Berita

Berita
KKM Nafi Data Covid-19 Dimanipulasi – KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 26 Okt — Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan Kementerian Kesihatan (KKM) memanipulasikan data pandemik COVID-19 yang dilaporkan pihaknya. Beliau berkata data COVID-19 dikumpulkan KKM sehingga 12 tengah hari setiap hari menggunakan sistem informasi maklumat kesihatan awam di setiap negeri. ”Ia bukan dilakukan oleh saya seorang tetapi bersama pasukan sebalik tabir dari hari […]
Berita
Tragis, Tukang Kasut Ditemukan Mati Dengan Kesan Melecur Separuh Badan
KUALA LUMPUR, 26 Okt — Seorang tukang kasut warga emas ditemukan mati dalam keadaan melecur separuh badan di Taman Bukit Teratai, Ampang dekat sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Esha berkata lelaki berusia 70 tahun itu yang merupakan penduduk setempat melecur dari paras dada hingga ke paha, dipercayai akibat terbakar menggunakan bahan bakar. […]
Berita
Bank Muamalat Sahkan Seorang Pekerja Pejabat Wilayah Johor Bahru Positif COVID-19
KUALA LUMPUR, 26 Okt- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) hari ini mengesahkan bahawa salah seorang pekerjanya di pejabat wilayah Johor Bahru positif COVID-19. Dalam satu kenyataan malam ini Bank Muamalat memberitahu sebagai langkah berjaga-jaga, semua pekerja di pejabat cawangan dan wilayah Johor Bahru yang telah berhubungan secara langsung (direct contact) dengan pekerja berkenaan, diminta […]
Berita
Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat MT Umno Malam Ini
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Mesyuarat diadakan di Menara Dato Onn di sini, bermula kira-kira pukul 8.30 malam dan dihadiri barisan kepimpinan tertinggi parti itu. Antara yang kelihatan hadir ialah Naib Presiden Datuk Seri Khaled Nordin, Ketua Pemuda Datuk Dr […]
Berita
Institusi Pendidikan Di Selangor, Kl Dan Putrajaya Ditutup Sehingga 9 November 2020 – KPM
KUALA LUMPUR, 26 Okt – Penutupan semua institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dilanjutkan sehingga 9 Nov ini. KPM menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan itu susulan pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini berhubung pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat […]
Berita
Semua Daerah Di Selangor Kini Berada Di Zon Kuning Dan Merah – KKM
Semua daerah di Selangor kini berada di zon kuning dan merah, berdasarkan laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menurut KKM, ianya susulan pertambahan satu daerah daerah yang mencatatkan satu (1) kes baharu semalam iaitu di Sabak Bernam, sekaligus menjadikan semua daerah di Selangor kini dijangkiti wabak Covid-19. Setakat hari ini, Selangor telah mencatatkan pertambahan 177 […]
Berita
Politiking: Ketegasan Atau Kebebalan?
KUALA LUMPUR, 26 Okt- Nampaknya ada politikus tidak menghiraukan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya mereka menghentikan segera politiking yang boleh menggugat kestabilan pemerintahan negara. Peringatan Al-Sultan Abdullah mengenai “tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan Kerajaan sedia ada” dalam kenyataan Istana Negara semalam […]
Berita
“Berita Palsu Yang Tak Boleh Diterima,” Pogba Menafikan Laporan Dia Mahu Berhenti Bermain Dari Skuad Perancis
Bintang sensasi Manchester United, Paul Pogba dalam satu kiriman terbaharu di Twitter beliau menafikan berita yang berlegar di media sosial ketika ini iaitu beliau berhenti bermain untuk pasukan Perancis selepas satu kenyataan dari Presiden negara itu. Pogba hanya memuatnaik screenshot laporan berkenaan dan meletakkan tanda “Unacceptable Fake News” (Berita Palsu yang tidak boleh Diterima). Pemain […]
Berita
Dakwaan Sistem Kesihatan Di Sabah Lumpuh Adalah Tidak Benar – KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 26 Okt (Bernama) — Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyangkal dakwaan bahawa sistem kesihatan di Sabah semakin lumpuh ekoran peningkatan mendadak kes COVID-19 di negeri itu. Beliau berkata perkara itu tidak benar, malah isu kewangan tidak pernah timbul dalam usaha menangani wabak tersebut memandangkan Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah meluluskan banyak […]
Berita
Pak Cik Gigih Jual Lepat Pisang Di Jitra Demi Kumpul Wang RM3K Untuk Buat Pembedahan Matanya
Ada yang terpaksa bergelumang dalam kesusahan demi meneruskan hidup. Tiada istilah penat, selagi terdaya, selagi ada kudrat, selagi itu mereka akan bekerja demi mencari rezeki yang halal. Seperti perkongsian oleh seorang gadis, Nuriylia Malek di Twitter mengenai seorang warga emas yang ditemuinya sedang menjual di tepi jalan di Jitra, baru-baru ini. Dengan kudrat yang masih […]
