Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Siasat Pemilik Facebook Hina Agong

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Polis telah membuka kertas siasatan terhadap pemilik Facebook (FB) yang telah memuat naik komen berbaur menghina dan mempersendakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama hari ini berkata kes berkenaan disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Hari ini, tular di media sosial FB satu hantaran berbaur hasutan dan menghina Seri Paduka Baginda dengan kata-kata kesat, yang dimuat naik menggunakan nama akaun Ho Ruey Terng.

— BERNAMA