  • Infantino turut menghargai komitmen SAFA dan berharap bertemu presiden persatuan itu tidak lama lagi.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan