Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Jakarta Bakal Gegarkan Sambutan 500 Tahun Dengan Kelab Bola Sepak Dunia, Zohran Mamdani Turut Dijemput

jakarta bakal gegarkan
Kredit: Antara

Kerajaan Wilayah Jakarta merancang untuk menjemput beberapa kelab bola sepak antarabangsa serta pemimpin bandar utama dunia bagi memeriahkan sambutan ulang tahun ke-500 ibu kota Indonesia itu pada 2027, lapor Antara.

Iklan

Gabenor Jakarta, Pramono Anung Wibowo, berkata beberapa pemimpin bandar antarabangsa termasuk Datuk Bandar Berlin, Paris, Amsterdam serta Gabenor Tokyo telah dimaklumkan mengenai inisiatif berkenaan.

Malah, beliau turut mengundang Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani, untuk berkunjung ke Jakarta dan menyertai sambutan tersebut.

Jemputan itu dibuat selepas kedua-duanya mengadakan pertemuan dua hala di New York pada September lalu.

“Semoga Datuk Bandar Mamdani dapat menyertai kami di Jakarta tahun depan. Beberapa wakil dari negara lain telah mengesahkan kehadiran mereka,” katanya ketika bercakap kepada media di Jakarta Selatan pada Khamis.

Jakarta Bakal Gegarkan Sambutan 500 Tahun Dengan Kelab Bola Sepak Dunia, Sambutan Bakal Berlangsung Sepanjang Tahun 2027

Pramono berkata, sambutan ulang tahun berkenaan tidak hanya tertumpu kepada satu acara, sebaliknya akan berlangsung sepanjang tahun 2027 menerusi pelbagai program yang dirancang.

Katanya, pentadbiran Jakarta sedang menyediakan beberapa acara bagi menarik kedatangan pengunjung dari dalam dan luar negara.

Selain menjemput kelab bola sepak antarabangsa serta pemimpin dari pelbagai negara, pihaknya turut merancang penganjuran konsert yang menampilkan pemuzik antarabangsa.

Dua Stadium Utama Jadi Lokasi Persembahan

Menurut Pramono, konsert berkenaan dijangka berlangsung di Kompleks Stadium Gelora Bung Karno dan Stadium Antarabangsa Jakarta.

Kedua-dua tempat berkenaan sebelum ini pernah menjadi lokasi penganjuran pelbagai acara antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau berharap sambutan ulang tahun ke-500 itu dapat memberikan impak ekonomi yang besar kepada Jakarta, khususnya menerusi sektor pelancongan dan kehadiran pengunjung antarabangsa.

Pramono turut berharap pendekatan pembiayaan kreatif yang dirancang dapat membantu menjadikan Jakarta sebagai destinasi pilihan pelancong, selain memastikan pengunjung berasa selamat dan selesa sepanjang berada di ibu kota berkenaan.

Intipati
  • Jakarta merancang sambutan ulang tahun ke-500 sepanjang 2027 dengan pelbagai program antarabangsa.
  • Pramono berkata pemimpin Berlin, Paris, Amsterdam, Tokyo dan Zohran Mamdani telah dimaklumkan atau dijemput.
  • Konsert antarabangsa dijangka diadakan di Gelora Bung Karno dan Stadium Antarabangsa Jakarta.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan