Berita

Remaja 13 Tahun Dilapor Dirogol 9 Lelaki Secara Bergilir-Gilir Hingga Hamil
Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Lombok Timur disyaki telah dirogol secara bergilir-gilir oleh sembilan orang lelaki sehingga hamil. Memetik laporan Antara News, kes tersebut terjadi ketika mangsa keluar dari rumahnya di Daerah Sakra, Lombok Timur pada Isnin minggu lalu. Difahamkan, keluarganya yang risau telah bertindak mencarinya termasuk melaporkan kehilangannya kepada pihak polis. […]

Lelaki Lemas, Rakan Masih Hilang Di Lata Hammer
KUANTAN, 27 Mac (Bernama) — Seorang lelaki ditemukan lemas manakala rakannya masih hilang semasa mandi di kawasan air terjun Lata Hammer di Bentong, hari ini. Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mayat Hairul Zaman Abdul Jalil, 22, dari Kampung Changkat di Gombak, Kuala Lumpur ditemukan pada pukul […]

Dua Maut Kancil Rempuh Toyota Hilux
KUANTAN, 27 Mac (Bernama) — Dua rakan maut apabila kereta Perodua Kancil yang mereka naiki terbabas dan merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 12 Jalan Chini-Kuantan di Pekan hari ini. Ketua Polis Daerah Pekan Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata insiden pada 3 petang itu menyaksikan Hasyim Amin, 29, dan Dolah Muhtar, 39, […]

Tengah Duduk Bersantai, Keluarga Ni Tiba-Tiba Dikejutkan Dengan Panahan Petir
Ngeri, sebuah keluarga menghadapi detik-detik cemas apabila tiang elektrik di halaman rumah mereka disambar petir ketika mereka sedang duduk bersantai. Menurut Yoursay.id, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada petang Sabtu lalu. Video rakaman CCTV ketika kejadian itu telah dimuatnaik oleh seorang pengguna TikTok. “Petir menyambar dengan sangat dahsyat petang tadi,” tulis pengguna TikTok tersebut. Menerusi video […]

Nak Cegah Suami Dari Berzina, Wanita Akur Benar & Uruskan Suami Kahwin Lain
Seorang wanita dilaporkan tular selepas membantu urusan pernikahan antara suaminya dan isteri kedua, lapor Tribun News. Video yang memaparkan ketabahan wanita itu dimuatnaik di dalam TikTok. Dalam video tersebut, suami kepada wanita itu dikatakan meminta izin untuk berkahwin lagi. Kemudian wanita itu bertemu dengan bakal madunya dan sanggup membantu menguruskan surat poligami di mahkamah. Malah, […]

Tular Lelaki Dihanyutkan Arus Sungai Bersama Tandas, Bikin Penduduk Terhibur
Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan sebuah tandas hanyut dibawa arus sungai bersama seorang lelaki di atasnya, lapor Suara.com. Menurut laporan, kejadian itu berlaku di Martapura, Kalimantan Selatan, Indonesia. “Tandas hanyut dibawa arus di Sungai Martapura, tepatnya di Desa Tunggul Irang, Kabupaten Banjar, Kalimantan Selatan pada Sabtu,” tulis seorang pengguna Instagram. Video tersebut dipercayai […]

Lapisan Ais Di Antartika Timur Sebesar Bandar New York & Los Angeles Dilapor Runtuh
Satu lapisan ais di Antartika Timur yang dianggarkan hampir sebesar Los Angeles dan New York dilaporkan telah runtuh pada pertengahan bulan Mac, beberapa hari selepas cuaca panas yang luar biasa melanda. Memetik laporan CNN, lapisan ais yang berukuran 460 batu persegi, yang dikenali sebagai Conger itu telah runtuh pada sekitar 15 Mac lalu. Suhu dikatakan […]

Jaguh Lompat Tinggi Negara, Lee Hup Wei Umum Bersara
Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei secara rasminya bersara selepas 18 tahun menabur bakti dalam sukan negara. Beliau mengumumkan persaraan tersebut ketika temuramah bersama pihak media seperti yang dilapor Bernama sebentar tadi. “Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei hari ini mengumumkan persaraannya selepas 18 tahun menabur bakti dalam sukan olahraga. “…dengan rekod satu […]

Melaka Benar Jemaah Rapatkan Saf Ikut Saiz Sejadah Bermula 1 April
MELAKA, 27 Mac (Bernama) – Jemaah yang bersolat di semua masjid dan surau di negeri ini dibenar merapatkan saf mengikut saiz sejadah standard bermula 1 April selaras dengan fasa peralihan endemik COVID-19 di seluruh negara. Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata kelonggaran itu diberikan kerana pengekalan jarak masih ada namun lebih rapat berbanding […]

Kematian ‘Drummer’ Foo Fighters, Pakar Sahkan Temui 10 Jenis Dadah Dalam Air Kencing
Pemain drum Foo Fighters, Taylor Hawkins didakwa mempunyai sepuluh jenis dadah dalam badannya selepas dia ditemui meninggal dunia di sebuah hotel bertaraf lima bintang baru-baru ini. Menurut Daily Mail, wartawan Luis Carlos Velez melaporkan, pada awalnya pihak polis menemui serbuk putih dipercayai kokain ketika masuk ke dalam bilik mendiang pada hari kejadian. “Di dalam bilik […]

