Berita
Dua Lelaki Didakwa Bunuh, Tanam Pesara Polis Di Kluang
KLUANG, 26 Okt – Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh dan menanam seorang pesara polis di sebuah premis, di sini, Ogos lepas. Tertuduh Lim Fong Kim, 37, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurucakap dalam bahasa Mandarin manakala Saharudin A Samad, 42, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan secara […]
Empat Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Halang Tugas Polis Di Plaza Tol
TANJUNG MALIM, 26 Okt (Bernama) — Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Slim River di sini, hari ini atas pertuduhan menghalang penjawat awam iaitu polis menjalankan tugas berhampiran Plaza Tol Slim River, pada 16 Okt lepas. Tertuduh masing-masing berusia 32, 41, 28, dan 25 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa […]

Lelaki Maut, Lapan Cedera Kereta Rempuh Lori Bersih Jalan Di LDP
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Seorang penyelia pengawal keselamatan maut manakala lapan lagi cedera selepas kereta yang dipandu mangsa merempuh sebuah lori pembersihan jalan di KM5.7 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menghala ke utara, di Bandar Utama Damansara, di sini, awal pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Supt Azman Shari’at berkata dalam kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi itu, Mohamed […]
AADK Johor Sasar Saring 20,000 Pelajar Tahun Depan
JOHOR BAHRU, 26 Okt – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Johor menyasarkan untuk menyaring seramai 20,000 pelajar tingkatan empat dan lima tahun di negeri itu tahun depan berbanding hanya 10,132 pelajar tahun ini. Pengarahnya Azli Ubin berkata saringan berterusan perlu dilakukan kerana percaya lebih ramai pelajar terbabit dengan penyalahgunaan dadah berbanding jumlah yang berjaya dikesa. “Pada saringan pertama, kita telah menyaring seramai 10,132 pelajar […]

(Video) Lengkap Berkeris & Bertanjak, Rakaman Allahyarham Tun Dr Ismail Beri Ucapan Sulung Ketika Persidangan PBB
Allahyarham Tun Dr Ismail merupakan salah seorang tokoh penting dalam sejarah negara kita. Beliau merupakan perwakilan pertama Malaysia ketika persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang ke-12 pada 1957. Dalam video dikongsikan akaun rasmi Malaysia Mission to the UN, kelihatan beliau berpakaian tradisional Melayu, lengkap berkeris, tanjak dan samping berjalan menuju ke rostrum untuk memberi ucapan […]
Lukisan Mural Gergasi, Dedikasi Buat Wira Negara
KUALA LUMPUR, 26 Okt — “Karya ini adalah sebagai tanda terima kasih daripada rakyat Malaysia kepada pemimpin dan petugas barisan hadapan di atas pengorbanan mereka dalam usaha mengekang penularan COVID-19,’’ kata pelukis mural, Abdulrashade atau nama sebenarnya, Abdul Rashid Abdul Raman, 36. Pemilik Abdulrashade Studio ini adalah seorang daripada pelukis mural yang terlibat dalam menghasilkan mural gergasi […]
9 Pemandu Mabuk Jadi Individu Terawal Didakwa Mengikut Pindaan Akta Baharu
JOHOR BAHRU, 26 Okt (Bernama) — Lapan lelaki dan seorang wanita menjadi individu terawal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, mengikut pindaan baharu Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan pindaan 2020 yang berkuat kuasa Jumaat lepas. Kesemua tertuduh berusia antara 25 hingga 56 tahun itu didakwa atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol […]
COVID-19: Perancis Catat Lebih 50,000 Kes Dalam Tempoh 24 Jam
BEIJING, 26 Okt (Bernama) — Perancis mencatatkan 52,010 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam, laporan harian terkini setelah mencatat 45,422 kes pada Sabtu, menurut Badan Kesihatan Awam pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua. Sejak pandemik bermula, Perancis setakat ini mempunyai kes terkumpul 1,138,507. Sejumlah 116 pesakit lagi meninggal dunia dalam tempoh 24 jam, […]
Bas Percuma Untuk Rakyat Malaysia Di Putrajaya Bermula 1 Nov
PUTRAJAYA, 26 Okt — Rakyat Malaysia berpeluang menaiki bas secara percuma di kawasan Putrajaya bermula 1 Nov ini. Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) Datuk Rosida Jaafar berkata inisiatif bas percuma membabitkan kos RM12 juta setahun itu akan melibatkan 30 bas serta 12 laluan bas Nadi Putra di sekitar Putrajaya. Beliau berkata kemudahan yang disediakan menerusi agensi KWP, Perbadanan Putrajaya (PPj), itu adalah […]
Peniaga Diingatkan Mohon Bantuan GKP Sebelum 31 Oktober – LHDN
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Peniaga mikro yang layak menerima Geran Khas Prihatin (GKP) perlu membuat permohonan segera selewat-lewatnya pada 31 Okt ini. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini mengingatkan peniaga yang masih belum menerima bantuan secara one-off berjumlah RM3,000 itu, agar membuat permohonan secara dalam talian di https://gkp.hasil.gov.my/. “Layari portal GKP untuk muat turun syarat-syarat permohonan dan Soalan Lazim (FAQ) berkaitan bantuan […]
Muhyiddin Pengerusi Mesyuarat Khas Bersama Jemaah Menteri
PUTRAJAYA, 26 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan mesyuarat khas bersama Jemaan Menteri di Perdana Putra, susulan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah semalam yang menyatakan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini. Muhyiddin tiba di Perdana Putra pada kira-kira 9.20 pagi bagi memulakan tugas […]
(Video) “Taat Ibu Bapa, Sentiasa Berdoa”, Dr Zulkifli Kongsi Iktibar Daripada Khabib
Kemenangan Khabib Nurmagomedov menentang Justin Gaethje semalam membuatkan beliau terus dikagumi tidak kira kawan mahupun lawan. Mengumumkan perlawanan itu sebagai perlawanan terakhir dan ingin berbakti kepada ibunya, nama Khabib terus disebut sebagai salah seorang lagenda yang mirip Muhammad Ali dengan keteguhan pegangan agamanya. Bak kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad […]

