Penyanyi Jepun Kongsi ‘Terbang’ 1,000km Setiap Hari Demi Sambung Pengajian
Yuzuki Nakashima, salah seorang anggota kumpulan idol terkenal Jepun, Sakurazaka46, baru-baru ini berkongsi kisah hidupnya yang cukup luar biasa.
Meskipun kerjaya hiburannya menuntut komitmen tinggi, Yuzuki tidak pernah mengetepikan cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran di universiti.
Demi menghadiri kuliah, beliau sanggup bangun seawal jam 5 pagi setiap hari.
Tepat jam 6 pagi, Yuzuki sudah berada di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, untuk menaiki penerbangan pertama ke Fukuoka, yang terletak lebih 1,000 kilometer dari ibu kota.
Setibanya di Lapangan Terbang Kitakyushu sekitar jam 9:30 pagi, beliau akan menaiki bas pula ke kampus universiti.
Semua ini dilakukan setiap hari demi menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar.
Menariknya, Yuzuki bijak menggunakan masa penerbangannya. Sepanjang kira-kira empat jam sehari di udara, beliau mengulang kaji pelajaran, menyiapkan tugasan dan membuat persiapan kelas.
Tidak hanya itu, perjuangan ini bukan sahaja menuntut pengorbanan masa dan tenaga, malah juga kewangan.
Kos penerbangan satu hala dari Tokyo ke Fukuoka melebihi 15,000 yen (sekitar RM467.37), menjadikan jumlah harian hampir 30,000 yen (sekitar RM934.74), semata-mata untuk ulang-alik ke universiti.
Seusai menghadiri kelas di universiti, malamnya pula diisi dengan kelas tarian dan vokal.
Rutin padat ini telah dilaluinya sejak empat tahun lalu, dan menjadi sebahagian daripada gaya hidupnya.
Lebih menarik, selama ini Yuzuki memilih untuk merahsiakan rutin harian yang luar biasa itu.
Beliau tidak mahu menagih simpati atau meraih perhatian umum.
Namun, selepas tamat pengajiannya, barulah beliau tampil berkongsi kisah yang menjadi inspirasi ramai.
BACA: ‘Kantoi’ Kuat, Aksi Gadis-Gadis Ini Bikin Warga Maya Pecah Perut
BACA: Pisang Mas Masuk Senarai 10 Pisang Terbaik Dunia
BACA: Sambutan Meriah Open House Aidilfitri Di SJKC Tarik Perhatian Netizen
Sumber: Times of India