Solat Berjemaah Tanpa Penjarakan Fizikal Di Kedah Mulai 1 April
ALOR SETAR, 27 Mac (Bernama) — Semua masjid dan surau di Kedah dibenarkan menganjurkan solat berjemaah sama ada solat fardu, solat Jumaat dan solat sunat tanpa penjarakan fizikal atau saf dirapatkan mulai 1 April ini. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) Datuk Mohd Yusri Md Daud berkata kebenaran itu adalah selaras dengan […]

Ribut Petir Dan Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa beberapa negeri diramal bakal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 8.00 malam ini. Menurut MetMalaysia, antara negeri yang terlibat ialah Kedah iaitu di daerah Baling, Kulim dan Bandar Baharu dan seluruh negeri Melaka. Manakala, di Perak pula melibatkan daerah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala […]

MySejahtera: Kerajaan Tak Pernah Jual Kepada Mana-Mana Syarikat Swasta – KJ
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa MySejahtera dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai pemilik utama termasuk semua data yang diterima aplikasi itu. Menerusi kenyataan media, Khairy berkata pihak kerajaan tidak pernah membuat sebarang bayaran kepada syarikat KPISOFT (M) Sdn. Bhd (KPISOFT), yang telah membangunkan MySejahtera sepanjang tempoh penggunaan aplikasi ini dari […]

Indonesia Bertegas Tidak Akan Tunduk Pada Syarat Tesla Untuk Pelaburan Bateri
Indonesia bertegas untuk tidak mahu tunduk kepada syarat-syarat rundingan yang dikenakan syarikat pengeluar kereta elektrik dari Amerika Syarikat (US), Tesla. Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan sebaliknya bertegas bahawa syarikat itulah yang perlu ikuti segala syarat-syaratnya kali ini. “Saya mendapat panggilan daripada US pagi tadi, Tesla berkata mereka mahu membuat […]

Gadis Sabah Berpakaian Etnik Murut Nabai Terima Ijazah Sarjana Di UK
KOTA KINABALU, 27 Mac (Bernama) – Nur Liyana Razali, gadis berusia 26 tahun dari Papar menarik perhatian ramai apabila mengenakan pakaian etnik Murut Nabai dari Sabah ketika menerima Ijazah Sarjana Kejuruteraan dari University of Manchester di United Kingdom baru-baru ini. Anak pertama daripada tiga beradik berketurunan Brunei-Murut itu menjadi bualan apabila gambarnya berpakaian tradisional itu […]

Baba Vanga Didakwa Pernah Ramal Putin Akan Kuasai Dunia
*Penafian: ini hanyalah laporan berita, tidak bermaksud untuk menyeru & mempercayai segala ramalannya. Baba Vanga, seorang wanita buta yang dipercayai memiliki kebolehan mistik didakwa pernah meramalkan Presiden Russia, Vladimir Putin akan menguasai dunia. Menurut Mirror, ramalan wanita buta tersebut didakwa dibuat berikutan krisis konflik yang berlaku antara Russia dan Ukraine buat masa ini. Walaupun sudah […]

Bekas Isteri Setia Jaga Amran Tompel Sehingga Akhir Hayat
SEREMBAN, 27 Mac (Bernama) – Meskipun sudah berpisah hampir tujuh tahun, bekas isteri pelakon dan pelawak, Amran Aman Ramli atau lebih dikenali sebagai Amran Tompel tetap membantu anak-anak menjaga dan menguruskan Allahyarham sehingga akhir hayatnya di kediaman di Taman Matahari Height, Senawang, di sini. Anas Salmee Syed Mohamad, 53, berkata perasaan sayang, hormat dan rasa […]

Pemandu Lori Tunjuk Lagak Samseng Positif Tiga Jenis Dadah
Serdang – Pemandu lori yang ditahan polis gara-gara tunjuk lagak samseng di Lebuhraya Bukit Jalil seperti yang tular baru-baru ini didapati positif tiga jenis dadah. Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan, lelaki berusia 40-an itu didapati positif dadah jenis methampetamin, ketamin dan amphetamine hasil ujian saringan air kencing. Bagaimanapun menurutnya, hasil ujian saringan […]

Solat Rapat Saf Di Selangor Dibenarkan Bermula Jumaat Ini
Warga Selangor yang solat berjemaah di masjid, surau dan musolla dibenarkan untuk merapatkan saf bermula Jumaat 1 April ini. Hal ini disahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haji Mohd Shahziman Ahmad dalam satu kenyataan hari ini. “Solat berjemaah di masjid, surau dan musolla di Negeri Selangor boleh dirapatkan saf seperti biasa tanpa penjarakan […]

Intergriti: 1,571 Pegawai, Anggota Polis Dikenakan Tindakan Tatatertib Tahun Lepas
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) – Seramai 1,571 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad. Beliau berkata antara kesalahan integriti yang dilakukan adalah tidak mengisytiharkan harta, mengunjungi pusat hiburan, berkahwin tanpa kebenaran, enggan menerima laporan dan meminta imbuhan. Azri […]