Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Keluk Kes Aktif Covid-19 Tunjukkan Tanda-Tanda Awal Pemulihan Hasil Keberkesanan PKP

Gambar: Bernama, KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menyatakan bahawa tanda-tanda awal pemulihan mula menunjukkan hasil keberkesanan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi satu ciapan yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, sejak PKP berkuatkuasa pada 18 Mac, keberkesanannya mula membuahkan hasil.

“Tanda-tanda awal pemulihan hasil keberkesanan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKD) yang telah berkuatkuasa 18 Mac,” tulis ciapan tersebut.

Justeru daripada itu, KKM berharap agar semua pihak dapat memberikan sokongan penuh kepada PKP Fasa ke-3 yang berkuatkuasa hari ini sehingga 28 April.

Sumber: KKM