Yang Di-pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah,, “Biar saya jalankan tanggungjawab dan saya harap kita dapat mencari jalan penyelesaian terbaik untuk negara.”
Baginda secara spontan mencemar duli menyampaikan makanan untuk pihak media yang berkampung di depan pintu Istana Negara sejak semalam. Baginda memandu sendiri kenderaannya turut mengaku cuaca agak panas hari ini.
Semalam, banyak berita berkenaan isu politik yang melanda negara kita antaranya, Tun Mahathir lepaskan jawatan Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu, Azmin Ali dan 11 lagi ahli parlimen tinggalkan parti Keadilan, Bersatu umum keluar dari Pakatan Harapan.
Selepas Tun mahathir letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan diperkenan YDP Agong, Tun M juga menasihati YDP Agong untuk membatalkan semua pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri sejurus selepas Tun M dilantik semula sebagai Perdana Menteri sementara.
Sumber: Awani

