Berita

Berita
Penjawat Awam Tak Boleh Jadikan Surat Sokongan Menteri, Ahli Politik Sebagai Arahan Luluskan Sesuatu Permohonan- Timb. KP SPRM
PUTRAJAYA, 3 Sept (Bernama) — Penjawat awam tidak boleh menjadikan surat sokongan daripada menteri atau ahli politik sebagai arahan untuk meluluskan sesuatu permohonan, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil. Menurutnya, tidak menjadi kesalahan jika mana-mana menteri atau orang politik mengeluarkan surat sokongan, dan ia merupakan perkara […]
Berita
APMM Rampas 537kg Ganja Mampat Bernilai RM1.6 Juta Di Perairan Langkawi
LANGKAWI, 3 Sept- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Negeri Kedah dan Perlis mengesan taktik terbaharu sindiket penyeludupan dadah, yang mencampakkan barang larangan itu di kawasan perairan sebelum sebuah bot lagi datang untuk mengambilnya. Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata taktik itu dikesan hasil beberapa siri tangkapan yang dilakukan, dan terbaharu pihaknya […]
Berita
TERKINI: 14 Kes Positif Covid-19 Termasuk 4 Kes Baharu Di Kedah Hari Ini
Setakat hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sejumlah 14 kes baharu dijangkiti Covid-19 di Malaysia. Ini menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan kes Covdi-19 meningkat kepada 9374 kes. Menurut perkongsian terkini dari laman Twitter rasmi Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa setakat 3 September 2020, jumlah pesakit sembuh adalah 4 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif untuk […]
Berita
Ada Sindiket Tawar “Buku Hutang 555” Untuk Langgan Pelacur – Ayob Khan
JOHOR BAHRU, 3 Sept — Langgan dahulu, bayar kemudian – itu adalah antara kaedah yang digunakan oleh sindiket pelacuran di sini untuk menarik minat pelanggan mereka, khususnya dalam kalangan warga asing sejak tahun 2018. Bagaimanapun dengan risikan polis, kegiatan itu berjaya dibongkar melalui serbuan Ops Noda di lima hotel murah, di sini, petang semalam dan Khamis lepas, yang membawa kepada […]
Berita
(Video) “Tom And Jerry” Versi Sebenar, Seekor Tikus ‘Ligan’ Kucing Cuit Hati Netizen
Satu video yang memaparkan gelagat seekor tikus dan seekor kucing seakan sedang bermain-main sesama sendiri seolah-olah berkawan telah menjadi tular di media sosial. Video yang dikongsikan menerusi akaun Facebook China Daily itu bermula dengan gelagat tikus itu yang cuba mengejar seekor kucing berwarna oren atau lebih dikenali dengan panggilan ‘oyen’ dalam kalangan warganet lari daripada […]
Berita
Khuzaimi Ismail Atau Dikenali Sebagai Kumin KU2 Meninggal Dunia
Seorang lagi pelawak tanah air, Kumin Ku2 meninggal dunia tengah hari tadi di kediamannya di Pandan Indah, Selangor. Allahayarham yang dikenali dengan nama Kumin atau nama sebenarnya Khuzaimi Ismail, 49 tahun berada dalam keadaan yang baik sebelum terjatuh katil secara tiba-tiba dan tidak sedarkan diri. Menerusi status yang dikongsikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia […]
Berita
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan Bertujuan Membolehkan Tindakan Keras Diambil – Wee Ka Siong
KUALA LUMPUR, 3 Sept – Tindakan kerajaan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bertujuan membolehkan tindakan tegas dikenakan terhadap pemandu mabuk, dan bukannya untuk mencabul hak individu mengambil minuman alkohol. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pindaan itu bertujuan menjaga keselamatan pengguna jalan raya, dan ia bukanlah perkara asing kerana tindakan itu turut menjadi […]
Berita
Taufan Maysak, China Keluarkan Amaran Tahap Biru
BEIJING, 3 Sept – China pada Khamis keluarkan amaran tahap biru susulan taufan Maysak, dijangka membawa angin kencang dan hujan ribut di timur dan utara China, lapor agensi berita Xinhua. Pada lapan pagi, taufan kesembilan tahun ini berada sekitar 280 kilometer (km) di Changbai, di selatan wilayah Jilin timur laut China, kata Pusat Meterologi Nasional (NMC) dalam satu […]
Berita
Malaysia Tidak Terburu-Buru Beli Vaksin Covid-19 – Adham Baba
PUTRAJAYA, 3 Sept – Malaysia tidak mahu terburu-buru dalam pembelian vaksin COVID-19 kerana ia mahu memastikan terlebih dahulu bahawa vaksin berkenaan benar-benar berkesan dan selamat digunakan. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba buat masa ini kerajaan masih menunggu negara pengeluar vaksin menjalankan ujian klinikal yang melibatkan tiga fasa, dengan fasa terakhir adalah ujian ke […]
Berita
Kapal Kargo Panama Hilang Di Perairan Jepun
Kapal kargo Panama “Gulflivestock” dilaporkan hilang di perairan Jepun ketika Taufan Maysak membadai, lapor agensi berita Sputnik. Kapal itu dikesan berada 185 kilometer di sebelah barat Pulau Amami Oshima ketika terputus hubungan, memetik laporan NHK pada Khamis. Terdapat 43 kru dari Filipina, Australia dan New Zealand di atas kapal berkenaan. Seorang anak kapal Filipina ditemukan […]
Berita
