Berita
Elak COVID-19, Semua Surau Di Lebuhraya PLUS Ditutup
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menutup sementara semua surau di semua hentian sebelah plaza tol dan R&R serta-merta demi keselamatan semua pelanggan lebuhraya. Langkah ini selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi mencegah penularan wabak Covid-19 apabila orang ramai berkumpul secara serentak di satu-satu lokasi. Sehubungan itu, PLUS menasihatkan agar orang ramai yang terpaksa […]
Kawalan Pergerakan Dilanjutkan, Tujuh Artis Titip Pesan Rayu Rakyat Sama-Sama Patuh Dan Tabah
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi telah mengumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April. Ini berikutan, kes-kes positif Covid-19 di negara masih menunjukkan trend peningkatan ditambah dengan jumlah kematian yang turut meningkat. Justeru itu, beliau meminta agar seluruh rakyat dapat menyiapkan mental dan fizikal untuk duduk di rumah dalam […]
(Video) Kerajaan Tanggung Kos Ujian Pengesanan COVID-19 RM 700 Seorang
Kerajaan Malaysia menanggung kos sekitar RM700 bagi setiap rakyat Malaysia yang menjalani ujian COVID-19, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menjawab soalan wartawan mengenai harga dikenakan fasiliti kesihatan swasta, beliau berkata buat masa ini kerajaan tidak mengawal harga dikenakan mereka yang diletakkan mengikut harga pasaran. “Sekarang ni kita tak kawal kerana memang pun kalau […]
Kerajaan Wajibkan Stesen Minyak Sediakan ‘Sanitizer’ Di Setiap Premis
Putrajaya, 23 Mac – Merujuk kepada dakwaan tular stesen minyak menjadi salah satu tempat penularan wabak COVID-19, Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengakui rasional dakwaan tersebut. Justeru, beliau mengumumkan kerajaan akan mewajibkan stesen minyak menyediakan pembasmi kuman di premis mereka. “Kita akan mewajibkan setiap stesen minyak menyediakan sanitizer di stesen minyak masing-masing. “Bermakna […]
MKN Akan Bersidang Tentukan Perintah Kawalan Pergerakan Akan Dilanjutkan Atau Tidak
PUTRAJAYA, 23 Mac — Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan bersidang sebelum tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 31 Mac ini bagi menentukan sama ada ia perlu dilanjutkan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Sebelum tamat pada 31 Mac, MKN akan bersidang sama ada langkah yang diambil dalam tempoh itu (PKP) memadai atau perlu dilanjutkan […]
(Video) Individu Yang Perlu Merentas Negeri Untuk Bekerja Perlu Ada Surat Kebenaran Perjalanan Dari Majikan
Putrajaya, 23 Mac – Menteri Pertahanan mengumumkan orang ramai yang perlu bergerak merentasi negeri perlu mengemukakan surat kebenaran perjalanan dari pihak polis. Menurutnya, perintah dikenakan dalam Perintah Kawalan Pergerakan masih diteruskan termasuk perjalanan merentasi negeri, namun ada kelonggaran tertentu. “Walaubagaimanapun, pihak polis memaklumkan kebenaran boleh diberi apabila dipohon jika pergerakan itu terpaksa dilakukan. “Apabila ada […]
Kerajaan Akan Tanggung Perbelanjaan Makan Pelajar IPTA, IPTS Yang Tak Pulang Ke Kampung
Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan akan menanggung penuh bantuan makanan kepada pelajar universiti yang tidak pulang ke kampung semasa Perintah Kawalan Pergerakan. “Pelajar-pelajar tersebut bukan sahaja dari IPTA, tetapi juga IPTS, begitu juga dengan pelajar di kolej komuniti, institut pengajian guru malah di program matrikulasi. “Semuanya melibatkan 74,530 […]
Kerajaan Akan Agih Topeng Muka Percuma Untuk Rakyat Malaysia Yang Memerlukan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan bakal mengedarkan topeng muka percuma buat seluruh rakyat Malaysia. Menurut beliau, Malaysia mempunyai pengilang topeng muka sendiri, namun proses penghasilan mengambil masa berikutan bahan yang terhad. “Sementara bekalan masih belum ke tahap memuaskan, kita telah mengambil keputusan untuk mengimport topeng dari negara China sebanyak 10 juta keping yang […]
TERKINI: Kerajaan Salur RM130 Juta Untuk Kerajaan-Kerajaan Negeri Tangani COVID-19
Kerajaan bersetuju untuk salurkan peruntukan tambahan sebanyak RM130 juta untuk kerajaan-kerajaan negeri menangani krisis COVID-19. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peruntukan tersebut boleh digunakan untuk beri bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil yang terjejas akibat COVID-19. “Bantuan kepada pesakit dan ahli keluarga mereka serta menyediakan keperluan kepada petugas-petugas di peringkat kerajaan negeri yang […]
(Video) TERKINI: Kerajaan Setuju Tangguh Bayaran Balik PTPTN Sehingga September
Kerajaan memberi penangguhan bayaran balik pinjaman Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat hampir 1.5 juta peminjam seluruh negara. “Kerajaan telah bersetuju memberi lanjutan masa dari 3 bulan kepada 6 bulan bagi penangguhan bayaran balik Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang melibatkan jumlah kutipan RM750 juta. “Penangguhan berkuatkuasa serta merta pada hari […]
TERKINI: Kerajaan Sediakan RM 100 Juta Untuk KKM Lantik 2,000 Kakitangan Kontrak
