Kalau bercakap tentang kereta, kadang-kadang satu perkara yang buat kita pandang dua kali bukan disebabkan jenamanya semata-mata, tetapi reka bentuknya.
Lebih-lebih lagi sekarang, SUV bukan lagi sekadar pilihan mereka yang mempunyai keluarga besar.
Ada yang memilih SUV kerana mahukan ruang lebih selesa, ada yang sukakan posisi pemanduan yang lebih tinggi, manakala ada juga yang mencari sebuah kereta yang boleh digunakan dalam macam-macam keadaan.
Hari bekerja bawa ke pejabat, hujung minggu keluar bersama keluarga, sesekali kena angkut barang atau balik kampung.
Pendek kata, kalau boleh memang nak sebuah kereta yang boleh ‘layan’ semuanya.
Antara model yang mungkin korang selalu nampak atas jalan ialah Honda HR-V.
Dari luar memang mempunyai reka bentuk yang moden sporty dan kena dengan ‘taste’ kita, tetapi sebenarnya ada beberapa perkara pada SUV ini yang mungkin ramai tak perasan.
1. Nampak SUV, tapi penggunaan minyak boleh serendah 4.1L/100km

Bila dengar sahaja SUV, antara perkara pertama yang mungkin bermain dalam fikiran tentulah penggunaan minyak.
Maklumlah, apabila kereta nampak lebih besar, mesti ada yang mula terfikir berapa banyak pula minyak yang diperlukan untuk perjalanan harian.
Namun, antara angka penggunaan bahan api yang diketengahkan pada Honda HR-V ialah serendah 4.1 liter bagi setiap 100 kilometer, bergantung kepada varian dan keadaan pemanduan.
Bagi mereka yang menggunakan kereta setiap hari, terutamanya untuk berulang-alik ke tempat kerja atau kerap melakukan perjalanan jauh, penggunaan bahan api memang antara perkara yang patut diambil kira.
Sebab akhirnya, bukan sekadar harga atau rupa kereta yang kita fikirkan. Kos untuk menggunakannya setiap hari pun penting juga.
2. Kerusi boleh disusun ikut keperluan, ruang pun lebih fleksibel

Ini mungkin antara ciri yang kita tak begitu fikirkan ketika mula-mula tengok sebuah kereta.
Tetapi apabila dah guna setiap hari, barulah nampak bezanya.
Bayangkan hari ini nak bawa beg pakaian untuk balik kampung, esok pula kena angkut barang yang panjang atau tinggi.
Kalau ruang kereta terhad, memang kena fikir dua tiga kali macam mana nak susun semuanya.
Honda HR-V dilengkapi dengan Multi Utility Seat yang membolehkan susunan tempat duduk diubah mengikut keperluan.

Digabungkan pula dengan ruang kabin yang luas, ia memberikan lebih banyak fleksibiliti sama ada mahu membawa penumpang ataupun barang.
Jadi kalau hujung minggu tiba-tiba nak berjalan jauh, membeli barang rumah atau keluar bersama keluarga, ruang dalam kereta boleh dimanfaatkan dengan lebih praktikal.
Kadang-kadang benda macam inilah yang kita tak pandang sangat ketika beli kereta, tetapi paling banyak digunakan selepas memilikinya.
3. Parking sempit? Ada kamera pandangan 360 darjah

Pernah tak masuk tempat letak kereta, nampak satu ruang kosong tetapi terus terfikir,
“Eh, muat ke ni?”
Tambah pula kalau ruangnya sempit dengan kereta di kiri dan kanan.
Di sinilah kamera pandangan 360 darjah boleh membantu pemandu melihat keadaan di sekitar kenderaan dengan lebih menyeluruh.
Bukan sahaja ketika mahu meletakkan kereta, ciri ini juga berguna apabila perlu bergerak di kawasan yang sempit atau mempunyai ruang terhad.
Mungkin nampak macam satu ciri kecil.
Tapi kalau setiap hari kena masuk parkir bertingkat atau tempat letak kereta yang agak sempit, memang boleh faham kenapa fungsi seperti ini sangat membantu.
4. Honda SENSING bukan sekadar satu fungsi

Selain rupa, ruang dan penggunaan bahan api, aspek keselamatan tentunya menjadi antara perkara penting apabila memilih sebuah kereta.
Honda HR-V turut dilengkapi dengan Honda SENSING, iaitu rangkaian teknologi bantuan keselamatan dan pemanduan yang dibangunkan untuk membantu pemandu ketika berada di jalan raya.
Dalam penggunaan harian, teknologi bantuan pemanduan seperti ini boleh menjadi satu lagi sokongan kepada pemandu, terutama apabila berdepan dengan pelbagai situasi trafik.
Namun begitu, teknologi tetaplah sekadar bantuan.
Pemandu masih perlu memberikan perhatian sepenuhnya terhadap keadaan jalan raya dan sentiasa mematuhi peraturan ketika memandu.
5. Rupanya ada tiga pilihan rangkaian kuasa

Kalau dulu kita biasa memilih kereta berdasarkan kapasiti enjin, sekarang pilihannya sudah semakin pelbagai.
Honda HR-V misalnya ditawarkan dengan tiga pilihan rangkaian kuasa iaitu hibrid, turbo dan petrol.
Maksudnya, pengguna boleh melihat pilihan yang lebih sesuai berdasarkan keperluan serta gaya pemanduan masing-masing.
Ada yang mungkin lebih tertarik dengan teknologi hibrid, ada yang mahukan karakter pemanduan enjin turbo, manakala sesetengah pengguna pula lebih selesa dengan enjin petrol.
Bila difikirkan semula, memang tidak semua orang menggunakan kereta dengan cara yang sama.
Ada yang memandu dalam bandar setiap hari, ada yang kerap menggunakan lebuh raya dan ada juga yang perlukan kereta untuk perjalanan bersama keluarga.
Jadi, adanya beberapa pilihan membolehkan pengguna menentukan sendiri mana satu yang lebih dekat dengan rutin mereka.
Jadi, jangan tengok pada luaran sahaja
Memang betul, reka bentuk selalunya menjadi perkara pertama yang membuatkan kita tertarik dengan sesebuah kereta.
Tetapi selepas bertahun-tahun menggunakannya, perkara seperti ruang kabin, penggunaan bahan api, ciri keselamatan dan kemudahan ketika memandu mungkin sebenarnya lebih banyak memainkan peranan.
Lima perkara tadi antara ciri yang terdapat pada Honda HR-V yang menjadikannya bukan sekadar nampak bergaya, tetapi praktikal untuk kegunaan seharian.
Menariknya, bersempena sambutan Hari Malaysia, Honda Malaysia turut menawarkan Malaysia Day Special Rewards dengan jumlah ganjaran keseluruhan bernilai sehingga RM20,000* untuk Honda HR-V.

Jadi, kalau korang tengah survey SUV atau sekadar nak tengok sendiri macam mana ciri-ciri tadi berfungsi, bolehlah singgah ke Pengedar Sah Honda berdekatan untuk test drive dan melihat Honda HR-V dengan lebih dekat.
Maklumat lanjut mengenai Honda HR-V serta tawaran semasa juga boleh didapati menerusi laman rasmi Facebook, Instagram, TikTok atau Honda Malaysia. *Tertakluk kepada terma dan syarat.

