Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lebih Daripada Sekadar Kereta: AG Autoworld Tawar Keistimewaan Seumur Hidup Merentasi 20+ Jenama, Lancar AG Kids Club

AG Kids Club

Kuala Lumpur, 8 September 2026 — Bagi ramai, memiliki kereta hanyalah tentang bergerak dari poin A ke B. Namun bagi AG Autoworld, pemilikan kenderaan membawa makna yang jauh lebih besar. Sebagai antara pengedar rasmi PROTON yang terkemuka di Malaysia, AG Autoworld meraikan ulang tahun pertama AG Club, iaitu program keistimewaan gaya hidup eksklusifnya, yang membuktikan pemilikan kenderaan boleh membawa lebih banyak pengalaman, ganjaran dan momen bermakna di luar jalan raya. Sambutan tersebut turut menyaksikan pelancaran rasmi AG Kids Club yang menghulurkan pengalaman itu kepada generasi muda.

AG Club merupakan program keahlian eksklusif yang diperkenalkan bagi menghargai kesetiaan pelanggan AG Autoworld. Melalui rangkaian 21 rakan kerjasama yang dipercayai, termasuk SWS 28, Hock Kee Kopitiam dan Columbia Asia Hospital, ahli AG Club dapat menikmati pelbagai keistimewaan dalam kategori makanan dan minuman, pendidikan, kekeluargaan, kesejahteraan, peruncitan serta perkhidmatan automotif. Hasilnya, pelanggan terus menikmati nilai tambah yang berterusan, jauh selepas mereka membawa pulang kenderaan masing-masing.

AG Kids Club: Untuk Generasi Muda dalam Keluarga

Sambutan ulang tahun pertama ini turut menyaksikan pelancaran rasmi AG Kids Club yang memperluas manfaat AG Club kepada generasi muda. Ditawarkan secara eksklusif kepada ahli AG Club yang mempunyai anak berusia 12 tahun ke bawah, program ini membuka lebih banyak peluang untuk keluarga belajar, meneroka dan meluangkan masa berkualiti bersama. AG Kids Club menggabungkan pengalaman gaya hidup, pembelajaran dan penglibatan komuniti bagi membantu kanak-kanak membina kemahiran hidup penting sambil mencipta kenangan bermakna bersama keluarga.

Program ini menampilkan pelbagai aktiviti, termasuk lawatan pendidikan, bengkel STEM dan kreatif, kelas pengucapan awam, aktiviti kesejahteraan serta pengalaman pemanduan seperti LEGOLAND® Driving School. Keluarga juga boleh menantikan pelbagai inisiatif bermusim seperti kempen kembali ke sekolah, keistimewaan hari jadi, ganjaran eksklusif daripada rakan kerjasama serta baucar istimewa.

Melangkaui Keistimewaan, Mencipta Impak Positif

Komitmen AG Autoworld untuk melangkaui pengalaman pemilikan kenderaan turut merangkumi usaha memberi kembali kepada masyarakat. AG Kids Club berfungsi sebagai platform CSR dan ESG jangka panjang yang menghimpunkan rakan CSR seperti Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM) dan BELove Cancer Society, selain rakan korporat, institusi pendidikan serta komuniti setempat bagi mewujudkan peluang yang memberi impak positif kepada kanak-kanak dan keluarga.

Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, RM3 daripada setiap kenderaan yang dijual oleh AG Autoworld akan disalurkan ke AG Kids Club Future Fund bagi menyokong inisiatif CSR dan ESG yang mampan. Dana tersebut akan dimanfaatkan untuk kerjasama dengan NGO, pendidikan dan pembangunan kanak-kanak, program komuniti, projek kelestarian alam sekitar serta program sukarelawan keluarga, sekali gus menjadikan setiap pembelian kenderaan sebagai peluang untuk mencipta perubahan positif.

Mengulas tentang pencapaian tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif AG Autoworld, Janessa Kuek, berkata, “Apabila kami melancarkan AG Club setahun lalu, matlamat kami adalah untuk mencipta nilai yang melangkaui pemilikan kenderaan. Bersama rangkaian rakan kerjasama yang semakin berkembang, kami telah membina sebuah ekosistem gaya hidup yang memperkaya kehidupan ahli melalui pelbagai keistimewaan eksklusif dan pengalaman yang bermakna.”

AG Kids Club

“Kami juga teruja untuk memperkenalkan AG Kids Club sebagai lanjutan kepada AG Club yang membuka peluang kepada kanak-kanak untuk belajar, keluarga untuk mengeratkan hubungan serta rakan kerjasama untuk mencipta impak positif kepada generasi akan datang. Melalui AG Kids Club Future Fund, kami mahu setiap kenderaan yang dijual menyumbang kepada sesuatu yang lebih bermakna, sekali gus menjadikan pelanggan kami sebahagian daripada perjalanan yang lebih besar.”

Melalui AG Club dan AG Kids Club, AG Autoworld membuktikan bahawa manfaat pemilikan kenderaan tidak berakhir apabila pelanggan meninggalkan bilik pameran. Daripada keistimewaan gaya hidup dan pengalaman bersama keluarga hinggalah peluang untuk menyumbang kepada masyarakat, AG Autoworld terus membina sebuah komuniti yang menjadikan pemilikan kenderaan lebih bermakna.

Intipati
  • AG Autoworld meraikan ulang tahun pertama AG Club, program keistimewaan gaya hidup pelanggan.
  • AG Kids Club dilancarkan untuk anak ahli berusia 12 tahun ke bawah.
  • RM3 daripada setiap jualan kenderaan akan disalurkan kepada AG Kids Club Future Fund.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan