Berita

Berita
(Video) Alami Cedera Parah, Detik-detik Cemas Ikan Jerung Melompat & Baham Kaki Lelaki Ketika “Paragliding” Di Laut
Paragliding merupakan salah satu aktiviti lasak yang menjadi pilihan ramai yang biasanya ‘diterbangkan’ di kawasan pantai atau resort pelancongan. Aktiviti itu pastinya mempunyai risiko yang tersendiri tetapi ia sememangnya akan selamat jika dikendalikan dengan betul. Walau bagaimanapun, nampaknya ia menjadi ‘mimpi ngeri’ buat lelaki ini yang dilaporkan telah digigit oleh seekor ikan jerung semasa sedang […]
Berita
(Video) Mungkin Belum Mengerti, Budak Sedih Tengok Ayam Yang Dibesarkannya Dibawa Pergi
Sebuah video tular mengenai seorang budak lelaki dari Sikkim, India yang menangis teresak-esak setelah ayam-ayam yang dibesarkannya bakal diangkut untuk pengeluaran ayam, lapor India Times. Dalam video tersebut, budak lelaki itu dilihat telah merayu pada keluarganya supaya ayam-ayam itu tidak dibawa pergi oleh lori. Namun, dia masih belum mengerti bahawa ayam-ayam itu bukan untuk dipelihara. […]
Berita
Kes Keganasan Rumah Tangga Di Perlis Meningkat
KANGAR, 30 Jun (Bernama) — Sebanyak 74 kes keganasan rumah tangga dilaporkan dalam tempoh Jun hingga Dis 2020, dengan peningkatan berpunca daripada pelbagai faktor, khususnya implikasi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sejak tahun lepas. Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Siti Berenee Yahaya berkata pihaknya dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga […]
Berita
Perhilitan N. Sembilan Tangkap Beruang Matahari Seberat 40 kg
SEREMBAN, 30 Jun (Bernama) — Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menangkap seekor beruang matahari jantan seberat 40 kilogram selepas memasuki perangkap yang dipasang di Kampung Jimah Lama, dekat sini, semalam. Pengarah Perhilitan negeri Wan Mat Wan Harun berkata perangkap itu dipasang sejak 18 Jun lepas, susulan aduan penduduk kampung mengenai kelibat seekor […]
Berita
Lelaki Disyaki Sakit Mental Ditahan Berkait Tujuh Kes Kebakaran Kenderaan
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Seorang lelaki gelandangan dipercayai mengalami masalah mental, ditahan kerana disyaki terlibat dengan tujuh kes kebakaran kenderaan bagi tempoh 15 Jun hingga semalam. Suspek ditahan di Jalan Besar Kepong, di sini, semalam selepas dia dipercayai membakar sebuah lori jenis Mitsubishi di Jalam Ambong 1, pada Isnin lepas. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai […]
Berita
(Video) Pilu, Ibu Tak Dapat Tahan Sebak, Bersatu Semula Dengan Anaknya Dipercayai Diculik 31 Tahun Lalu
Setelah kira-kira tiga dekad terpisah dengan anak disayangi, seorang wanita akhirnya dapat menemui anak tersayang yang diculik kira-kira 31 tahun lalu. Lapor Daily Mail, Zhou Jiaying dan anaknya, Tao Xiaobing yang ketika itu berusia tiga tahun telah diculik dan dijual sindiket pemerdagangan manusia kepada sebuah keluarga di wilayah Shandong untuk dijadikan hamba. Beberapa bulan kemudian, […]
Kesihatan
India Catat 45,951 Kes Baharu COVID-19, 817 Kematian Dalam Tempoh 24 Jam
NEW DELHI, 30 Jun (Bernama) — India mencatatkan jumlah jangkitan COVID-19 sebanyak 30,362,848 pada Rabu, dengan 45,951 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam. Angka kematian meningkat kepada 398,454 dengan 817 kes direkodkan sejak pagi Selasa, lapor Agensi Berita Xinhua. Jumlah kematian harian setakat ini turun di bawah angka 1,000, tiga hari berturut-turut selepas hampir dua setengah […]
