Berita
Loji Rawatan Air Sungai Selangor, Rantau Panjang Masih Ditutup
KUALA LUMPUR, 4 Sept — Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang yang dihenti tugas sejak pagi semalam akibat pencemaran sumber air mentah masih belum beroperasi setakat 6.30 pagi ini. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata pencemaran masih lagi dikesan di muka sauk loji-loji […]

Pelakon Adiwira “Batman”, Robert Pattinson Dilaporkan Positif Covid-19
Hero Hollywood terkenal dalam filem Batman dan Twilight, Robert Pattinson dilaporkan positif Covid-19. Vanity Fair Produksi berkata, sesi penggambaran ‘The Batman’ terpaksa ditangguhkan buat seketika ekoran superhero tersebut disahkan positif Covid-19 dan kini telah dikuarantinkan menurut protokol yang ditetapkan. Sesi penggambaran filem tersebut yang bermula sejak September tahun lalu tertangguh hingga Mac tahun ini susulan […]
Gempa Bumi Sederhana Landa Sumatera, Indonesia
KUALA LUMPUR, 4 Sept – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada 12.02 pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada kedudukan 99 kilometer selatan Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 45 kilometer. Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. Gempa […]
Asyik Kena “Body Shamming”, Gadis Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Dari Saiz XL Ke Saiz M
Sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari, pasti ramai diantara kita yang makin ‘membesar’. Manakan tidak, disebabkan kebosanan yang melanda kerana tidak dapat keluar untuk melakukan aktiviti, mulalah menggeledah dapur atau peti sejuk untuk mencari makanan yang boleh dimakan. Pun begitu, selepas PKP di fasa pemulihan kini, rasa penyesalan itu kini banyak menghantui rata-rata […]
Tuah Tangkap Peragut, Gerai Burger Hero ‘Flying Kick’ MBJB Laris Diserbu Pelanggan
JOHOR BAHRU, 4 Sept (Bernama) — Video tindakannya menangkap peragut yang tular di media sosial mendatangkan tuah buat Shazrin Hafeez Fadzlan apabila perniagaan burger yang dilakukan secara sambilan ‘diserbu’ orang ramai. Pembantu Penguatkuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berusia 26 tahun itu berkata sepanjang menjalankan perniagaan di Jalan Angegrik 40, Taman Johor Jaya di sini, […]
Belasah Remaja Guna Sepana, 10 Lelaki Ditahan
SHAH ALAM, 3 Sept (Bernama) — Seramai 10 individu ditahan berhubung kes seorang remaja dipercayai dipukul sekumpulan lelaki bersenjatakan sepana di Banting, Kuala Langat dekat sini, Isnin lepas. Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata kesemua suspek yang ditahan adalah lelaki warga tempatan berusia 20-an hingga 40-an dan kini direman sehingga Sabtu ini. Beliau […]
Pemandu Teksi Senyum Dalam Derita, Usung Tangki Oksigen Cari Penumpang Demi Sesuap Nasi
Biarpun menanggung derita pelbagai jenis penyakit, seorang lelaki di Thailand tetap bekerja keras mencari rezeki dengan memandu teksi. Sumeth Singpun, 49, dikatakan menghidap pelbagai jenis penyakit yang menghalangnya untuk hidup normal seperti orang lain. Kisahnya dikongsikan seorang pengguna Facebook, Nongying Chuaibamrung dalam satu pertemuan mereka di sebuah bandar di utara Bangkok. Kongsi Nongying, Sumeth terpaksa […]
Gempa Bumi Sederhana bermagnitud 5.3 Dikesan di Selatan Sumatera
Satu gegaran gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 pada skala Ritcher dikesan di selatan Sumatera, Indonesia pada 12.02 pagi hari ini. Berdasarkan maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa tersebut terletal 4.6 darjah selatan dan 102.5 darjah timur dengan kedalaman 45 kilometer, 99 kilometer selatan dari Bengkulu. Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 pada skala Richter telah berlaku […]

Ada Kencing Manis Masa Mengandung? Awas Ibu, Kesannya Mungkin Berlanjutan Lepas Bersalin
Bagi wanita yang sedang hamil cahaya mata, pelbagai perkara perlu diberi perhatian terutamanya kesihatan diri. Salah satunya adalah masalah diabetes gestasi, atau kencing manis ketika hamil. Ada yang kita, ia akan hilang sebaik sahaja wanita bersalin. Betul ke? Jom ikuti perkongsian Hello Doktor dibawah. Ramai yang kata diabetes gestasi, kencing manis semasa mengandung akan hilang […]

(Video) Kelibat Dipercayai Entiti Tiba-tiba Intai Pemuda Tengah Leka Layan Lagu Bikin Seram
Seorang pemuda mengalami detik seram apabila mendakwa terlihat kelibat hitam di belakang almari di biliknya. Dalam satu video tular di Twitter, kelihatan pemuda berkenaan sedang asyik mendengar lagu sambil merakam dirinya sendiri. Tiba-tiba, muncul satu susuk hitam di sebalik almari seakan mengintainya sebelum menghilangkan diri. Pemuda berkenaan yang terkejut bingkas bangun dan memeriksa di belakang […]
“Jujur, Saya Rasa Sangat Sedih…”, Veveonah Akui Kecewa Dengan Kenyataan Timbalan Menteri
Pelajar anak jati Sabah, Veveonah Mosibin sebentar tadi telah memuat naik satu kenyataan di laman facebook selepas namanya menjadi sebutan kembali hari ini. Ia ekoran satu kenyataan daripada seorang Timbalan Menteri yang mendakwa dia tidak menduduki peperiksaan ketika video belajar di atas pokok miliknya menjadi viral di media sosial sebelum ini. Jujurnya, saya berasa sangat […]
‘Road Tax’ Kenderaan Persendirian Luput Kurang Tiga Tahun Boleh Diperbaharui Tanpa Pemeriksaan PUSPAKOM
PUTRAJAYA, 3 Sept (Bernama) — Kenderaan persendirian yang Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun boleh membuat pembaharuan cukai jalan tanpa perlu menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), berkuat kuasa esok. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kerajaan membuat keputusan itu selepas mengambil kira permintaan pemilik kenderaan yang […]

(Video) Bijak Bukan Biasa-Biasa, Kucing Di UniSZA Ini Digelar ‘Warden’, Pandai Buka Pintu Bilik Sendiri
Luar biasa kebijaksanaannya. Bagi para pelajar blok asrama lelaki UniSZA Gong Badak, mungkin kenal dengan kelibat si putih ini yang pandai membuka pintu sendiri ini. Ada yang menggelarnya sebagai ‘warden’, kucing putih ini dikatakan telah tinggal di kampus berkenaan sejak 2016 lagi. Dalam satu video dikongsikan saudara Aimanajmuddin, kelihatan kucing pintar berkenaan membuka sendiri pintu […]

“Doakan Mira Jadi Isteri Yang Baik…”, Mira Filzah Selamat Akad Nikah Dengan Emir Malam Ini
Kini sah menjadi isteri kepada Wan Emir Astar, selebriti popular, Mira Filzah atau nama sebenarnya Amirah Filzah kini trending di Twitter. Rata-rata warga maya meluahkan rasa tersentuh dan gembira melihat kedua-dua pasangan berkenaan. Tiga jam lalu, Mira telah berkongsi kiriman memaklumkan mengenai pernikahannya di samping meminta doa para peminat. Kiriman tersebut dihujani ucapan tahniah daripada […]

Penurunan Harga Siling Pelitup Muka Masih Dibincang Pastikan Ia Kekal Berkualiti
KUALA SELANGOR: 3 September, cadangan kerajaan untuk menurunkan harga siling pelitup muka tiga lapisan bawah RM1 masih dalam proses perbincangan dengan pengilang dan pembekal tempatan bagi memastikan barangan itu kekal berkualiti. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya perlu berhati-hati untuk menurunkan harga siling berkenaan supaya pengilang tempatan […]
Kes Conteng Mural Pemimpin Negara: Tiga Wanita Bebas Selepas Diambil Keterangan
SHAH ALAM, 3 Sept (Bernama) — Tiga wanita dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes menconteng mural yang memaparkan wajah pemimpin negara Julai lepas, namun mereka dibebaskan kemudiannya selepas didapati mempunyai alibi yang kukuh. Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata ketiga-tiga wanita berumur antara 25 dan 35 tahun itu dibebaskan selepas […]
“Saya Ingin Memohon Maaf Kepada Adik Veveonah…”- Timb. Menteri KKMM
Timbalan Menteri KKMM, Datuk Zahidi Zainul Abidin membuat permohonan maaf berhubung penjelasannya yang dibuat di Dewan Negara yang mendakwa adik Veveonah Mosibin tidak tidak menjalani sebarang peperiksaan ketika video beliau belajar di atas pokok tular di media sosial. Menurutnya, beliau mendapat maklumat kurang tepat berhubung perkara berkenaan. ”Saya telah mendapat maklumat yang tidak tepat dalam […]
1,292 Kawasan Di Tujuh Wilayah Sekitar Lembah Klang Alami Gangguan Bekalan Air
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) — Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi tadi susulan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata gangguan bekalan air itu berlaku selepas empat Loji […]
Pemandu Kereta Dalam Video Viral Dakwa Guna Waze Jadi Punca Tersalah Hingga Masuk Laluan Motosikal
PETALING JAYA, 3 Sept – Kesilapan pemandu Perodua Bezza dan Toyota Vios yang memasuki lorong motosikal seperti yang tular sebelum ini didakwa berpunca akibat menggunakan aplikasi Waze. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, berdasarkan pengakuan awal, aplikasi yang digunakan itu ‘mengarahkan’ mereka untuk memandu masuk ke sebuah lorong kecil. “Bagaimanapun, […]
“Dia Tak Ada Peperiksaan Pun…”, Timb. Menteri KKMM Dakwa Video Gadis Belajar Atas Pokok Hanya Untuk Hiburan
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa gadis yang pernah tular menjawab peperiksaan di atas pokok kerana mendakwa mencari sambungan internet, Veveonah Mosibin hanya melakukan cabaran tersebut sebagai hiburan. Menurut Zahidi, gadis berkenaan berbuat demikian bagi menaikkan nama Youtube miliknya dan tidak menduduki peperiksaan seperti mana didakwa sebelum ini. “Untuk pengetahuan YB […]