Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Covid-19: 120 Doktor Maut Di Itali Setakat Ini

Gambar Hiasan via Bernama

ROM, 15 April (Bernama) — Angka kematian akibat COVID-19 dalam kalangan doktor di Itali meningkat kepada 120 orang, apabila empat lagi meninggal dunia pada Rabu, lapor agensi berita Itali ANSA.

Persekutuan doktor kebangsaan FNOMCEO mengatakan korban terbaharu adalah Patrizia Longo dan Elisabetta Mangiarii kedua-duanya (doktor keluarga), Enrico Boggio (doktor gigi) dan Eugenio Malachia Brianza (doktor SERD).

Jumlah itu termasuk doktor yang telah bersara, kembali bertugas di barisan hadapan untuk bersama-sama berjuang melawan virus COVID-19.

— BERNAMA