Berita
Op Patuh: 229 Warga Asing Ditahan Imigresen
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Jabatan Imigresen menahan seramai 229 warga asing dalam Operasi Patuh (Op Patuh) di sebuah kilang pelupusan besi di Meru, Klang, dekat sini, pagi tadi. Kesemua mereka yang ditahan berumur lingkungan 22 hingga 45 tahun itu terdiri daripada 99 warga India, Bangladesh (88), Pakistan (33), Myanmar (lima), Indonesia (tiga) dan seorang warga Nepal. Ketua […]
Berita
Selepas Donny Yen “Ip Man”, Scott Adkins “Boyka” Dilapor Sedang Berunding Untuk Tampil Dalam John Wick 4
Scott Adkins (Boyka) dikatakan sedang berunding untuk muncul dalam filem John Wick: Chapter 4, lapor Deadline pada Selasa. Adkins dilaporkan akan turut membintangi filem tersebut bersama dengan pelakon utama iaitu Keanu Reeves dalam siri keempat filem tersebut yang akan datang. Siri sambungan filem John Wick: Chapter 4 pertama kali diumumkan dua tahun yang lalu sejurus […]
Berita
i-Citra: Simpanan Akaun 2 Akan Diguna Terlebih Dahulu, Jika Tak Cukup Akan Guna Simpanan Akaun 1 Pula
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) menerusi laman Twitter rasmi mereka sebentar tadi berkongsikan maklumat mengenai akaun simpanan yang akan digunakan untuk pengeluaran i-Citra. Menurut KWSP, bayaran i-Citra akan menggunakan simpanan dalam akaun 2 terlebih dahulu dan sekiranya tidak mencukupi, simpanan dalam akaun 1 pula akan digunakan. Memetik contoh yang diketengahkan bagi seseorang yang tidak bekerja dan […]
Berita
(Video) Dipercayai Berusia Lebih 100 Juta Tahun, Kenali Misteri “The Eye of Sahara”, Formasi Seakan Mata Di Padang Pasir Yang Jadi Tanda Tanya Hingga Kini
Di sebalik pelbagai keindahan struktur geologi yang terhampar di muka bumi ini, wujudnya juga beberapa penemuan yang misteri dan masih menjadi tanda tanya hingga ke hari ini. Salah satu darinya adalah formasi besar yang berbentuk seperti ‘mata lembu’ yang dapat dilihat di permukaan gurun Sahara. Anehnya, bentuk itu hanya mampu dilihat dari ruang angkasa dan […]
Luar Negara
Thailand: Lelaki Lepaskan Tembakan, Lari Bersama Isteri, Anak Yang Dikuarantin
BANGKOK, 30 Jun (Bernama) — Seorang lelaki yang dihalang melawat isteri dan anak lelakinya berusia 9 tahun di sebuah hotel kuarantin alternatif (ASQ) di Ao Nang di Krabi, Thailand melepaskan tembakan dan meluru ke bilik mereka sebelum ketiga-tiganya melarikan diri. Menurut laporan The Nation, kejadian itu berlaku pada 7 pagi Selasa (waktu tempatan) di hotel, […]
Berita
(Video) Hanya Guna Dua Bahan, Ini Cara Mudah Nak Cuci ‘Water Heater’ Sampai Bersih Berkilat
Biasanya kalau kita nak jerang air, perkakas yang dicari semestinya pemanas air kan. Ada sesetengah orang lebih suka menggunakan mesin ‘water cooler‘ yang disediakan air panas, tetapi ada juga yang lebih selesa menggunakan ‘water heater‘ secara manual. Kita mungkin selalu menganggap bila dah jerang air menggunakan pemanas air, jadi kita tidak perlu lagi membasuhnya. Walau […]
Kesihatan
Apa Maksud Tarikh Luput Pada MySejahtera Selepas Ambil Vaksin? Mungkin Ada Yang Tertanya-tanya, Ini Jawapan Sebenarnya
Vaksin adalah salah satu langkah untuk membendung wabak pandemik COVID-19 daripada terus berleluasa. Disebabkan itu, pihak kerajaan telah menjalankan kempen vaksinasi untuk seluruh rakyat Malaysia bagi membendung wabak ini. Pasti ramai yang menyedari bahawa terdapat tarikh luput yang tertera pada aplikasi MySejahtera sesudah mereka divaksinasi. Namun tahukah anda apa sebenarnya maksud tarikh luput tersebut. Menurut […]
Berita
(Video) “Nak Kata Ikan Bukan, Buaya Bukan”, Ada Yang Dakwa Sulur Bidar, Gumpalan Aneh Terperangkap Dalam Jala Cetus Misteri & Tanda Tanya
Satu video yang memaparkan insiden di mana pukat pemancing seakan ditarik oleh ‘sesuatu’ yang tidak diketahui telah tular di media sosial. Video tersebut bermula dengan sekumpulan lelaki yang sedang menaiki bot berhenti di tengah sungai dan menurunkan pukat mereka ke dalam sungai. Secara tiba-tiba air di tengah-tengah sungai itu terlihat berkocak seakan ada sesuatu di […]
Berita
TERKINI: Pembayaran BPR Tambahan Secara Berperingkat Mulai Hari Ini, Terus Dikreditkan Dalam Akaun
Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan mula dibayar hari ini (30 Jun 2021), kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz. Jelasnya, penerima bagi kategori isi rumah, warga emas dan individu bujang akan menerima pembayaran antara 30 Jun sehingga 2 Julai 2021 akan datang. Bantuan tunai itu bermula daripada RM100 bagi individu bujang […]
Berita
Awas, MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di 8 Buah Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lapan negeri dan wilayah di seluruh Malaysia sehingga 8 malam ini. Negeri dan wilayah yang dijangka terlibat adalah seperti berikut: Perak: Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim Kelantan: Jeli Terengganu: Dungun Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Pekan Johor: […]
Berita
Harga Runcit Minyak RON 97 Naik 2 Sen, RON 95 Kekal Untuk Tempoh 1 Hingga 7 Julai
Kementerian Kewangan Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan mengenai harga runcit produk petroleum bagi tempoh 1 Julai 2021 sehingga 7 Julai 2021. Menurut kenyataan itu, harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM2.67 seliter kepada RM2.69 seliter. Manakala, harga runcit petrol RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel […]
Berita
“Bila-Bila Masa Akan Meletup,” Tak Perasan Paip Gas Bocor, Api Dah Sambar Tong Gas, Ini Anda Perlu Buat
Tindakan pantas oleh seorang lelaki menyelamatkan anak dan isterinya ketika api sedang marak di dapur berpunca daripada kebocoran gas di kediamannya. Bagaimanapun ia berjaya dipadamkan selepas lelaki menggunakan cara yang betul untuk memadam kebakaran tersebut. Oleh itu, setiap orang perlu pastikan keadaan gas di rumah anda selamat untuk digunakan supaya tidak berlaku kejadian yang tidak […]
Berita
Brunei Sumbang Alat Bantuan Pernafasan, Kit Ujian PCR Bernilai RM1.7 Juta – Hishammuddin
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Brunei Darussalam menyumbang alat bantuan pernafasan dan kit ujian Polimerase Chain Reaction (PCR) COVID-19 bernilai RM1.7 juta kepada Malaysia, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Hishammuddin berkata dalam perbualan telefon dengan Menteri Luar II Brunei, Datuk Seri Setia Awang Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Mohd Yusof pada Rabu, […]