Tiada Darurat: Penjaja Kecil, Persatuan Teksi Lega
KUALA LUMPUR, 26 Okt — Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat buat masa ini turut memberi sedikit kelegaan kepada golongan yang bergantung hidup memperoleh pendapatan harian seperti peniaga kecil dan pemandu teksi. Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) Datuk Mohamad […]
Hanya Satu Daerah Masih Kekal Sebagai Zon Hijau Di Sabah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi ciapannya di Twitter telah berkongsikan taburan kes positif Covid-19 mengikut daerah di Malaysia. Menurut ciapan tersebut, KKM menyatakan bahawa hanya Tongod sahaja yang masih kekal zon hijau bagi daerah di negeri Sabah. Menerusi data grafik yang dikeluarkan KKM, Kota Kinabalu serta Tawau adalah antara daerah yang paling tinggi mencatatkan kes […]
Kenapa Kapal Terbang Tidak Terbang Terus Ke Destinasi Dan Laluan Melengkung ? Ini Antara Sebabnya
Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa kapal terbang tidak terus terbang ke destinasi melalui laluan yang paling dekat seperti yang kita lihat di atas peta. Bukankah tiada ‘kesesakan lalu lintas’ mahupun bukit bukau yang menghalang laluan penerbangan pada ketinggian lebih 30,000 kaki? Kenapa perlu terbang mengikut laluan melengkung dan bukan garis lurus untuk terus sampai ke […]
“Saya Baik-Baik Saja, Tanpa Gejala,” Ronaldinho Disahkan Positif COVID-19
ISTANBUL, 26 Okt (Bernama) — Bintang bola sepak Brazil Ronaldinho pada Ahad mengesahkannya dijangkiti COVID-19, lapor Agensi Anadolu. “Saya menjalani ujian saringan dan didapati positif COVID-19. Saya baik-baik saja, tanpa gejala, tetapi mesti meninggalkan acara. Tidak lama lagi kita akan berjumpa semula,” kata Ronaldinho di Instagram. Ronaldinho akan menjalani kuarantin kendiri di Belo Horizonte, ibu […]
Dipercayai Nak Uji Kemurahan Hati, Lelaki Dilapor ‘Lesap’ Setelah Teman Wanita Bawa 23 Ahli Keluarga Ketika ‘First Date’
Seorang wanita di China bawa puluhan ahli keluarganya ke janji temu pertamanya bersama dengan seorang lelaki bagi menguji kemurahan hati lelaki tersebut, lapor media tempatan. Tanpa memaklumkan kepada lelaki tersebut terlebih dahulu, wanita itu telah muncul bersama 23 ahli keluarganya dan mengubah janji temu romantik berkenaan kepada jamuan keluarga. Wanita tersebut kemudiannya telah ditinggalkan dengan […]
Hafizh Syahrin Kutip Tiga Mata Pada GP Teruel
KUALA LUMPUR, 25 Okt — Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah berjaya mengutip tiga mata selepas menduduki tempat ke-13 daripada 23 pelumba pada Grand Prix (GP) Teruel di Litar Aragon, Sepanyol, hari ini. Pelumba pasukan Aspar Team mencatatkan masa 39 minit 53.962 saat pada perlumbaan 21 pusingan itu. Pelumba berusia 26 tahun itu jatuh ke […]
Abah ‘Prank’ Anak, Jadi Maskot Ayam Demi Nak Cipta Memori Indah
Tak ada mana-mana ibu atau bapa yang sampai hati untuk mengecewakan hati anak-anak. Sesukar mana mahupun semahal mana permintaan anak-anak, pasti ada saja jalan demi melihat mereka tersenyum. Besar sungguh pengorbanan mak ayah kita. Tak terbayang apa yang dilalui semata-mata ingin memenuhi kehendak kita, anak-anaknya. Setiap tahun, setiap kali sambutan hari jadi pasti ada saja […]
Semua Daerah Di Selangor Kini Berada Di Zon Kuning Atau Merah – KKM
Semua daerah di negeri Selangor kini berada dalam zon kuning atau merah, lapor KKM. Menurut kemaskini Kementerian Kesihatan (KKM) semalam, pertambahan 88 kes baharu yang dicatatkan di Selangor termasuk 1 kes di Sabak Bernam telah menjadikan seluruh daerah di Selangor kini berada dalam zon kuning serta merah. Antara 88 kes baharu yang dicatatkan Selangor pada […]