Siakap Keli
Kari Ayam Sebagai Stew Terbaik Dunia
Kredit: Facebook Syalfarina Razali

Kari Ayam Malaysia Diiktiraf Stew Terbaik Dunia

Kari Ayam Malaysia Diiktiraf Stew Terbaik Dunia

Siapa sangka, semangkuk kari ayam yang sering terhidang di meja makan rakyat Malaysia kini telah mencuri perhatian dunia.

Juadah kegemaran ramai ini telah diiktiraf sebagai stew terbaik dunia oleh laman makanan terkenal, TasteAtlas.

Hidangan berasaskan rebusan atau stew telah lama menjadi sajian utama di pelbagai negara, di mana setiap mangkuk stew lazimnya kaya dengan rempah ratus dan ramuan tempatan.

Di Malaysia, kepelbagaian etnik melahirkan pelbagai jenis stew — daripada sup herba masyarakat Cina, kuah pekat bersantan orang Melayu, hinggalah kari penuh rempah dari budaya India.

Juara dunia dalam senarai 100 stew terbaik

Dalam senarai Top 100 Stew Terbaik Dunia yang dikeluarkan oleh TasteAtlas, kari ayam Malaysia berjaya menduduki tempat pertama dengan markah cemerlang 4.7 daripada 5 bintang.

Rasanya tidak berlebihan jika dikatakan ini adalah satu penghormatan besar kepada warisan kulinari Malaysia.

Ia membuktikan bahawa keunikan rasa tempatan mampu bersaing dengan masakan dari negara-negara hebat seperti Jepun, Mexico dan Brazil.

Top 100 Best Stew
Kredit: TasteAtlas

Apa rahsia di sebalik keenakan kari ayam Malaysia?

Kari ayam merupakan antara hidangan asas yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia.

Ia sering menjadi pilihan utama di kebanyakan rumah kerana rasanya yang enak dan menyelerakan.

Hidangan ini dimasak secara perlahan dengan potongan ayam yang dimasak bersama kuah berasaskan santan.

Kuahnya kaya dengan pelbagai jenis rempah yang menaikkan aroma dan rasa.

Antara ramuan utama yang digunakan termasuklah bawang putih, bawang merah, halia, tomato, serai, daun pandan, daun kari, kulit kayu manis, cili dan pelbagai bahan lain.

Menurut TasteAtlas, keunikan kari ayam Malaysia terletak pada kepelbagaian rempah yang digunakan serta kaedah penyediaannya yang masih mengekalkan elemen tradisional masyarakat tempatan.

Kari ayam ini lebih enak dinikmati ketika panas, terutamanya apabila dimakan bersama nasi putih yang juga panas berwap. Gabungan ini menjadikan ia satu hidangan yang sempurna.

BACA: Pisang Mas Masuk Senarai 10 Pisang Terbaik Dunia

BACA: Penyanyi Jepun Kongsi ‘Terbang’ 1,000km Setiap Hari Demi Sambung Pengajian

BACA: Makanan Mewah “Ini” Dahulu Pernah Jadi Hidangan Banduan

Sumber: TasteAtlas

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.