Perdana Menteri mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM 500 juta untuk membeli pembelian barangan perubatan seperti ventilator, perlindungan diri PPE serta keperluan makmal untuk saringan COVID-19. ”Untuk menyegerakan pembelian barangan kritikal ini, kerajaan telah meluluskan tatacara pembelian secara darurat,” katanya. Kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk Kementerian Kesihatan bagi melantik kakitangan kontrak. “Ramai kakitangan hospital […]
TERKINI: Pencarum KWSP Dibenar Keluarkan RM 500 Sebulan Dari Akaun 2- PM
Perdana Menteri mengumumkan pemegang akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mengeluarkan wang dari akaun 2 buat tempoh ini. “Semua ahli KWSP bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam akaun 2 masing-masing tertakluk pada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan,” kata beliau dalam satu sidang media hari ini. “Permohonan boleh […]
KKM Lancar Tabung COVID-19 Untuk Orang Ramai Menyumbang, Buat Beli Kelengkapan Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menubuhkan tabung khas untuk menampung kos keperluan perubatan bagi menghadapi COVID-19. “Sumbangan yang diterima akan digunakan bagi tujuan membeli alat-alat kelengkapan perubatan, keperluan seperti ubat-ubatan, reage, bahan pakai buang serta keperluan-keperluan perubatan lain di fasiliti KKM,” tulis kementerian dalam satu kenyataan hari ini. Sumbangan boleh disalurkan ke nombor 2-66016-0002347-5 (RHB Bank) […]
TERKINI: COVID-19 Ragut Satu Lagi Nyawa, Angka Keseluruhan Kini 11 Kematian
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia melaporkan terdapat satu kematian terbaharu dilaporkan. Maklumat itu dikongsi menerusi Twitter sebentar tadi. Angka korban keseluruhan kini meningkat kepada 11 orang. Dipercayai kes kematian ke-11 ini melibatkan seorang warganegara berusia 70 tahun dengan latar belakang penyakit kronik dan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada Februari 2020. KKM dimaklumkan beliau adalah pengerusi surau […]
(Video) Penduduk Maghribi Panjat Bumbung Rumah Mengaji Ramai-Ramai, Doa Minta Wabak COVID-19 Cepat Berakhir
DI KALA sesetengah kawasan kediaman di seluruh dunia ‘mengisi’ masa lapang ketika tempoh perintah kawalan dengan aktiviti hiburan seperti muzik dan konsert, lain pula yang berlaku di Maghribi. Di negara utara benua Afrika itu, terdapat satu kelompok komuniti di sebuah kawasan penempatan dipercayai mengisi masa mereka dengan aktiviti membaca kitab suci Al-Quran. Namun yang lebih […]
ATM Akan Guna Dron, UAV Untuk Pantau Perintah Kawalan Pergerakan- Panglima Angkatan Tentera
Putrajaya, 23 Mac- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menggunakan dron dan UAV (kenderaan udara tanpa pemandu) untuk membantu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini. Kenyataan tersebut dikeluarkan Panglima Angkatan Tentera baru-baru ini. ATM mula membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 22 Mac lalu bagi mengukuhkan penguatkuasaan Perintah Kawalan di seluruh negara. Sebelum ini, China menggunakan […]
COVID-19: Lima Anggota Polis Di Sabah Dikuarantin
KOTA KINABALU, 23 Mac (Bernama) — Lima anggota polis termasuk dua pegawai berpangkat inspektor dikuarantin di rumah masing-masing selepas berurusan dengan seorang lelaki yang telah dijangkiti COVID-19 di Balai Ranau, baru-baru ini. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata kelima-lima anggota polis berkenaan telah diarahkan untuk menjalani saringan kesihatan di Hospital Ranau dua hari lalu. […]
COVID-19: Lebih 300,000 Penduduk Dunia Sudah Dijangkiti, Hampir 1 Bilion Berkurung
Berdasarkan data dikeluarkan John Hopkins University, seramai lebih 311,988 orang dilaporkan positif COVID-19 di seluruh dunia. Penularan ini turut mengakibatkan lebih 1 bilion penduduk dunia dari lebih 35 negara dilaporkan terpaksa berkurung di rumah masing-masing. Malah dianggarkan, kira-kira 900 juta penduduk dunia terpaksa berkurung termasuk kira-kira 600 juta berkurung atas perintah pihak berkuasa, lapor AFP […]
Hukum Tinggalkan 3 Kali Solat Jumaat Kerana COVID-19 Dijelaskan Mufti
Sejak penularan meluas COVID-19 di seluruh Malaysia, semua aktiviti yang melibatkan perhimpunan dibatalkan termasuklah aktiviti keagamaan. Hasil perbincangan antara mufti-mufti dan pakar kesihatan, ahli agama mengambil keputusan untuk menghentikan solat Jumaat di semua masjid di seluruh negara. Justeru, hal ini menimbulkan tanda tanya bagi sebahagian netizen yang keliru sama ada mereka termasuk dalam golongan diancam […]
KP Kesihatan Sahkan Beberapa Kakitangan Perubatan Hospital Teluk Intan Positif COVID-19
IPOH, 23 Mac (Bernama) — Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan terdapat beberapa kakitangan perubatan Hospital Teluk Intan (HTI) positif COVID-19. Tanpa menyatakan jumlah kakitangan yang positif wabak itu, Dr Noor Hisham berkata langkah-langkah keselamatan dan pencegahan telah diambil dengan segera serta pemantauan rapi dilaksanakan secara berterusan di HTI. “Pihak pengurusan […]