Berita

Berita
“Papa Sedih Tak Boleh Peluk, Cium Kamu,” KJ Rai ‘Birthday’ Anak Melalui Tingkap
Malaysia pada ketika ini menghadapi saat-saat genting apabila kes Covid-19 meningkat hampir setiap hari. Keadaan ini memperlihatkan betapa pentingnya semua pihak khususnya rakyat negara ini mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan. Rakyat juga seharusnya lebih peka dengan kesihatan dan kebersihan diri serta ahli keluarga khususnya anak-anak kecil agar penularan virus tersebut dapat […]
Berita
(Video) Terpukau, Warganet Kongsi Keindahan Fenomena ‘Halo Matahari’ Hiasi Langit Langkawi
Dalam sedang kita dilanda musibah wabak virus Covid-19, satu fenomena yang dikenali sebagai ‘halo matahari’ telah dilaporkan terjadi menghiasi langit kepulauan Langkawi sekitar tengah hari tadi. ‘Halo matahari’ adalah satu bulatan pelangi penuh yang mengelilingi matahari. Fenomena tersebut telah dikongsikan oleh beberapa penduduk tempatan yang sempat merakamkan kejadian itu di akaun media sosial mereka. Berikut […]
Luar Negara
Persoalkan Bahaya Covid-19, Lelaki Jilat Barangan Di Pasaraya Undang Kemarahan
Mengejutkan, video seorang lelaki yang menjilat produk tandas di sebuah pasar raya menjadi tular di laman media sosial. Dia juga dilihat bertanya ‘Siapa yang takut dengan koronavirus?’. Dalam satu klip pendek, lelaki yang dipercayai berasal dari Missouri, AS itu dilihat menggunakan lidahnya dan menjilat item di rak sambil melihat kamera. Polis kini dalam usaha untuk […]
Berita
Pengeluaran i-Lestari, Daftar Melalui Emel, Pos Bermula 1 April
KUALA LUMPUR, 23 Mac — Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pendaftaran menerusi emel atau pos bermula 1 April, 2020, untuk pengeluaran kemudahan i-Lestari seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. “Ahli-ahli boleh membuat pendaftaran secara emel atau pos bermula 1 April. Bagi pendaftaran secara dalam talian, ahli KWSP boleh melakukannya bermula 1 […]
Kesihatan
COVID-19: Sabah Sekat Perjalanan Di Sempadan Malaysia-Indonesia Mulai Hari Ini
Kerajaan Sabah memutuskan untuk menyekat semua perjalanan di sempadan Malaysia dan Indonesia sebagai usaha menangani penularan jangkitan COVID-19 di negeri ini berkuat kuasa hari ini. Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong berkata sekatan itu melibatkan perjalanan dari Pulau Sebatik-Tawau-Pulau Sebatik; Serudong-Simanggaris-Serudong; dan Bantul Labang-Pagalungan-Bantul Labang. Keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat Sabah COVID-19 Command Centre yang diadakan pada […]
Berita
Perkeso Semak Rekod Korban COVID-19 Untuk Kesan Yang Layak Terima Bantuan
Kementerian Sumber Manusia melalui agensinya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang menyemak semua rekod korban COVID-19 untuk mengesan mereka yang layak menerima faedah agensi itu. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata ia bagi membolehkan faedah disampaikan dengan segera kepada mangsa yang layak agar kebajikan keluarga dan tanggungan mereka terbela berikutan musibah ini. Katanya setakat ini […]
Kesihatan
COVID-19: Thailand Sahkan 122 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan 721
BANGKOK, 23 Mac (Bernama) — Thailand telah mengesahkan 122 kes positif COVID-19 yang baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus itu di negara tersebut setakat ini ialah 721. Jurucakap Kementerian Kesihatan Awam Thaweesilp Wissanuyothin berkata 20 daripada kes baharu itu dikaitkan dengan jangkitan sebelum ini termasuk 16 kontak rapat pesakit yang telah disahkan positif manakala […]
Luar Negara
Thailand Tutup Pintu Sempadan Antara Malaysia
KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) — Kerajaan Thailand telah menutup semua sembilan pintu sempadan dengan Malaysia sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, dalam usaha mengekang penularan COVID-19. Dalam satu kenyataan hari ini Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memaklumkan bahawa maklumat itu telah disampaikan oleh Duta Besar Thailand ke Malaysia, kepada Setiausaha Bahagian, Bahagian Asia Tenggara, di […]
Kesihatan
COVID-19: Indonesia Catat 579 Kes Baharu Dengan 49 Kematian
Jumlah pesakit positif di Indonesia yang dijangkiti COVID-19 sekali lagi meningkat kepada 579 orang pada hari ini dengan jumlah kematian juga meningkat kepada 49 orang. Jumlah pesakit yang sudah sembuh pula adalah 30 orang. “Jumlah kes meningkat sebanyak 65 orang dari data semalam, jadi jumlah kes hari ini adalah 579,” kata jurucakap kerajaan, Achmad Yurianto […]
Berita
“KKM Menyeru Jemaah Tabligh Yang Belum Lakukan Saringan Kesihatan, Segera Berbuat Demikian” – KKM
940 daripada 1,518 kes positif keseluruhan atau bersamaan 62% adalah kes kluster perhimpunan tabligh di Sri Petaling, lapor satu ciapan yang dibuat melalui akaun Twitter rasmi KKM. Menerusi ciapan tersebut, pihak KKM juga menyeru agar jemaah tabligh yang masih belum melakukan saringan untuk segera berbuat demikian bagi membendung penularan wabak ini. KKM juga turut menyatakan […]
