Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pengguna Akan Menerima Bekalan Air Paling Kurang Dalam Tempoh 4 Hari Apabila Loji Rawatan Air Mula Beroperasi- Air Selangor

gangguan air selangor
Kredit: Google

Kerja pemulihan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang mungkin memakan masa yang lebih panjang sebelum pengguna dapat menggunakan semula bekalan air seperti biasa susulan pencemaran yang masih lagi dapat dikesan di lokasi terlibat.

Menurut Air Selangor, bacaan di kawasan berkenaan berada pada tahap 1 TON sekaligus menandakan ia belum dapat beroperasi seperti biasa.

“Loji Rawatan Air (LRA) akan hanya mula beroperasi jika bacaan 0 TON diperoleh sebanyak tiga kali berturut-turut.

“Apabila mula beroperasi, pengguna akan mula menerima bekalan air paling kurang dalam tempoh 4 hari,” tulis Air Selangor.

Susulan itu, orang ramai disarankan mendapatkan bekalan air melalui lori-lori tangki air dan pili awam sebagai alternatif.

Orang ramai juga boleh mendapatkan bekalan air di Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang beroperasi 24 jam sehingga bekalan pulih sepenuhnya.

Ikuti laman sosial rasmi Air Selangor atau www.airselangor.com untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status bekalan air di tempat anda (jika berkenaan).

Sumber: Air Selangor