Rakyat Dari Negara Yang Catat Kes Covid-19 Melebihi 150,000 Akan Disekat Masuk Malaysia Mulai 7 September – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 3 Sept – Kerajaan tidak membenarkan rakyat dari negara yang mencatatkan kes positif COVID-19 melebihi 150,000 untuk masuk ke Malaysia bermula Isnin ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata antara negara dalam senarai sekatan itu ialah Amerika Syarikat, Brazil, Perancis, United Kingdom (UK), Sepanyol, Itali, Arab Saudi, Rusia […]
Berita
Tiga Cedera Semasa Larikan Diri Daripada Peronda Lebuh Raya
KUANTAN, 3 Sept — Tiga termasuk seorang wanita cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebuah lori di Jalan Kuantan-Maran berhampiran Kampung Paya Bungor di sini, semasa melarikan diri daripada pasukan polis Peronda Lebuh Raya (EMPV) Bukit Aman, semalam. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata suspek berusia antara 32 hingga 21 tahun itu […]
Berita
20 Tahun Terkurung, Bekas Banduan Al-Ma’unah Kekok Dengan Dunia luar
KUALA BERANG, 3 Sept (Bernama) — Tersesat ke kampung lain, tidak pandai menggunakan telefon pintar, itu pengalaman baharu dilalui bekas banduan kumpulan Al-Ma’unah tatkala melangkah keluar dari tirai besi pada 17 Ogos lepas, setelah mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Kebangsaan ke-63. Terkurung di sebalik tembok tinggi selama 20 tahun yang memisahkannya dengan dunia luar, bekas banduan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 49, mengakui kekok dan […]
Berita
Hospital ‘Lantik’ Si Oyen Sebagai Pengawal Keselamatan, Siap Ada Tag Nama Dan Gambar Sendiri
Kebiasaannya, pengawal keselamatan dilihat sebagai seorang yang sangat tegas namun berbeza pula dengan yang satu ini. Seekor kucing telah diambil ‘bekerja’ sebagai pegawai keselamatan baharu di Hospital Epworth, Richmond, Australia. Kucing yang diberi nama Elwood itu dilihat sering merayau-rayau di sekitar kawasan hospital. Menurut seorang ahli patologi di hospital itu, Chantel Trollip, dia pertama kali […]
Kesihatan
COVID-19: Pulau Pinang Dan Johor Kembali Jadi Zon Hijau, Pahang Pula Hilang Status Zon Hijau
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah berkongsikan tentang maklumat pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 20 Ogos hingga 2 September 2020. Menerusi data taburan kes itu, KKM telah melaporkan bahawa bilangan zon hijau terus mencatatkan peningkatan. Antara negeri-negeri yang telah diiktiraf sebagai zon hijau […]
Berita
Selepas 19 Tahun Merdeka, Logo Hari Kebangsaan Pertama Digunakan Pada 1976
KUALA LUMPUR, 3 Sept – Tahukah anda walaupun negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, namun sambutan hari bersejarah itu diraikan buat pertama kali dengan penggunaan logo, 19 tahun selepas tarikh keramat itu?. Pensyarah Kanan Pusat Kajian Media dan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Badrul Redzuan Abu Hassan berkata logo Hari Kebangsaan hanya mula dicipta pada 1976 dengan tema ‘Ketahanan Rakyat’. […]
Berita
8 Maut, 14 Cedera Dalam Kejadian Tembakan Di Mexico
MEXICO CITY, 3 Sept (Bernama) — Lapan terbunuh manakala 14 yang lain cedera dalam kejadian tembakan di Cuernavaca, bandar percutian hujung minggu yang popular Mexico City, lapor agensi berita Xinhua memetik pegawai tempatan pada Rabu. Menurut saksi kejadian penyerang tiba dengan menaiki kenderaan di sebuah rumah di kejiranan Antonio Barona dan melepaskan tembakan ke arah […]
Berita
Seorang Peserta Program Realiti Disyaki Bunuh Diri Selepas Dikecam Netizen Kerana Tak Pakai Pelitup Muka
Maria Hamasaki, seorang peserta yang berusia 23 tahun dalam rancangan relaiti Jepun dikenali sebagai ‘The Bachelor Japan’ dilaporkan telah meninggal dunia kerana disyaki bunuh diri, lapor Japan Times. Kematiannya pada rabu lalu telah diumumkan oleh laman web AbemaTV Inc., yang menghasilkan program realiti “Ikinari Marriage”, menampilkan Hamasaki dalam rancangan tersebut. Syarikat itu menyatakan bahawa mereka […]
Berita
Group ‘”Anak Sepahkan Apa Hari Ini?” Makin Popular, Ibu Ayah Kongsi Perangai Anak-Anak Di Rumah Cuit Hati Netizen
Satu group yang kian popular di laman Facebook masa kini iaitu Anak Sepahkan Apa Hari Ini? mencuit hati ramai orang dengan gelagat dan telatah anak-anak di rumah. Group yang mengumpul kira-kira 71,856 para ibu bapa yang berkongsi gelagat anak-anak di rumah yang sering membuat sepah dan tujuan penubuhan group ini adalah untuk melihat perkembangan kanak-kanak dari […]
Berita
“Ada Rakaman CCTV, Dua Lelaki Pakai Helmet” Ustaz Ebit Lew Sedih Elewsmart Sg.Buloh Dipecah Masuk
Berhasrat untuk membantu golongan yang memerlukan, usaha yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew dengan membuka Elews Mart wajar dipuji. Pun begitu, menerusi kiriman terbarunya di Facebook, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa sedih apabila Elews Mart di cawangan Sungai Buloh dilaporkan telah dipecah masuk. Menurutnya, kejadian itu telah berlaku pada 3.30 pagi ini. Melalui rakaman CCTV, […]