Berita

Berita
“Semoga Sedikit Bantuan Ini Dapat Ringankan Kesulitan…” Negeri Sembilan Hantar Bantuan Air Ke Selangor
SEREMBAN, 4 Sept – Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) menghantar 2,000 gelen air bersama sebuah lori tangki dan pemandu ke Selangor. Menurut satu kenyataan, ‘misi bantuan’ tersebut dijalankan bertujuan membantu Air Selangor yang menghenti tugas empat loji rawatan airnya akibat pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor hingga menngakibatkan gangguan bekalan air di tujuh kawasan […]
Berita
“Hukuman Boleh Sehingga 10 Tahun Penjara”, Peguam Jelaskan Apa Mak Ayah Perlu Buat Jika Anak Gadis Dibuli Secara Seksual
Kes melibatkan gangguan seksual boleh datang dalam pelbagai bentuk. Ia tidak semestinya terjadi jika pelaku menyentuh bahagian sulit sahaja, malah, tindakan mencuit paha seseorang untuk memanggilnya juga boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual. Oleh itu, penting untuk kita tahu tindakan mana satu yang boleh dikategorikan sebagai jenayah agar dapat melindungi diri dan insan tersayang dari menjadi […]
Berita
Pesta Pulau Pinang Tahun Ini Dibatalkan Kerana Pandemik COVID-19
GEORGE TOWN, 4 Sept — Pesta Pulau Pinang yang merupakan antara tarikan di negeri itu setiap tahun tidak akan dianjurkan pada tahun ini, berikutan keadaan semasa pandemik COVID-19. Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang Datuk Sarul Bahiyah Abu berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pulau Pinang yang bersidang pada 12 Ogos lalu, telah membuat ketetapan bahawa penganjuran […]
Tragedi
“Tekong Bot Enggan Patuh Arahan, Bertindak Agresif…”, APMM Sangkal Dakwaan Kasari Bot Nelayan Thailand
KANGAR, 4 Sept – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Perlis menafikan tohmahan pemilik akaun Facebook yang mendakwa bot mereka mengasari bot nelayan Thailand dalam satu kejadian awal pagi semalam. Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie Paing berkata, bot terbabit yang menceroboh perairan Perlis di kedudukan 4.7 batu nautika dari timur […]
Berita
Pengguna Akan Menerima Bekalan Air Paling Kurang Dalam Tempoh 4 Hari Apabila Loji Rawatan Air Mula Beroperasi- Air Selangor
Kerja pemulihan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang mungkin memakan masa yang lebih panjang sebelum pengguna dapat menggunakan semula bekalan air seperti biasa susulan pencemaran yang masih lagi dapat dikesan di lokasi terlibat. Menurut Air Selangor, bacaan di kawasan berkenaan berada pada tahap 1 TON sekaligus menandakan ia belum […]
Berita
TERKINI: Harga Minyak RON95 & RON97 Turun 1 Sen, Diesel Kekal
PUTRAJAYA, 4 Sept – Harga runcit petrol RON95 turun sebanyak satu (1) sen seliter, daripada RM1.72 ke RM1.71 seliter. Dalam pada itu, harga runcit bagi petrol RON97 juga turut turun satu (1) sen seliter, daripada RM2.02 ke RM2.01 seliter. Bagaimanapun, harga runcit bagi diesel kekal pada paras RM1.78 seliter, merujuk kenyataan Kementerian Kewangan hari ini. […]
Berita
KKM Sahkan Satu Lagi Kluster Baru Dikesan Iaitu Kluster DTI Semenyih 2
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kluster baharu iaitu Kluster Depoh Tahanan (DTI) Imigresen Semenyih 2 pada hari ini, 4 September 2020. KLUSTER DEPOT TAHANAN IMIGRESEN SEMENYIH 2 KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dikenalpasti di DTI Semenyih, Selangor. Kes indeks kluster ini merupakan seorang tahanan yang […]
Berita
TERKINI: 11 Kes Positif Baharu Termasuk 4 Kes Tempatan, 7 Kes Import Dan Sifar Kematian Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 9 pesakit Covid-19 yang telah discaj dan 11 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan hari ini (4 September 2020). Menerusi perkongsian di akaun Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 9,092 kes secara keseluruhannya. 11 kes […]
Berita
Kilang Disyaki Jadi Punca Pencemaran Sungai Selangor Disita, Dikompaun
SHAH ALAM, 4 Sept – Sebuah kilang yang disyaki menjadi punca pencemaran bau sehingga menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor dihenti tugas sejak semalam disita dan dikompaun serta-merta selain akan dikenakan tindakan lebih tegas, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. Beliau berkata kilang berkenaan disyaki melepaskan bahan pelarut ke dalam […]
Berita
Covid-19: Korea Selatan Lanjut Pencegahan Lebih Ketat Seminggu Lagi
SEOUL, 4 Sept – Korea Selatan pada Jumaat memutuskan untuk melanjutkan langkah pencegahan yang lebih ketat di restoran, kedai kopi dan roti di wilayah Seoul untuk seminggu lagi berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19, lapor Agensi Berita Yonhap. Sejak Ahad lalu, negara itu mula mengehadkan operasi restoran, kedai kopi dan roti di Seoul berdasarkan garis panduan penjarakan sosial […]
Berita
Dakwa Dalam Pesawat Terlalu Panas, Wanita Ini Keluar ‘Lepak’ Di Sayap Kapal Terbang Nak Sejukkan Badan