Kesihatan
KKM Berjaya Perolehi Stok Bekalan PPE Sebanyak 33 Juta Unit – KP Kesihatan
Menerusi kenyataan media sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan bahawa pihak KKM telah berjaya memperolehi stok bekalan PPE sebanyak 33 juta unit yang dapat menampung penggunaan di semua fasiliti kesihatan dan akan diedarkan dalam minggu ini. Pihak kerajaan juga telah menerima sumbangan bekalan PPE tersebut daripada pelbagai pihak dan sejumlah […]
Kesihatan
Selangor, KL, Sabah, Dan Johor Catat Kes Tertinggi Positif Covid-19
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak dan Johor mencatatkan kes positif virus Covid-19 paling tinggi di Malaysia. Menerusi satu senarai kes-kes positif Covid-19 yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, Selangor mencatatkan 354 kes, Kuala lumpur mencatatkan 242 kes, Sabah pula 169 kes, manakala Johor pula sebanyak 158 kes. Dalam pada itu, […]
Berita
Sebanyak 20 Pesakit Covid-19 Telah Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini
Dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa seramai 20 pesakit Covid-19 di Malaysia telah berjaya dirawat dan discaj daripada hospital sehingga 23 Mac 2020. Beliau turut menyatakan bahawa keseluruhan jumlah pesakit Covid-19 yang berjaya sembuh dan dibenarkan pulang adalah sebanyak 159 orang. TERKINI: Sebanyak […]
Kesihatan
TERKINI: Sebanyak 14 Kematian Akibat Covid-19 Dilaporkan Setakat Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah dalam sidang media mengumumkan bahawa jumlah kematian akibat Covid-19 di Malaysia setakat ini ialah 14 orang. Menurutnya, kes kematian ke-12 merupakan kes ke-1114 berumur 70 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek dan dirawat di Hospital Kluang. Beliau disahkan meninggal dunia pada […]
Kesihatan
TERKINI: 212 Lagi Kes Terbaru Positif Covid-19 Di Malaysia Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa 212 kes positif lagi dilaporkan sehingga 12 tengah hari tadi. Dalam satu sidang media yang dilakukan sebentar tadi, beliau menyatakan bahawa daripada 212 kes baru, 123 dari kluster tabligh manakala selebihnya kontak rapat, PUI dan masih dalam siasatan. TERKINI: 212 kes baru #COVIDー19 dilaporkan di […]
Berita
Doktor Ini Kongsi 5 Perkara Penting Pastikan Tahap Imuniti Badan Anak Pada ‘Level’ Paling Tinggi
Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak virus Covid-19 yang telah membunuh ribuan nyawa dan menjangkiti ratusan ribu manusia. Oleh daripada itu, langkah pencegahan sememangnya adalah suatu perkara yang perlu dipandang serius bagi mengelakkan diri dijangkiti. Seperti yang telah dinyatakan oleh WHO, golongan muda tidak terkecuali daripada dijangkiti dengan virus maut ini. […]
Gaya hidup
Pelancong Amerika Puji Cara Malaysia Urus COVID-19, Lebih Baik Dari Apa Kerajaannya Buat
Cara negara kita mengendalikan situasi penularan COVID-19 mendapat pujian seorang warga Amerika Syarikat (AS). Jason Hassenstab berkata, biarpun Malaysia bukan negara dunia pertama, namun cara kerajaan menguruskan krisis tidak mengetepikan penduduk pedalaman. “Kami baru pulang daripada pengembaraan luar biasa di Malaysia. Saya takkan bosankan kalian dengan (kisah) kelewatan perjalanan, tapi dua hari setengah kemudian kami […]
Gaya hidup
Uncle Kentang Agih Makanan Percuma Untuk Asnaf Terputus Pendapatan Kerana Perintah Kawalan
TERHARU. Kata-kata ini terpacul di bibir sebaik sahaja setiap kali membaca kisah Hero Malaysia, iaitu Uncle Kentang yang sinonim dengan aktiviti kebajikan pada asnaf. Baru-baru ini, beliau telah menghantarkan beberapa sumbangan berupa pek nasi kepada golongan asnaf, dipercayai yang tinggal di sekitar Puchong. Menurutnya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan sejak 18 Mac lalu, ramai di […]
Kesihatan
CIMB Cawangan Seremban Sahkan Dua Stafnya Positif COVID-19
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB Group) dalam satu keyataan memaklumkan dua kakitangannya dari cawangan CIMB Seremban di Jalan Datuk Bandar Tunggal disahkan positif COVID-19. Kedua-dua staf tersebut pulang ke Malaysia baru-baru ini dari Indonesia dan menjalani proses kuarantin sejak 19 Mac lalu di rumah masing-masing. Mereka ketika ini sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan. […]
Kesihatan
(Video) Bolehkah Saya Dijangkiti COVID-19 Melalui Sayuran Dan Barang Basah? Ini Jawapan Doktor
Pasti ada antara kita yang khuatir dan tertanya-tanya, selamatkah untuk memakan bahan basah serta sayuran yang dibeli di pasar ketika musim penularan COVID-19 ini? Sudahlah ada sesetengah pesakit yang tak bergejala, risau pula andai ada antara mereka yang ke pasar tanpa menyedari sedang menyebarkan virus ini. Persoalan ini telah dijawab dalam siaran langsung Kementerian Kesihatan […]