Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KKM Berjaya Perolehi Stok Bekalan PPE Sebanyak 33 Juta Unit – KP Kesihatan

Gambar:BERNAMA

Menerusi kenyataan media sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan bahawa pihak KKM telah berjaya memperolehi stok bekalan PPE sebanyak 33 juta unit yang dapat menampung penggunaan di semua fasiliti kesihatan dan akan diedarkan dalam minggu ini.

Pihak kerajaan juga telah menerima sumbangan bekalan PPE tersebut daripada pelbagai pihak dan sejumlah tiga juta unit PPE sedang diagihkan ke fasiliti-fasiliti kesihatan mengikut keperluan.

“Pihak KKM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak atas sumbangan mereka,” katanya.

Sumber: KKM