Berita
Penipuan Pelaburan Saham: 12 Warga China Ditahan – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Seramai 12 warga China termasuk dua wanita disyaki terbabit dalam sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian yang menyasarkan pelabur dari negara berkenaan, ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di ibu negara, Jumaat lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata mereka yang ditahan berusia 23 hingga 37 […]
Berita
Tiga Kluster Baharu Dikesan Di Tiga Negeri Hari Ini – Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Tiga lagi kluster baharu COVID-19 dikesan hari ini, masing-masing satu di negeri Sabah, Negeri Sembilan dan Perak, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Menurut Dr Noor Hisham kes-kes kluster Kapor di daerah Kudat, Sabah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan komuniti pelauh yang menetap di […]
Berita
Finas Tubuh Jawatankuasa Banteras Cetak Rompak
KUALA LUMPUR, 26 Okt — Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengambil langkah proaktif membanteras aktiviti pengedaran filem yang tidak mematuhi undang-undang melalui penubuhan Jawatankuasa Pembanterasan Cetak Rompak. Finas menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, langkah itu diambil bagi memperkasa dan memantapkan penguatkuasaan, peraturan dan syarat lesen pengedaran selaras dengan peruntukan di bawah Akta Finas 1981 atau Akta 244. […]
Berita
Lelaki Berusia 27 Tahun Antara 7 Pesakit Covid-19 Yang Disahkan Meninggal Dunia Hari Ini
Setakat hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 7 lagi kes kematian yang direkodkan setakat hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 236 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Seluruh warga KKM menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Ini perincian kes kematian yang melibatkan tujuh kes kebanyakannya mempunyai latar […]
Berita
TERKINI: Kes Baharu Catat 1,240 Pesakit Positif Hari Ini, 500 Kes Dari Penjara Kepayan & Penjara Tapah
Kes baharu Covid-19 hari ini dicatatkan sebanyak 1,240 kes. Daripada jumlah keseluruhan terdapat 1,238 kes tempatan dan hanya 2 import. Walau bagaimanapun daripada 1240 kes, sebanyak 500 kes dari Penjara Kepayan, Seberang Perai dan Penjara Tapah (kluster baharu). Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 691 pesakit sembuh. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh […]
Berita
Polis Siasat Pemilik Facebook Hina Agong
KUALA LUMPUR, 26 Okt – Polis telah membuka kertas siasatan terhadap pemilik Facebook (FB) yang telah memuat naik komen berbaur menghina dan mempersendakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama hari ini berkata kes berkenaan disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi […]
Berita
TERKINI: Kerajaan Laksanakan PKPD Di Dua Lokaliti Di Putra Point Nilai Bermula 28 Oktober Ini
Kerajaan bersetuju untuk lanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Putra Point Nilai. Tempoh PKPD ini akan bermula pada 28 Oktober sehingga 10 November 2020. Hal ini bagi membendung gejala Covid-19 yang didakwa berpunca daripada kawasan tersebut, kata Datuk Seri Ismail Sabri. Sumber: Sidang Media MKN
Berita
TERKINI: Kerajaan Melaksanakan PKPB Di Zon Nilai, Negeri Sembilan Bermula 28 Oktober
Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Zon Nilai, Negeri Sembilan selama dua minggu bermula 28 Oktober ini sehingga 10 November 2020. Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media sebentar tadi. ”Selepas mendapat nasihat daripada KKM dan mengambil kira peningkatan kes Covid-19 di lokaliti […]
Berita
TERKINI: PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya Dilanjutkan 14 Hari Lagi – Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya selama 14 hari bermula 27 Oktober sehingga 9 November 2020. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut diambil berikutan penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati masih terdapat lokasi yang berisiko tinggi […]
Berita
“Malaysia Masih Perlukan Awak,” Pelukis Artortoise Hidap Hepatitis B Dan Bertarung Lawan Kanser, Dr Zulkifli Ajak Semua Doakan
Saudara Ikhsan atau lebih dikenali sebagai Artortoise kini sedang menjalani rawatan di Hospital Selayang setelah dimasukkan ke Institut Kanser Negara pada 21 Oktober lalu. Melalui kemaskini di Twitter, pelukis komik atas talian itu dimasukkan ke institut berkenaan bagi menjalani rawatan kanser sebelum disahkan positif hepatitis B dan dipindahkan ke Hospital Selayang pada Khamis. Kami bg […]