Seorang wanita telah mengejutkan para penumpang sebuah pesawat setelah dia bertindak keluar dan menuju ke arah sayap pesawat tersebut untuk menyejukkan badan, lapor Mirror. Kejadian yang berjaya dirakam itu menunjukkan bahawa wanita tersebut berjalan di atas sayap selepas dia membuka pintu kecemasan kerana mendakwa dirinya terlalu panas. Wanita yang dipercayai berasal dari Ukraine kembali dari […]
Berita
DPIM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pencemar Sungai Di Selangor
KUALA LUMPUR, 4 Sept — Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan tegas termasuk menutup atau menarik balik lesen operasi kilang di kawasan perindustrian Sungai Gong, Selangor yang menyebabkan pencemaran air. Dalam kenyataan hari ini, Ketua Dewan Pemuda DPIM Shahir Adnan berkata kejadian Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan LRA Rantau Panjang terpaksa henti operasi sejak Khamis menunjukkan seolah-olah mereka yang […]
Berita
Gempa Bumi Sederhana Landa Laut Banda
KUALA LUMPUR, 4 Sept — Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter melanda Laut Banda, Indonesia pada pukul 1 tengah hari, tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu terletak 325 kilometer (km) selatan dari Ambon, Indonesia pada kedalaman 217 km. Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. — BERNAMA
Luar Negara
Laporan Dakwa Terdapat ‘Bunyi’ Degupan Jantung Di Sebalik Runtuhan Selepas Sebulan Letupan Besar Di Beirut
Pasukan penyelamat kini sedang mencari melalui runtuhan bangunan di Beirut selepas terdapat laporan yang mendakwa bahawa terdapat bunyi degupan jantung dikesan dan mencetuskan harapan untuk mencari mangsa, lapor Daily Mail. Isyarat denyutan itu dikesan pada Khamis lalu dari bawah runtuhan bangunan yang runtuh semasa letupan di pelabuhan pada bulan lalu. Pasukan penyelamat dari Chile melakukan […]
Kesihatan
Selepas Neymar, 3 Lagi Pemain PSG Dilaporkan Positif Covid-19
Paris Saint-Germain (PSG) mengesahkan bahawa tiga lagi pemainnya telah diuji positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan yang dijangkiti di dalam pasukannya meningkat kepada enam orang, lapor Xinhua. “Ujian saringan terbaru yang dilakukan pada pasukan utama telah mendapati bahawa terdapat tiga kes positif Covid-19 baharu,” kata juara liga Perancis itu dalam satu kenyataan. “Para pemain telah mengikuti […]
Berita
Ikan, Kerang Dari Perairan Johor Selamat Dimakan – Jabatan Perikanan Negeri
JOHOR BAHRU, 4 Sept – Semua jenis ikan dan kerang-kerangan di perairan Johor selamat dimakan dan Jabatan Perikanan Negeri tidak pernah melarang orang awam daripada memakan hasil laut yang diperoleh dari perairan negeri itu. Pengarahnya, Noraishah Hashim berkata masyarakat telah keliru dengan notis yang dikeluarkan pihaknya berhubung kemunculan Ledakan Alga Berbahaya (HAB) daripada spesies Alexandrium Minutum di perairan Selat Tebrau, yang dimuat naik di laman Facebook […]
Berita
Kapal Kargo Alami Masalah Sebelum Karam Di Jepun, Kata Anak Kapal
KAGOSHIMA, 4 Sept — Seorang kru lelaki warga Filipina yang diselamatkan dari sebuah kapal kargo berdaftar di Panama berkata kapal itu karam setelah terbalik, lapor Jiji Press yang memetik pegawai Pengawal Pantai Jepun pada Khamis. Pengawal pantai masih menjalankan misi mencari dan menyelamat 42 anak kapal bukan warga Jepun. Mereka merupakan kru kapal Gulf Livestock 1, seberat […]
Berita
Celcom MeReka Merdeka Buka Peluang Buat Rakyat Malaysia Hasilkan Pelitup Muka Rekaan Sendiri, Boleh Jana Pendapatan
Malaysia kini berhadapan dengan krisis pandemik COVID-19 yang masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk lenyap sepenuhnya. Malah, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) juga telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020 ini. Seperti yang diketahui, orang ramai dinasihati untuk sentiasa mengikuti segala peraturan serta prosedur operasi standard yang telah ditetapkan sepanjang tempoh ini. Dalam pada itu, pandemik […]
Berita
“Tak Mampu Nak Besarkan Anak”, Wanita Tinggalkan Bayi Baru Lahir Di Kaki Lima
Seorang bayi yang baru lahir telah dilaporkan ditemui ditinggalkan di sebuah kaki lima di China selepas ibunya yang berusia 19 tahun menyatakan bahawa dia belum berkahwin dan tidak mampu membesarkan anaknya itu, lapor Daily Mail. Bayi yang berada dalam keadaan tanpa seurat benang itu telah ditemui dibungkus di dalam sebuah beg plastik hitam oleh seorang […]
Gaya hidup
Wanita Ini Sampai Tangan Cedera Dakwa Bergelut Dengan Dua Peragut, Cermin Kereta Pun Dipecahkan
Seperti yang diketahui, jenayah ragut sememangnya sering berlaku dan kebanyakan mangsanya adalah golongan wanita. Lebih membimbangkan, jenayah tersebut turut menyasarkan wanita yang memandu kereta bersendirian. Keadaan ini dialami oleh seorang pengguna Twitter, Atikah Zaini, yang berkongsi detik cemas dakwa dirinya bergelut dengan dua orang peragut. Menurutnya, kejadian yang berlaku di kawasan Ampang pada petang semalam […]