Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Cuba Cari Apa Yang Hilang”, Paparan Kedudukan EPL Ini Buat Peminat Bola Sepak Tertanya-Tanya

EPL
Kredit: Threads alffisyahrin
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Satu hantaran memaparkan kedudukan Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi iPhone Duo mencuri perhatian pengguna media sosial apabila orang ramai diminta mencari sesuatu yang dikatakan hilang daripada paparan tersebut.

Menerusi perkongsian di Threads, pengguna akaun alffisyahrin mengajak orang ramai meneliti paparan berkenaan menerusi kapsyen ringkas.

“Paparan kedudukan EPL menggunakan iPhone Duo. Cuba cari apa yang hilang,” tulisnya.

Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi pengguna Threads yang turut meninggalkan komen berseloroh, malah ada yang cuba meneka perkara yang dimaksudkan.

“Baru awal musim. Tahu tahu tiga pasukan teratas macam musim lepas,” usik __mohdfaizzz.

“Di gua mana agaknya?” kata ainn.ahmd secara berseloroh.

“Kena guna iPad agaknya,” komen hriz.mhadzir.

Seorang lagi pengguna, sontola pula berseloroh dengan mengaitkan hantaran itu dengan penyokong Chelsea.

“Peminat Chelsea ke? Sebab nampak lima bintang di Chelsea,” katanya.

Kredit: Threads rafiey_55

Sementara itu, rafiey_55 turut berkongsi pengalamannya melihat paparan sama yang sebelum ini pernah menjadi perbualan pengguna media sosial.

“Sebelum ini apabila paparan ini ditunjukkan, ada yang mengatakan perlu membeli iPhone Duo. Namun, hari ini ada pula yang mendedahkan jadual liga menggunakan iPhone Duo pun masih ada satu pasukan yang tidak kelihatan,” kongsi pengguna itu.

Sumber:Threads
Intipati
  • Hantaran Threads memaparkan kedudukan EPL menggunakan iPhone Duo mencuri perhatian pengguna media sosial.
  • Pengguna alffisyahrin meminta orang ramai meneliti paparan itu untuk mencari perkara yang hilang.
  • Beberapa pengguna meninggalkan komen berseloroh, termasuk mengaitkan paparan itu dengan penyokong Chelsea.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan